DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, January 28, 2011

Tempahan Terbuka bagi Cincin Kayu dan Teras

Disebabkan Cincin Perak pada masa kini, nilainya melambung tinggi, pengasas mengambil inisiatif menyediakan Sarung Cincin Leburan Syiling RM1 yang berwarna seperti Tembaga dan juga Cincin Steel bagi menatahkan Permata Teras dan Kayu samaada yang bergabung ataupun yang sebutir.

Persediaan potongan teras dan kayu yang mahu digabungkan disimpan didalam bekas agar ianya sentiasa dalam keadaan sedia untuk diguna pakai. Pengasas juga sedang mencuba kaedah baru dalam pembuatan seni permata cincin, gelang, loket dan juga Tasbih..InsyaAllah, mudahan Allah permudahkan usaha.


Tempahan Pukal...

Sebahagian dari Teras serta kayu yang telah ditempah secara pukal..masih didalam pembikinan..

Cincin gabungan 7 jenis kayu penunduk dan Cincin 25 jenis Kayu dan Teras

Cincin yang masih didalam proses pembuatan..

Gabungan dari jenis-jenis kayu dan teras..ada berbagai jenis kayu dan teras yang menjadi pilihan. Cincin teras gabungan terbuka untuk tempahan dari jenis 5/7/9/11/13/15/17/19/21/25/33 dan 45 jenis mengikut kesesuaian..

Loket Raja Kayu Putih Gabungan Teras Pasak Paku

Gabungan pada Loket yang dipasak mewakili satu bagi setiap jenis teras dan kayu..








Loket yang ditempah sahabat..

Duit Sa-Puloh untuk dimaharkan




Duit Sa-Puloh ini untuk dimaharkan oleh sahabat saya..sila hubungi saudara Wan di talian 013-3539973..selamat berurusan


Wednesday, January 26, 2011

Bukhur yang Berkualiti..(A Gred)

Serbuk Bukhur yang berkualiti, digunakan sebagai terapi dalam perubatan dan juga sebagai pewangi didalam rumah. Caranya adalah dengan membakarnya didalam bekas Dupa atau dengan menggunakan pembakar Elektrik. Aromanya yang dapat menghilangkan Kesan Stress dan tekanan mental. Ianya sesuai bagi orang-orang yang bekerja dalam keadaan tekanan yang tinggi.

Jenis Bukhur yang berjenama FANTASIA, aroma bauan lembut dan manis. Warna yang agak kehitaman sedikit.


Bukhur yang berjenama Karisma pula memiliki Aroma Ceria dan menenangkan pemikiran. Kedua-dua jenis Bukhur ini terdapat dalam bungkusan 1/2 kilo dan juga Sekilogram..Sila hubungi Pengasas jika berminat, InsyaAllah..Bauan Bukhur juga digunakan sebagai mengikut Sunnah..InsyaAllah, Berkat.....

Serbuk Pewangi..

Serbuk pewangi Bukhur yang boleh dibakar bagi mendapatkan Aroma bau yang menenangkan fikiran yang kusut...ianya dijual dalam bentuk paket..murah-murah bro...

Potongan Teras Sepang Hitam

Ini adalah potongan Teras Sepang Hitam yang akan dibentuk kepada mata cincin..ianya juga boleh digabungkan dengan teras Sepang Mas.

Potongan Nibung Tunggal

Potongan yang akan dibentuk menjadi Permata Cincin..Nibung Tunggal yang dikatakan Memiliki fadilat Pembisa juga mampu menjadi penawar Bisa dari dalam Badan.

Potongan Keping Teras Raja Kayu Putih

Bahagian yang berpusar adalah bahagian teras bagi Spesis Raja Kayu Putih.

Potongan Teras ini untuk dimaharkan dalam keadaan sedemikian dan juga boleh ditempah dalam bentuk Tasbih/Mata Cincin/Gelang/Loket dan juga gabungan jenis-jenis teras yang lain. Tempahan terbuka. Hubungi jika berminat.


