DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, September 24, 2010

Teras Kilo...Teras Kelor...Teras Gemunggal

Pangkal Perdu Teras Kelor..Kilo..Gemunggal ini baru diperolehi...Bahagian ini menjadi Pilihan Pengasas Blog Rahsia Alam untuk dikongsi bersama-sama dengan para sahabat serta peminatnya.

Ini adalah Spesis Teras Kilo..Kelor Hutan..Warnanya dipengaruhi oleh Persekitaran tanah hutan yang berbukit..nak panggil Kelor Bukit pun boleh..asal Akar tunjangnya yang agak panjang terpaksa dipotong sebab tak muat kereta nak mengankutnya..


Saiznya lebih kurang macam kelor kampung cuma kelor kampung tidaklah berwarna sedemikian rupa..



Teras Kelor Hutan agak solid sedikit dari Teras Kelor Kampung maupun Teras Kelor Pulau..teras kelor ni kalau baru dipotong perlulah menjalani proses pengeringan..kalau pokok kelor yang tidak mempunyai teras..maka ianya akan mereput dan hanya menjadi makanan anai-anai..jika ianya memiliki teras..maka, bahagian tersebut jika mereput hanyalah pada bahagian kayu luarannya sahaja..Perdu Pokok Teras Kelor ini telah dikorek oleh orang-orang asli bagi mendapatkannya...Nak Beli dah satu hal..Upah korek nak mendapatkan bahagian yang paling bernilai ni pun dah satu hal..disebabkan teras kelor ni payah nak mendapatkannya..maka pengasas mengambil inisiatif mengumpul dan menyimpannya bagi kegunaan dimasa yang mendatang...InsyaAllah...itu pun kalau umur pengasas panjang lagi..huhuhu..