DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, September 2, 2010

Kayu dan Teras Gaharu..Agarwood

Asalnya diperolehi sepanjang 4 kaki lebih..ianya telah dibahagikan kepada dua bahagian..Pengasas hanya mendapat sekaki lebih ajer..

Didalam sebahagian kayu gaharu ini memiliki teras..oleh disebabkan sayang sangat nak potong, pengasas telah mencurahkan lebih kurang 100ML Minyak Pati Ibu Cenuai pada kayu Gaharu ini..baunya pula..mak aiii...satu rumah leh bau..setelah kayu dan teras gaharu ini diresapi dengan Minyak Pati Ibu Cenuai, Kayu Gaharu ini boleh diracik kepada serpihan kecil dan boleh dibuat sebagai Medium Pelaris Perniagaan ataupun sebagai Pakaian untuk Lelaki dan Wanita yang berkarier. Paling best pakai bila time nak berurusan..nak kata ampuh, saya bukan Tuhan..tetapi melalui Pengalaman..Alhamdulillah..ada yang menjadi....malah ianya juga boleh dibuat sebagai Pelaris Ibu Duit..tetapi kena la berusaha..jangan la ingat dok goyang kaki,,,duit ada mari...kalau nak buat medium pengasih pula..kena lah senyum selalu..senyum pula perlulah Ikhlas dari Hati..jangan la senyum Raja ..kata orang lama-lama..Berkata-katalah dengan lemah lembut dengan sesiapa yang kita temui, berbudi bahasa dalam melambangkan bangsa..jangan jadi lembut dan berbody sasa cam maknyah sudah la....kalau nak dikira logiknya..siapa yang tak suka kepada wangi-wangian...Malaikat pun suko tau..tetapi kalau wangi camner pun kalau hatinya tak wangi..tak jadi jah....