DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, October 18, 2010

PELIK TAPI BENAR...TIDAK MUSTAHIL UNTUK PELIK KEPADA YANG CELIK

Pelik tapi benar..Tidak pelik buat yang celik...Kelihatan Sepasang Buntat atau geliga didalam sebotol minyak pati cenuai yang datangnya tah dari mana..Allahu..

Minyak pati cenuai yang dipaparkan adalah hadiah dari pengasas buat seorang insan yang sangat pengasas hargai atas jasa-jasa beliau kepada pengasas diwaktu-waktu tangisan mengiringi. Beliau telah menghubungi pengasas dan memberitahu bahawa Pati cenuai yang diberi kepadanya mengandungi benda pelik setelah sekian lama disimpan. Pada mulanya pengasas merasakan ianya adalah perkara biasa oleh kerana sebelum ini ada seorang lagi yang mengatakan cenuai yang diperolehi dari pengasas telah mengeluarkan serbuk berkilauan seperti serbuk emas. Pada pendapat Pengasas, itu dah kira nasib seseorang dan ianya dikira cukup bertuah kerana minyak cenuai tersebut mengeluarkan benda-benda pelik dalam bahagian kandungannya..dan banyak lagi yang diceritakan kepada pengasas oleh sahabat-sahabat yang menggunakan minyak tersebut, cuma pengasas tidak mahu memaklumkan buat umum dek kerana tiada bukti untuk dipaparkan. Alhamdulillah, kali ini pengasas telah diberi peluang untuk membuktikan sesuatu yang dikira diluar jangkauan pemikiran manusia..dan ianya Tidak Mustahil Dengan Kehendak ALLAH Semata.


Setelah puas membelek keadaannya, maka pengasas telah mengeluarkan yang dikatakan Buntat atau Geliga dari dalamnya, Subhanallah..macam tak percaya..mana la pulak datangnya..nak kata geliga lipan, bendanya lembut macam buntat Embun yang masih belum mengeras..nak kata Buntat Embun pula..takkan lah ada warna seakan merah dan warna seakan kekuningan..pada kali ini pengasas agak blur sedikit tentang jenis geliga atau buntat apakah ianya..cuma dalam hati pengasas....kalau dah izin dariNya buat hambaNya...jangankan perkara sebegini..Emas segunung pun tidak Mustahil bagiNya..Beginilah yang dikatakan Pelik tapi Benar..tetapi Tidak Pelik bagi yang Celik Fahamannya..Alhamdulillah..