DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, November 21, 2010

Permata Rahsia Alam...Paparan Permintaan...

Saiz Permata...

Bias Warna pada paparan tepi.




Paparan Permata Rahsia Alam ini adalah permintaan beberapa sahabat. Permata ini juga pernah dibida oleh beberapa sahabat dengan nilai asal yang dibeli oleh pengasas. Permata ini telah menunjukkan beberapa perubahan dan keistimewaan semenjak ianya ditebus dan disimpan. Beberapa sahabat Pengasas Blog dari Luar Negara juga pernah melihatnya dan ianya menjadi Idaman mereka...tetapi disebabkan nilai yang ditawarkan kepada pengasas tidak menepati piawaian Nilainya, maka pengasas mengambil keputusan untuk menyimpannya sehingga ianya dibida dengan nilai yang berpatutan oleh sesiapa yang berminat. InsyaAllah...

Thursday, November 18, 2010

Permata 33 Teras Pasak Paku dengan Tembaga Gong Pecah

Permukaan atas permata bersama dengan tembaga Gong Pecah..

Bahagian Bawah Permata


Ukuran ketebalan



Ukuran panjang




Ukuran lebar..Permata ni ada ramai yang membuat permintaan, so terbuka kepada sesiapa yang terlebih dahulu..yang selebihnya..kena tunggu permata yang lain kerana sedang dalam proses pembuatan...InsyaAllah, kalau dah ada banyak nanti..saya uploadkan untuk yang berminat..

Permata teras 40 saiz kecil..

Permata 40 yang bersaiz agak kecil sedikit..kalau nak lagi kecik..tak terdaya dah..mana nak letakkan lagi kalau dah kecil sangat terasnya..

Ini adalah yang dapat dititipkan bagi jenis teras 40...Permata-permata teras 40 dan 44 akan menyusul selepas ianya siap diproses..yang dipaparkan ini masih belum berpunya..sila hubungi jika berminat..Maharnya tak mahal..Gerenti dapat...tapi jangan la offer Rm 3 hengget plak..payah dan rumit nak membuatnya..


Permata Teras 40..

Saiz kelebaran permata 40

Permata ini untuk Dimaharkan..


Ukuran Loket Teras 40










Loket Ini untuk Dimaharkan

Loket Tempahan dan Loket Baik Pulih..

40 Jenis teras dan Kayu dipasak Paku..

Permata Loket yang ditempah oleh sahabat..


Dipasak dengan Tembaga Gong Pecah, Besi Haematite, Pyrite, Tahi Besi dan Batu Buntat Bumi



Ini adalah Loket yang dibaik pulih..




Bahagian yang pecah telah ditampal..

Bahan Persediaan dari Jenis Kayu dan Teras

Ini adalah bahan-bahan yang dititipkan untuk menjadi Permata dan Loket teras gabungan..

Kesemuanya ada melebihi dari 50 jenis kayu-kayu serta teras yang terpilih lagi berkualiti...Pengasas sedang berusaha dalam pembuatan Permata-permata yang diminati ramai..Permata-permata teras campuran yang dipaparkan sebelum ini telah HABIS di tebus para peminatnya..InsyaAllah, pengasas Blog Rahsia Alam akan membuat paparan Permata dari jenis gabungan untuk para sahabat jika ianya telah siap dan kepada yang telah menempah dan menebusnya, Cincin dan Permata yang telah dihantar pada sebelum hari Raya diharap para penebusnya telah menerima barangan yang ditempah..bagi para sahabat yang menempahnya pada 1-2hari sebelum Raya, barangan sahabat semua akan diposkan selepas hari Raya Eidil Adha..Terima Kasih kepada Para Sahabat Semua...Tempahan Masih Terbuka..InsyaAllah..

Gabungan jenis Batu, Besi dan Logam Tembaga..

Ini adalah sebahagian bahan dari jenis Batu, Besi, Timah Hitam, Tembaga Gong Pecah dan Tahi Besi

Kelongsong asas untuk permata teras gabungan

Beginilah keadaan rupa yang sebenarnya kelongsong permata teras bergabung yang dititipkan dari jenis teras Gemunggal atau lebih sinonim dengan nama teras kilo..bahagian dalaman kelongsong inilah yang dimasukkan teras-teras yang berkualiti dan terpilih untuk dijadikan Permata cincin serta Permata loket..

