DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, December 30, 2010

Loket Perak...Untuk Pilihan Sahabat..

Pengasas hanya ada 4 butir sahaja Loket perak yang kosong dan sedia untuk dimasukkan jenis-jenis teras atau kayu pada tapaknya..Loket ini adalah Paparan untuk sahabat yang telah menempah Loket teras dan kayu...ianya sebagai paparan pilihan untuknya...nasib la...siapa cepat memilih yang mana satu..dia punya la...

Gelang Tempahan Gabungan Teras dan Kayu Pilihan..Siap..

Gelang gabungan teras dan kayu yang telah siap, tempahan seorang sahabat..

selain dari gelang, ia juga boleh dijadikan sebagai medium untuk bertasbih...bab Fadilat tu kita serahkan Pada Yang Maha Pencipta...

Setongkol Kayu Sarsi..Pembersihan..untuk biji tasbih

Tongkol ini telah dibeli oleh pengasas blog dari seorang penjual kayu..ianya sedang dalam pembersihan untuk membuang kulit kayunya..

Tongkol Kayu sarsi ini berbau wangi dan ianya adalah bahan bagi pembuatan biji tasbih..InsyaAllah, Tasbih dari kayu ini boleh ditempah...murah..murah..murah ajer...

Pati Cenuai...dengan Daun Buluh Perindu Unggu..

Ketika membelek-belek rimbunan pokok buluh perindu yang dimiliki pengasas blog, pengasas mendapati ada 3 helai daun yang berlainan dari yang lain..warna unggu..lalu pengasas telah memetik daun tersebut lalu memasukkan kedalam Minyak Pati Cenuai ini, yang peliknya..ianya telah menjadi kepada dua helai sahaja..yang lagi satu tah tak tau kemana peginya..Mungkin tiga helai tidak sesuai kut??..atau mungkin juga ianya telah melekat diantara satu sama lain..wallahu..Pati ini hanya ada satu sahaja..Ianya untuk dimaharkan..

Tali Pinggang Kayu Setigi untuk Dimaharkan..Asma Ul-Husna

Tali Pinggang ini adalah milik seorang sahabat yang mengamanahkan kepada Pengasas untuk dimaharkan..

Lorekkan Asma Ul-Husna pada bahagian Teras Kayunya...


Kayu Setigi ini tidak dapat dipastikan samaada ianya adalah setigi laut ataupun setigi darat..Sila Hubungi saya jika Berminat..

Tasbih Pine Cypress..Milik Sahabat...






Tasbih ini adalah milik seorang sahabat yang mahu memaharkannya..Sila hubungi jika berminat..

Pokok Orkid Harimau..Pemberian dari Seorang Sahabat.

Pokok Orkid ini adalah Pemberian dari seorang sahabat. ianya dikenali sebagai Orkid Harimau,..haiyaaa..apa macam mau tanam???

Crystal Clear Mala Beads..Original Crystals For Sale

Crystal Clear...Owned by a friend, letting it go for sale...

Contain 108 beads..


Please do not hesitate to call if interested....

Wednesday, December 29, 2010

Koleksi Kayu Karas Dan Teras Gaharu..

Koleksi Pengasas, yang atas tu masih dikira kayu, walaupun ada terasnya..tetapi kandungan resinnya tidak banyak, disebabkan Muda lagi..yang kat bawah tu boleh dikira sebagai terasnya..tetapi bukan lah dari Gred AA Super..Kalau Gred Super AA, bestnya..tetapi bergolok-bergadai la jawabnya jika nak membeli..mana tahan bro kalau dah makan sampai Rm50-60 ribu..lagi baik beli rumah baru..hehehe...Kayu ni Sebagai Koleksi ajer dan Bukannya untuk di Komersialkan...Kalau nak beli..pegi la ke kedai pak Arab kat Bukit Bintang Bro..depa jual pakai gram bro...dari Rm 9 hingga ke Rm 15 yang murah-murah...ada juga yang depa tak jual..hanya buat Show-case ajer...

Cincin Perak Tempahan Sahabat Baru Siap..nak pos la niii..

Permata 45 teras dan kayu pilihan yang dipaparkan sebelum ini telah siap..masanya pula diambil begitu lama dek kerana Balungnya ditempah dan bukan yang siap sedia...so makan masa sikit.

Pemiliknya pula, sorang di Sabah dan sorang lagi di Bangi...Alhamdulillah, barangan ni dah diposkan...

