DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, February 7, 2011

Permata 47 Jenis Kayu dan Teras Bersama Tembaga Kuning. (Membujur Lalu Melintang Patah)

"Membujur lalu Melintang patah"..Mak Janda lalu dicucuk pinggang terus melatah..kalau terkena terlentang rebah...huhuhu...macam kartun daaa...Permata ni dititipkan 47 jenis Kayu dan Teras..dipasak pula dengan Tembaga Kuning emas...Fadilatnya pula..tak dapat nak cerita sebab bukan saya yang meletakkan atau yang menciptakan fadilatnya...ianya Urusan Allah semata-mata...

Permata yang ni pula letaknya Tembaga Kuning Emas ni tidak menegak, tetapi condong sedikit..bukannya apa...remeh pembuatannya...bukan semuanya diaturkan secara teratur..ini bukan boleh planning nak letak macam mana??...asal jadi yang macam mana???terpulang lah pada tangan yang membuatnya..


Remeh disebabkan saiznya yang kecil dan nak muatkan sebanyak 47 jenis kayu dan teras serta tembaga kuning ni agak payah dan merumitkan..kalau permatanya besar sangat..tak berapa cantik..so..usahakan juga lah...Alhamdulillah..jadi jugak..ni pulak tengah pikir, camner nak buat Permata Kayu dan Teras dari 77 jenis...Allah..bantu hambaMu....