DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, October 30, 2010

Cincin Perak Permata Mistik Merah Delima..Rare..

Baru pertama kali saya mendapat Permata Mistik yang berwarna Merah Delima..tidak seperti yang dipaparkan sebelum ini..

Berkilau jika didedahkan pada pancaran matahari..


Permata Mistik Yang memiliki Permukaan Berkubah seperti permata Mistik yang dipaparkan sebelum ini..



Bayangkanlah jika ianya disarungkan dijari si pemakainya....meleleh bro..bukan batu leleh atau air liur meleleh beb..kaler dia yang leleh...Cincin ini terbuka untuk yang berminat..hanya ada sebentuk sahaja..




Cincin Perak Permata Batu Yin & Yang..

Ini adalah Cincin Perak yang dititipkan dengan batu Yin & Yang...

Cincin yang sebegini ada dipaparkan sebelum ini dan ianya telah ditebus...permata yang sebelum ini bersaiz kecil sedikit dari cincin yang dipaparkan..


Sekilas lihat macam nombor tujuh daaaa...Cincin ini untuk Dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Cincin Perak Suasa Permata Delima..

Sarung Perak Ikatan Suasa..berbatu Delima tidak Berpuaka..bila Pakai Tertarik Makwe..apa nak kata member bertanya..tidak bertuan yang memilikinya..siapa booking dia punya..

Batu Delima ini memiliki Bintang Bertindih..


Seni ikatan tukang mahir dari tanah pantai timur...Cincin ini terbuka kepada sesiapa yang berminat..

Teras Raja Kemuning Hitam

Ada seorang sahabat mengatakan ini adalah dari sejenis Teras Kemuning Hitam..katanya pula, spesis ini adalah dari Rajanya..wallahu..pada saya Raja ke tak Raja ke..ianya tetapi dari Jenis Kemuning...teras kemuning ni paling terkenal dalam pembuatan Hulu dan sarung Senjata serta tasbih. Titipan ini adalah untuk tempahan Loket.

Loket Teras Akar Kilo dan Teras Kelor Hitam

Ini adalah dari jenis Kelor Hitam..yang paling berkualiti..

Ini pula adalah dari Jenis Akar Tunjangnya..titipan ini adalah untuk loket yang telah ditempah oleh seorang sahabat dalam belian pukal.


Loket Teras Raja Kayu Putih

Titipan untuk Loket dari Spesis Raja Kayu Putih..telah banyak maklumat mengenai fadilatnya dipaparkan sebelum ini...ianya dalam lingkungan jenis teras yang tersohor dan dicari oleh peminatnya.

Penunduk Bukit..

Memiliki Alur seperti Kayu Tas dan kayu peluruh gajah (Merlimau Batu)..tetapi ianya tidak berkulit tebal seperti kayu tas..kulitnya nipis dan berwarna seakan kayu penunduk merah..Kayu Penunduk bukit ini tidak memiliki Bau yang kuat..Fadilat Penunduk bagi yang halus dan sebilangan kecil dari spesis binatang.

Penunduk Penawar Lima

Penawar Lima atau lebih dikenali dengan nama Penunduk Penawar Lima..Kulitnya yang berwarna kuning serta memiliki Pusaran yang berbawang. Fadilatnya adalah Penawar kepada Lima jenis Penyakit dalaman. Selain dari itu ianya adalah dari Jenis Kayu Penunduk yang susah diperolehi. Kayu Penunduk Penawar Lima ini hanya hidup dipersekitaran rangkuman Pokok Raja Kayu Putih...Dimana ada Pokok Raja Kayu Putih..maka ianya ada disitu bersamanya..sudah pasti ianya memiliki Berbagai Fadilat...

Teras Kilo Putih..

Sejenis Akar teras kilo putih..Banyak yang tidak mengetahui jenis ini..wallahu..aku pun ragu-ragu..tetapi pengasas telah merujuk kepada beberapa pakar dan mereka mengatakan ianya adalah sejenis spesis Teras Kelor Putih.


Fosil sepohon Akar Bahar Putih..Untuk Dimaharkan

Bahagian Sarangnya..atau akarnya..




Fosil Sepohon Akar Bahar Putih untuk Dimaharkan dalam keadaan sedemikian..Hubungi dahulu..

Monday, October 25, 2010

Pokok Kunyit Hitam Dan Pokok Kunyit Unggu

Pokok Kunyit Hitam....tetapi masih belum mengeluarkan hasil ubinya yang hitam lagi...InsyaAllah..kalau la si bunian tak ambil lagi ubinya...