Serbuk dan Habuk Gaharu..(Bahan Stress Relief)

Racikkan kecil yang diguna pakai untuk dibakar bagi mendapatkan Harumannya..tapi kalau perasap bahan ni, bukannya untuk panggil Khadam beb, buat wangian dalam Rumah..dan kalau dah wangi satu rumah, baru la best..hubungan dengan keluarga pun best kalau dah suasana kat dalam rumah yang nyaman dan berbau harum.

Bahan yang ni pula saya dah treated ngan Pati Minyak wangian supaya bila dibakar baunya lebih sedap..pilihan minyak pula perlu diambil kira sebab, jika silap campuran...alamatnya, rumah tak berbau wangi..nyamuk pulak yang banyak mari...hehehe...


Teras Gaharu Gred B Plus...Paparan sahaja

Resin-resin yang terbentuk sebegini yang dikatergorikan sebagai Gred B Plus..Wallahu, saya pun bukannya tahu sangat..so bila bakar ajer..berbau sedap..kira ok ajer bagi saya..gred B pun yeop,...poket aku koyak...huhuhu...

Maklumat dari dalam Internet, nilainya dari Rm 10k-20k sekilogram..tah tak tau la aku..aku beli banyak ni pun untuk kegunaan sendiri dan sebagai koleksi, dah kira boleh beli sebijik lagi E Class(Second -Hand laa)...masakkkkk....tapi kalau dah minat..tiada apa yang menghalang...yang ni bukan untuk dijual....

Cip Gaharu..

Cip-cip gaharu yang bernilai dari rm5-rm15 per-gram, saya hanya mampu memperolehi sedikit dek kerana tak berapa mampu nak beli banyak-banyak...ini pun jadi lah untuk buat serbuk aroma terapi untuk diri sendiri...dah test..menurunkan stress serta baik untuk perubatan sinus jika dibuat asap dan disedut melalui hidung..clear bro...nak bernafas pun senang...tapi kena la dari gred yang baik..kalau kayu yang takder resin ..mmmppph..buang karan ajer.

Pati Sulingan Daun Gaharu

Pati yang disuling dari Daun gaharu ini memiliki bau haruman yang menyenangkan bila memakainya..saya memperolehinya dari seorang sahabat yang mengusahakan industri Pati Gaharu secara kecil-kecilan yang bertauliah serta memiliki syarat-syarat yang diluluskan oleh kerajaan.

Thursday, December 23, 2010

Permata 45 Jenis Teras Tempahan Sahabat..

Hanya dua butir sahaja yang dititipkan sedemikian rupa...
Ukuran Panjang Permata..

Jari saya kecik ajer..yang menempahnya besar saiz jarinya..Cincin Perak pula sedang dalam Proses Pembuatan bagi saiznya pula...


45 jenis teras yang terpilih dan nama-nama teras serta fadilatnya pula akan disertakan sekali dalam sampul POSLAJU nanti InsyaAllah...Tempahan Permata sedemikian rupa terbuka kepada yang berminat..tetapi Permata ini perlulah ditempah dahulu..yang siap sedia..tiada..hanya diproses setelah ditempah..



Boleh Ditempah dengan Balung Perak..Cuma nyatakan Ukuran Saiz Jari....Sila Hubungi Pengasas jika Berminat..

Tuesday, December 21, 2010

Teras Halban Rontok

Inilah Teras Halban Rontok..Dikatakan Ibu kepada Ramuan Herba Traditional..Jika merebus jenis-jenis akar herba yang lain, ianya dikatakan lebih ampuh jika diadunkan dengan Jenis Teras Halban..kalau tak dicampurkan..ibarat kata, buat kopi takda gula..tak sedap beb..Nisbah campurannya juga perlu diambil kira,..kiraan orang-orang dulu..satu jari kali 2 jari..lebih kurang 1 inci panjang dan 2 inci lebar..tebalnya pula lebih kurang 3-5mm....tak boleh campur banyak-banyak...kalau dah banyak sangat...telan ajer kayu-kayunya...hehehe...buat masa ini, saya membuat campuran dengan beberapa jenis teras dan akar yang terpilih sahaja..iaitu teras dan akar yang dikenali dan juga yang diunjurkan oleh orang-orang yang mahir...bukannya apa..kalau dok main campur sendiri..jadi racun la pulak...jadi..kena lah merujuk kepada yang pakar dalam arena herba traditional..