Permata 40 Gabungan Teras..Separa Siap

Bahagian Kelongsong asas dari jenis Teras Kilo yang berkualiti sipasak dengan 40 jenis teras menembusi bahagian Bawah dan Atas Permata..kemudiannya, ia akan digosok serata dan dibentuk sehingga menjadi permata yang unik serta bermanfaat buat sipemakainya..buat masa ini, Permata jenis teras 40 sedang diusahakan bagi para sahabat dan peminat..maharnya juga agak berpatutan..ini bukan lagi cogan kata mampu milik dan mampu beli..ni gerenti dapat..hehehe

Permata Separa Siap..35 Jenis Kayu dan Teras

Beginilah rupa Permata teras-teras pilihan yang masih didalam Proses pembikinan..

Bahagian yang masih belum digosok dimana ruang-ruang kecilnya masih kelihatan..bahagian tersebut akan ditutup dengan teras dan kayu untuk kesempurnaan dari segi penampilan...dari sudut fadilatnya pula...MasyaAllah...berbagai-bagai..


Permata 17 Jenis Teras bersama Tembaga Gong Pecah

Permata 17 Jenis Teras bersama Pasakkan Tembaga Gong Pecah

Permata tempahan sahabat.


Permata Teras 35 Jenis Kayu dan Teras

Bahagian Permukaan Permata Teras Gabungan 35 Jenis..

Permukaan Bawah Permata 35 Jenis..Masih didalam proses pembuatan...Tempahan masih Terbuka..


Permata Loket 33 jenis Teras bersama Batu, Tembaga dan Besi

Permata untuk dijadikan Loket tempahan sahabat..terdiri daripada 33 jenis teras, Tahi Besi, Pyrite, Haematite, Batu Besi Buntat Bumi dan Tembaga Gong Pecah.

Jenis gabungan pula dibuat Pasakkan jenis Pasak Paku..ada beberapa butir ladi yang masih didalam proses pembuatan..

Sunday, November 14, 2010

Permata Gabungan 31 jenis Teras..Teras 31

Bagi sesetengah peminat teras gabungan merasakan permata teras 31 yang biasa agak begitu besar bagi mereka yang berjari kecil. Pengasas mengambil inisiatif membuat permata 31 jenis teras yang bersaiz kecil walaupun agak rumit sedikit pembuatannya.

Perbandingan saiz permata teras 31...Permata yang kecil ini memiliki sarung dari jenis akar teras kilo yang berkualiti...tempahan bagi permata yang bersaiz kecil dan padat ini terbuka untuk tempahan buat para penatap yang setia...sila hubungi untuk membuat tempahan..boleh juga ditempah dengan ikatan cincin perak...


Akar Larak Berpasung..Lilitan Kekiri

Keadaan Akar Larak yang berbelit kekiri serta berpasung.

Tabienya yang salah serta melekat..


Paparan keseluruhan



Teras Gong..spesis Gaharu..

Ini adalah spesis Gaharu yang juga dikenali oleh masyarakat Asli sebagai teras Gong..Teras ini berbau wangi apabila dibakar.

Cincin Tempahan Sahabat dari Pahang..

Cincin bersarungkan Teras Kilo gabungan dalaman dengan kayu Bertam dan sertakan Logam seperti Tembaga Gong Pecah / Tahi Besi/ Besi Haematite / Batu Besi Buntat Bumi.

Lilitan saiz 15 bagi cincin steel..


Hanya menunggu untuk diposkan pada hari bekerja..

Pati Cenuai...

Isian 8ML Minyak Pati Cenuai....rasanya tak perlulah diterangkan Fadilatnya...Minyak Pati Cenuai ini untuk dimaharkan...baunya gerenti tembus..

Saturday, November 13, 2010

Buntat Teras...

Ini adalah Buntat teras yang berada didalam kayu teras gemunggal.

Prosesnya terjadi dari damar atau dari mata Teras dari dalam...Buntat ini untuk dimaharkan

Permata Teras Kilo Hitam Berkualiti.

Teras Kilo Hitam yang berkualiti ini untuk dimaharkan..

Permata Teras Kilo..

Permata Teras Kilo yang bermutu untuk Dimaharkan..

Permata Gabungan 31 Jenis Teras Pasak Cerucuk Paku..

Sejenis Permata gabungan 31 jenis teras yang dipasak seperti cerucuk berbintik..

31 jenis teras yang disusun cerucuk ini lebih mantap jika nak dibandingkan dengan cantuman 31 jenis teras yang dipaparkan sebelum ini.


Permata jenis Cerucuk Paku berbintik ini boleh ditempah mengikut jenis teras yang diingini. lagi banyak jenis teras yang ditanam, maka lebih banyaklah bintiknya..Permata jenis cerucuk ini terbuka untuk tempahan dari berbagai jenis teras-teras terpilih.