Ini pula Kunyit Unggu..


Senduduk Putih Liar...wa beli la ini pokok

Ini pula adalah Pokok Senduduk Putih yang dibeli dari Nursery oleh seorang sahabat..Asal pokok ini diperolehi dari dalam Hutan..

Perbezaan Antara Buluh Perindu dan Buluh Perhiasan

Paparan ini adalah Buluh Perindu Asli..

Paparan ini adalah samaran kepada Buluh Perindu..bezanya adalah Batang Buluh Perhiasan berwarna hitam kemerahan..sedangkan Batang Buluh Perindu berwarna Hijau kekuningan serta mampu berbunga pada had masa dan waktunya.


Ini pula adalah Jenis Buluh Perhiasan..daun yang berbelak...biasa dijumpai ditepi-tepi jalan berbukit dan kat area waterfall (Air Terjun)...

Pokok Buluh Perindu Pulau Besar...

Pokok Buluh Perindu ini adalah pemberian dari seorang sahabat Pengasas..masa tu ada sebatang ajer pokoknya...tapi dah rezeki..pengasas telah pecahkan kepada 2 bahagian dimana sebahagiannya diberi kepada sahabat merangkap guru kepada pengasas dan sebahagian lagi telah diberi kepada Tok Sheikh dari Pusat Rawatan 7 Puteri..wahh..seronok la beliau..

Pokok yang ini pula adalah galang ganti sebagai pengeras buat pengasas dari seorang sahabat yang mahukan pengasas membuat adunan Pati Minyak Cenuai baginya...Alhamdulillah..membesar dengan sihat..merimbun pula..

Buluh Perindu Pulau Besar..Baru Dituai...

Buluh Perindu Pulau Besar ini baru sahaja dituai...ianya dikatakan memiliki Fadilat Pengasihan..

Buluh Perindu ini dikaitkan dengan Buluh Perhiasan..tetapi, buluh perindu yang dikatakan memiliki ciri-ciri yang berbeza dari buluh perhiasan..cirinya adalah melalui Batang Buluhnya..

Pati Minyak Akar Cenduai Ajaib..

Pati Minyak Akar Cenduai Ajaib ini adalah pemberian Seorang Sahabat dan Juga Guru kepada Pengasas Blog Rahsia Alam...kenapa namanya Akar Cenduai Ajaib..ini kerana akarnya hidup didalam minyak ini..

Pati ini telah diolah semula oleh pengasas dimana ada jenis-jenis Akar Cenuai yang diberi oleh Tok Sheikh (Rawatan 7 Puteri) pada pengasas baru-baru ini telah digabungkan sekali kedalamnya...Keampuhannya pula..kena la pakai dulu..cerita aku tak tahu..Wallahu..


Besi Paku Rel Kereta Api Lama..

Ini adalah Paku Besi Rel Kereta Api Lama..jenis Besi ni yang diguna pakai untuk membuat tempaan Senjata.

Lihatlah keadaan hakisan pada besi ini..jenis besi yang tahan Lasak..Selain dari Jenis Paku Besi Lama ini..ada juga yang mencari Paku Besi Lama yang diguna-pakai untuk Jambatan Kayu pada masa dulu-dulu.


Bahan ini adalah untuk gabungan jenis-jenis besi alami dan juga teras-teras pilihan bagi kegunaan Permata Cincin dan Pelbagai...InsyaAllah..

Paku Besi Ladam Kuda

Paku lama ini digunakan untuk memaku Besi Ladam Kuda pada Tapak Kaki Kuda..Paku ini ada Banyak Fadilatnya...

Besi Ladam Kuda..

Besi Ladam Kuda dipercayai memiliki fadilat pembalik anasir yang tidak baik maupun Sihir. Waktu saya masik kanak-kanak lagi Besi Ladam Kuda yang dipaparkan selalunya kita temui di pasak pada pintu rumah orang-orang India..malahan ianya bukan sahaja diguna pakai oleh masyarakat India sahaja, ianya juga diguna-pakai oleh masyarakat Melayu dan Cina..tidak kurang juga pada masyarakat Singh.

Besi Ladam Kuda ada dua jenis..jantan dan betina..maksudnya..depan dan belakang kaki kuda yang dipasak tagan padanya. Besi Ladam Kuda jenis lama adalah dari Besi Putih, manakala jenis baru adalah dari jenis Alloy..yang dicari adalah dari jenis Besi Putih..Bende ni saya wat gabungan dengan jenis-jenis besi/Tembaga/Kayu dan lain-lain bahan lagi untuk dibuat permata cincin dan berbagai kegunaan, InsyaAllah..