Teras Cengal Mas..

Sebahagian dari Potongan Teras Cengal Mas yang diberi oleh sahabat yang mahukan ianya dititipkan dalam bentuk Biji Tasbih..InsyaAllah...

Teras ini tak tau la dah berapa lama umurnya..dipotong dengan Chainsaw pun berapi-rapi bro..saya telah melihat hasil kerja seorang sahabat dalam pembuatan Sarung Senjata dan Teras Cengal Mas ini amat cantik Sekali..Urat-urat kayunya amat unik...

Teras Merbau Merah..Untuk Buat Tasbih..

Pemberian Seorang Sahabat untuk Proses Biji Tasbih...Keras giler kayu ni..

Tetapi..kalau dah Siap larikkan Biji Tasbih..InsyaAllah..pasti cantik kayu ni..

Gaharu..@..Depuwood



Kayu Gaharu yang memiliki resin..tetapi tak berapa banyak pula resinnya..ada sikit-sikit pun jadi la...buat perasap aroma terapi...hilang stress tau...

Teras Kayu Sarsi...

Ini adalah sebahagian kecil bahagian Perdunya..selebihnya..tak muat but kereta..

Besar macam ni pun beratnya adehhh.. payah nak pikul bro..


Bahagian ini pula telah dihadiahkan kepada pengasas untuk pembuatan tasbih...Baunya mampu menyeluruhi satu bilik...

Teras yang ni aku tak tau...

Bahagian ini akan dijadikan Tapak Sangkut Keris..

Teras Merbau

Ini juga adalah teras jenis Merbau Merah...Hakisan yang memakan puluhan tahun..

Buntat Teras Merbau Merah..Ada muka wooo..

Saya memilih Teras ini disebabkan ianya unik...ianya akan menjadi bahan koleksi saya..

Berwajah-wajah..


Macam Kin-Kong pun ader...hehehe



Keunikkannya adalah hasil dari tindak-balas alam semulajadi...Ciptaan Illahi..Allahu..

Teras Berlian dari Tanah Semenanjung..Fuhh...Rare Beb

Sewaktu memilih Teras-teras kayu yang berkualiti, saya telah tertarik pada sebatang teras ini..lalu sahabat saya menanyakan kepada saya, apakah jenis teras ini..kata saya...macam kilo pun ada, macam keluat pun ada..asam jawa pun ada..katanya pula..tak betul semuanya..dah tu teras apa ni??..katanya sambil ketawa..Bro..inilah Teras Berlian..hahhhh (Nasib baik lalat tak masuk mulut aku)..jawab saya, mana ada teras berlian di tanah semenanjung, kat Sarawak ada la, itu pun ianya adalah spesis yang dilindungi??..katanya, ditanah Semenanjung ni ada kayu tu...cuma payah nak jumpa....sesekali dalam 10 tahun baru jumpa sekali..tu pun amat payah..apa lagi..saya pun sambar ajer la kayu ni..cuma nasib baik tak telan ajer teras kayu ni...pasai best sangat rasanya...

Sebahagian Teras Kayu yang sempat di Beli..

Sebahagian Teras-Teras yang berkualiti sempat dibeli oleh Pengasas...Maklumlah, seorang sahabat mengatakan tempat yang dituju adalah lebih kurang 15-20km dari tempat sekian-sekian..tetapi mak oiii...lebih dari 50km diredah untuk sampai ke destinasinya..sampai jer waktunya dah gelap..pilih teras pun main pakai suluh ngan torch-light...Land Mark yang diberitahu agak sipi-sipi..bila sampai jer tempat tu..mak aii..dah macam muzium kayu beb..kayu dia dah macam Dinosaur...hehehe

Sepapan Kayu Gaharu...hehehe...

Best...Best..Best.....tu jer yang aku leh gitau...Alhamdulillah..

Pati Gaharu..Resin Extract of Agarwood

Pati ini telah dibeli oleh pengasas dari orang persendirian yang telah mengestrakkan dari Jenis Teras Gaharu yang Berkualiti AAAA..lagi mahal dari Minyak Pati Cenuai aku daaaa...

Pati ini ada banyak kegunaannya.....kalau hangpa pi buat lumur pada bilah keris..jawabnya...masak buboq campoq akaq pinang la...pening wooo