DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, December 17, 2010

Sahabat yang datang Bertandang..

Seorang sahabat yang menziarah Pengasas mencuba kemahirannya dalam pembuatan Permata teras Kayu..Beliau amat meminati seni dan juga mendalami Ilmu Agama..Cuma mamat ni agak Rock sikit..buat masa ini, beliau tidak mencapai tahap ilmu telan batu lagi untuk menjadi Fosil..hehehe..Terima Kasih sahabat (Abang Nizam) kerana membantu..

Yang ini pula adalah seorang sahabat yang telah nyaris-nyaris diangkat menjadi Seorang Datuk dek kerana anak daranya yang lawa beb..tak sempat lagi kerana anaknya masih bersekolah lagi..dalam pada itu sahabat ini banyak juga mencurahkan Ilmu mengenai Akar kayu yang beliau pelajari sewaktu alam remajanya kepada pengasas....dalam pada itu, beliau juga amat meminati teras-teras kayu yang selama ini beliau hanya mendengarnya sahaja dari kawan-kawan yang lain..cuma beliau ternganga mulutnya apabila melihat koleksi pengasas sehinggakan nyaris-nyaris nyamuk tak mati masuk kedalam mulutnya..hehehe..Gurau banggg...Terima kasih kepada abang Buyung yang banyak berkongsi pengalaman...Alhamdulillah.