Sunday, October 24, 2010

Cincin Gong Pecah setelah dijari Pemiliknya..

Mau kodong tangan sahabat ni dikerat dek orang akibat nakkan cincin dia...hehehehe..maaf bro, kawan bergurau ajer..saya sendiri pun jeles tengok dia pakai..tetapi dah direzekikan oleh Allah cincin istimewa ini untuk beliau...Ilhamnya pun Dari Nya jua..

Dua bentuk Cincin Istimewa dari gabungan Pelbagai Bahan dan sebentuk Akid Yin & Yang Asli yang juga telah ditagan dengan gabungan beberapa bahan yang istimewa..kesian kawan tu..mengelupur pakai cincin-cincin ni..Aura Tenaga rembisan dari bahan-bahan tersebut agak kepanasan...huiyoooo...ada jugak yang mengatakan ianya adalah untuk keserasian..ada beberapa maklumat dari Blog yang terkemuka ada mengatakan tempoh keserasiannya adalah dalam jangkamasa 21 hari...pada pendapat saya..tempoh keserasian tiada hadnya...ianya tertakluk kepada sipemakainya...wallahu..


Cincin Gabungan Gong Pecah dan beberapa jenis batu dan besi

Permatanya dari titipan Tembaga Gong Pecah..bayangkanlah Gong Pecah..Bukannya tongkang pecah..

Cincin Suasa yang istimewa ini dititipkan dengan beberapa jenis batu dan besi..Batu Petir/Besi Batu Petir/Tahi Besi dan beberapa lagi ramuan istimewa yang diilhamkan.


Bahagian bawah permukaan Permata yang telah ditatahkan adalah campuran gabungan yang mantap. InsyaAllah...



Antara bahan-bahan yang digabungkan, kebiasaannya barrel senapang pecah atau puting patah dan sebagainya dari jenis-jenis besi digabungkan..tetapi amat jarang sekali bahan dari Tembaga Gong Pecah di titipkan..mana la kut tau yang lepas ni ada bahan dari barrel meriam pecah pula yang diguna pakai...tetapi cincin ini adalah titipan untuk seorang sahabat istimewa yang pernah mencadangkan agar titipan dari bahan Besi Kepala Kereta Api terbabas rel pula untuk dijadikan permata cincin..Mungkin juga fadilatnya adalah dari jenis tersasar sasaran...hehehe

Friday, October 22, 2010

Batu Tabasheer..(GFT) Gold Ferum Tabasheer

Kelihatan yang dikatakan Mineral seakan Emas padanya (Gold Ferum)..Inilah serpihan Batu Tabasheer..

Batu Tabasheer ini masih didalam bentuk yang asli serta tidak dicanai lagi..ianya untuk dimaharkan dalam bentuk sedemikian rupa..Hubungi 019-3387074/019-2563074 jika berminat..siapa cepat dia dapat....


Cincin Permata Lafaz...

Ada banyak permata yang dipaparkan agak serupa dengannya..tetapi, kebanyakkannya tidak memiliki Tompokkan seperti permata yang dipaparkan.

Cincin Perak ini bersaiz 17-18..Cincin ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Cincin Permata Mistik yang masih Belum Berpunya..

Pada paparan-paparan mengenai Batu Permata Mistik sebelum ini, Kesemuanya telah habis ditebus para sahabat...cuma yang tinggal adalah yang dipaparkan..kesemuanya memiliki keunikan masing-masing..Saya tidak akan membuat Booking kepada sesiapa jua bagi cincin-cincin yang dipaparkan..konsepnya..Siapa Dulu Dia Punya...Boleh Menghubungi secara terus..019-3387074 atau 019-2563074..Norman..

Cincin Permata Mistik Purple..Untuk Dimaharkan

Ini adalah Permata Mistik yang bila disuluh cahaya atau terkena dengan cahaya matahari ianya akan terpancar dengan warna purple..jika tiada cahaya yang menyuluhnya, permata ini akan bertukar warna seperti Berlian.

Permata Purple yang sebelum ini ada dipaparkan dan ianya telah ditebus oleh seorang sahabat..pada kali ini, permata yang dipaparkan adalah lebih besar dari yang sebelumnya.


Cincin Perak yang berkualiti dan ditatahkan dengan Permata Mistik ini bersaiz 22..kepada yang berminat..ianya untuk dimaharkan..