DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN Dari Pengasas Blog Rahsia Alam

Salam Sejahtera Para Peminat Blog Rahsia Alam yang Dikasihi dan Dirahmati Allah,..Selamat Menyambut Hari Lebaran, Kilang Blog Rahsia Alam telah dibersihkan serta dikemaskan untuk beberapa hari..Para Pekerja dari Alam Sebelah pun telah balik ke kampung sebelah menyebelah untuk menyambut hari lebaran ini..maklumlah para pekerja pun nak cuti gak...jin-jin dan khadam-khadam semuanya dah balik nak beraya ngan keluarganya...
Punyalah baiknya, sampai habuk-habuk kayu pun dah dikumpulkan masuk kedalam bekas ni..baik betul la, sebelum tiba time raya, punya la beterabur hehabuk sana sini..

Kalau nak diikutkan, mesin pelarik yang dimodifiedkan oleh pengasas ni berhabuk kayu merata..tetapi, dah nak raya punya pasal...bersihhhh..so barulah nampak cam mesin larik..kalau tak tu, dah macam sarang tikus..keh..keh..keh...
Pengasas saja je nak bergurau ngan semua peminat...takde para pekerja pun..yang bekerja hanyalah pengasas sesorang ajer..bab alam sebelah tu, kira alam sebelah malam dan alam sebelah siang ajer..bab jin atau khadam ke...itu hanyalah gurauan..Dibulan yang Mulia dan Lambaian hari Lebaran Aidil Fitri...PENGASAS BLOG RAHSIA ALAM MENGUCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN, Setinggi-tinggi penghormatan serta ucapan Terima Kasih kepada para sahabat yang telah berurusan dengan Blog Rahsia Alam, andai terkasar bahasa dan apa jua kesilapan dari Pengasas Blog Rahsia Alam, Pengasas Memohon Kemaafan dari Para Sahabat dan Para Peminat setia Blog Rahsia Alam..