DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, September 24, 2010

Akar Tunjang Teras Kilo..Kelor..Gemunggal

Kalau dulu nak mendapatkan seketul sebesar ibu jari teras kelor pada bahagian batangnya ajer cukup menyiksakan...berkat Doa, Usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh..inilah dia yang dikatakan Berkat dari Usaha tersebut..Allah Maha Menganugerahi segala sesuatu..Inilah dia Akar Tunjang Teras Kilo..Kelor..Gemunggal yang diperolehi..Alhamdulillah..

Ada bahagian yang solid dan ada juga bahagian yang tidak Solid pada Akar Tunjang ini..tetapi masa nak mengangkatnya..punyalah seksa...Buat masa ini Koleksi Teras Kelor Pengasas telah cukup memadai...Cukup untuk dititipkan dalam pelbagai bentuk dan kegunaan, tapi buat masa ni Pengasas Simpan dulu lah teras-teras kelor yang ada...Maklumlah masa ini ramai yang memiliki Teras Kilo dan menjualnya...tetapi dimasa mendatang..siapa yang tahu..Wallahu...masih ramai lagi yang diluar sana tu mencari teras kelor...cuma belum berjumpa lagi ajer...InsyaAllah..Bukankah Rezeki itu diaturkan oleh Allah buat hamba-hambaNya...