Tasbih 33 Biji - Gaharu

Tasbih dari Teras Gaharu yang baru siap.

Tasbih Gaharu yang memiliki nilai perubatan dan juga dipercayai memiliki fadilat Mistik seperti, Pengasihan, Wibawa, Tuah dan berbagai lagi mengikut kepercayaan masing-masing.



Larikkan Biji Tasbih dari Jenis Kayu dan Teras Gaharu dibuka untuk Tempahan. Nilai Maharnya juga tertakluk pada Jenis Gred..Sila Hubungi jika berminat...Tempahan juga terbuka dari jenis pembuatan Gelang/Mata Cincin dan juga Loket.


Tuesday, January 25, 2011

Buntat..Buah Menjadi Batu

Pada mulanya saya menyangkakan ianya adalah sejenis batu Pyrite ataupun sejenis buntat. Sahabat saya mengatakan bahawa ianya adalah sejenis buah yang telah menjadi batu..wallahu.

Diperolehi dalam keadaan sedemikian rupa...


Bahagian dalaman yang menyerupai bahagian bijinya..luarannya pula seperti diselaputi bahan dari dalam tanah yang mengeras seperti batu.

Geliga Lipan...

Geliga ini sebelumnya berwarna Kekuningan...setelah beberapa lama ia ditapakan, warnanya berubah. Proses bagi menyimpannya juga perlu dititik beratkan..kalau tak kena dengan caranya..simpan bertahun-tahun pun tak merubah warnanya.








Tempat simpanan telah diperbuat dari sejenis Buluh yang ditebuk lubang untuk pengaliran udara.

Koleksi Batu Dan Geliga



Sebahagian dari Koleksi Batu dan Geliga..alahai..gambar kurang jelas la...

Kristal...

Batu Kristal pemberian seorang sahabat

Akar yang menjadi Kayu Teras

Ini adalah sejenis Akar yang telah begitu lama sehinggakan merubahnya menjadi Teras Kayu..apa jenis akarnya tah..kata orang asli yang mendapatkannya menamakannya Corah..yang bermaksud "tak tahu"

Setelah diperhatikan, jika akar, pasti terdapat rona-rona berbintik yang berongga..tetapi jenis ini telah tepu menjadi kayu.


Bahagian yang meretak menunjukkan bahawa ianya keras. Kalau akar tidak menjadi sedemikian.

Biji Tasbih dari Teras Gaharu

Larikkan Biji Tasbih dari kayu separa Teras jenis Gaharu. Kayu gaharu atau karas amat lembut dan tidak sesuai untuk dilarik menjadi biji tasbih.




Pengasas sedang mencuba untuk membuat Tasbih dari Kayu Separa Teras dari jenis gaharu sebagai percubaan..tetapi untuk dikomersialkannya amat susah kerana Teras Gaharu begitu mahal. Seketul kecil yang sebegini pun dah empat angka nilainya.

Wawancara Bersama Sinar Harian








Wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini....

Thursday, January 20, 2011

Pemberitahuan Kepada Peminat Blog

Assalamualaikum..

Kepada Peminat Blog Rahsia Alam, Pengasas Blog agak sibuk semenjak kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan peminat teras kayu, batu dan berbagai lagi. Pengasas juga selalu keluar bandar bagi mendapatkan Ilmu Perkayuan dan bahan-bahan baru untuk dibuat rujukkan dalam Paparan Blog.

Para Peminat yang menempah melalui Email diharap menghubungi Pengasas melalui Talian yang tertera bagi membuat tempahan dan juga untuk mendapatkan Info-Info mengenainya. Ini bagi mengelakkan Kelewatan untuk Reply Feedback untuk Info serta barangan yang bakal ditempah kepada para peminat semua melalui Email.

InsyaAllah, Pengasas akan cuba memaparkan Maklumat terbaru didalam Blog untuk Tatapan Para Peminat jika berkesempatan...Selebihnya..Pengasas Hanya Berusaha, Allah jualah yang mengizinkan hambaNya yang tiada daya upaya selain dariNya..Subhanallah..walhamdulillah..Wala'illa'haillallah Huallah Hu Akhbar..InsyaAllah

Wassalam..dari Pengasas Blog Rahsia Alam

Akar Sebatang...The Black Real Root..

