DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, December 21, 2010

Teras Halban Rontok

Inilah Teras Halban Rontok..Dikatakan Ibu kepada Ramuan Herba Traditional..Jika merebus jenis-jenis akar herba yang lain, ianya dikatakan lebih ampuh jika diadunkan dengan Jenis Teras Halban..kalau tak dicampurkan..ibarat kata, buat kopi takda gula..tak sedap beb..Nisbah campurannya juga perlu diambil kira,..kiraan orang-orang dulu..satu jari kali 2 jari..lebih kurang 1 inci panjang dan 2 inci lebar..tebalnya pula lebih kurang 3-5mm....tak boleh campur banyak-banyak...kalau dah banyak sangat...telan ajer kayu-kayunya...hehehe...buat masa ini, saya membuat campuran dengan beberapa jenis teras dan akar yang terpilih sahaja..iaitu teras dan akar yang dikenali dan juga yang diunjurkan oleh orang-orang yang mahir...bukannya apa..kalau dok main campur sendiri..jadi racun la pulak...jadi..kena lah merujuk kepada yang pakar dalam arena herba traditional..