DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, January 3, 2011

Kayu dan Teras

Ini adalah bahan-bahan yang saya miliki bagi pembuatan tasbih serta berbagai lagi bagi memenuhi permintaan para sahabat. InsyaAllah, dimasa akan datang saya akan cuba mendapatkan bahan-bahan yang lebih berkualiti dan yang menjadi kesukaan ramai.

Kalau nak ditanya bab Fadilat dan perihal Mistik, saya hanya boleh menyatakan dari pengetahuan atau PETUA yang diperturunkan dari orang-orang lama dan guru-guru (ada yang masih hidup dan ada juga yang telah menyahut seruan Illahi). Saya hanya mengkaji dari jenis-jenis teras dan kayu sahaja mengikut kemampuan saya. Kadar kajian juga tidaklah secara terperinci dek kerana bukan lah bidang dan saya tidak juga memiliki peralatan Kajian yang Khusus...Kalau bahagian yang Ghaib dan Pengetahuan yang tidak dapat dicapai oleh Akal, ianya adalah Milik ALLAH Semata-mata...sedangkan Yang Menjadikannya pula..adalah ALLAH..masakan kita ni manusia mampu untuk menyatakan perihal yang sudah pastinya kita tidak Mampu dan tidak Tahu...Fadilatnya pula, ianya adalah melalui Petua dari orang-orang yang mengetahui..aku pun masih belajar lagi..


Teras dan Kayu dalam simpanan adalah bahan Koleksi Pengasas Blog Rahsia Alam, saya telah mengumpulnya semenjak dari Tahun 2005 hingga ke (tak tau la sampai bila..sampai aku Al-Marhum la Kot (dalam Erti Kata dok cari kayu-dok cari kayu??)..hehehe, tetapi saya akan cuba sedaya upaya saya dalam mempelajari dan juga mencari jenis-jenis teras atau kayu yang diminati serta memiliki Fadilat-Fadilat yang baik bagi manusia...dan baik jugak untuk aku (dalam erti kata..nak cari duit, nak cari duit-duit-duit)...hehehe...bukannya dapat free bro..(dalam erti kata..beli pakai duit, beli pakai duit-duit-so, just do-it)...hehehe...SALAM TAHUN BARU BUAT PARA SAHABAT YANG TELAH MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM..SAYA DOAKAN AGAR PARA SAHABAT SEMUA SIHAT SEJAHTERA SENANTIASA DAN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI, LAKUKANLAH APA YANG DIREDHAI OLEH YANG MAHA PENGUASA DAN PENTADBIR ALAM SEMESTA...ALLAHU-ALLAHU-ALLAHU'AKHBAR, WA'LILLA'ILHAM.


WASSALAM, DARI PENGASAS BLOG RAHSIA ALAM

(TEKAD HAMBA YANG MULIA)..tu maksud nama aku laaaa...hehehe