Dikenali dengan Nama Akar Sebatang, akar ini diperkenal oleh seorang Sinsei Cina dalam Perubatan Herbal kepada saya dimana Beliau menyebutnya dalam Bahasa Mandarin..Tah..aku dah lupa dah namernya....tergeliat lidah saya nak menyebutnya..senget muka saya bila nak pronoun...

Akar sebatang ini sememangnya ampuh bagi kegunaan untuk kaum lelaki dan wanita, Rasanya tidaklah sepahit Akar Tongkat Ali..tetapi, ianya lebih baik dari Tongkat Ali yang biasa..jikalau Tongkat Ali Merah di perbandingkan dengannya..kira jatuh nombor 2 la Akar sebatang ni.


Nama ajer Akar Sebatang, tetapi jika bernasib baik, berbatang-batang Akarnya..macam yang dipaparkan..Jika dicampurkan dengan Teras Kemuning Hitam, Teras Penawar Hitam, Tongkat Ali, Teras Halban, Akar Tengkuk Biawak, Akar Rempah Gunung dan beberapa Jenis akar kayu, direbus dan diamalkan sebagai minuman Kesihatan..InsyaAllah..Dengan Izin Allah..Sehat semuanya..tetapi kalau dah sakit baru nak mengamalkannya..alamat lambat la sikit..kalau diamalkan sebelum sakit..agak payah la nak jatuh sakit..Cegah Sebelum Padah..hah..hah..hah..

Halban Rontok Berpasung..

Teras dan Kayunya amat keras dan cantik..selain dari menjadi Bahan Utama dalam Perubatan Herba Akar Kayu, Kayu Halban juga amat cantik jika diolah menjadi Biji Tasbih...InsyaAllah, kalau dah Siap nanti saya posting kat dalam Blog..Buat masa ni ..Aku BZZZZZZZ......

Akar Rempah Gunung..Akar Sarsi..

Ada yang memanggilnya Kayu Sarsi, ada juga yang memanggilnya Rempah Gunung...macam-macam..kekadang tu, Spesis yang sama, hanya namanya sahaja yang berbeza..konpius beb...

Tetapi Kayu atau Terasnya..maupun Akarnya..Kayu Sarsi ini memiliki Fadilat Perubatan yang Ampuh, untuk Kesihatan Badan bagi Manusia..

Teras kemuning Hitam..

Ada keratan yang masih basah dan juga yang telah kering sepenuhnya. Kebelakangan ini Teras Kemuning Hitam agak Payah diperolehi, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu..Kejap Ujan...kejap dah panas..kejap-kejap lagi..dah gelap...Alamak, yang gelap tu aku terlelap laaa....pehhhh

Teras Kemuning Hitam yang masih Basah..apabila kering sepenuhnya..baru la boleh diguna pakai..

Tempahan dan Pembuatan..masih diteruskan..

Pengasas Blog agak kesibukan sedikit kebelakangan ini dek kerana selalu Out-station bagi mendapatkan bahan terbaru dan juga bagi mendapatkan jenis-jenis kayu dan teras yang masih tiada dalam Koleksi Simpanan. Selain dari sibuk memenuhi Permintaan Para sahabat Blog yang setia untuk barangan Raw (Bahan Asli), Pengasas juga sibuk memproses Tempahan Teras dan Kayu yang ditempah oleh para peniaga Barangan Mistik dan Berfadilat dalam bentuk permata dan Tasbih serta Tongkat.

Ini adalah sebahagian dari Tempahan Permata Teras yang masih belum dipolish lagi...kadang-kadang tu ada Tempahan yang tak sempat di buat posting mengenainya..InsyaAllah, Pengasas akan cuba memenuhi Paparan-paparan Tempahan Bulanan yang dibuat oleh Pemborong dan juga para sahabat didalam Blog Rahsia Alam...InsyaAllah.