DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, September 27, 2010

Teras Kilo..Permata Cincin

Permata Teras Kilo ni telah ditempah oleh beberapa sahabat...Permata-permata teras kayu dari dalam Blog Rahsia Alam hanya akan dibuat setelah tempahan dibuat terlebih dahulu

Akar Tunjang Teras Kilo...Saiz Giant..

Ini adalah Teras Akar Tunjang Teras Kilo...masih belum dimiliki..ianya untuk dimaharkan..saiz Cincin Perak tu saiz 19-20..

Permata Penunduk Bukit dan Permata Penawar Lima

Sebelah kanan Penawar lima dan sebelah kiri penunduk bukit..


Seorang sahabat yang telah bertanyakan kepada pengasas tentang Teras yang berpusar seperti pusaran bawang..katanya Teras ni payah nak jumpa seperti lapisan bebawang..kata saya pula..ada..tetapi bukan semua teras memiliki pusaran seperti yang dimiliki oleh kedua-dua jenis teras yang dipaparkan....

Permata Raja Kayu Putih..

Tempahan sahabat permata Raja Kayu Putih...Besar Fadilatnya tau....

Loket Teras Gemunggal @ Kilo @ Kelor

Loket Teras Akar Gemunggal ini bersaiz Besar..Sesuai untuk Para Wanita yang lemah semangat...

Memiliki Fadilat semulajadi sebagai Medium Peluntur/Pembias/Ketahanan dan Berbagai..


Teras Akar yang cukup solid..

Loket Hadiah untuk Sahabat...

Loket ini dititipkan untuk sahabat yang telah menebus beberapa barangan dari Pengasas..Loket ini pengasas hadiahkan buat beliau...

Loket Teras dalam Teras Akar Gemunggal

Loket Teras didalam Teras Akar Gemunggal@Kelor ini bersaiz Comel...Sesuai untuk Para Remaja masa kini.

Fadilatnya dah banyak ditulis..nak tulis lagi ke???..


Loket Teras Gabungan..Tempahan Sahabat

Sebelah kiri adalah Loket Gabungan Cenuai Pagan/Senduduk Putih/Senduduk Biru/Bunga Cenduai Jantan dan Betina serta Raja Kayu Putih dan Buluh Perindu..Manakala Loket sebelah Kanan adalah Gabungan Akar Teras Gemunggal/Larak Salah Jantan dan Betina serta Raja Kayu Putih.

Paparan pada bahagian Belakang Loket.


Loket yang dipaparkan sebelum Kancing Loket dipasang.



Sunday, September 26, 2010

Cincin Perak Permata Akar Bertam..Tempahan Sahabat

Inilah Cincin Perak tempahan seorang sahabat..

Design Bunga Tebuk ikatan bungkus..


Permukaan Permata..Bahagian yang unik terpilih..

Tongkat Bertam..Tempahan Sahabat

Bertam yang bersaiz Tongkat ini telah ditempah oleh seorang sahabat..Bunga yang terdapat padanya adalah dari jenis Tapak Harimau..

Bertam yang ini pula berbunga biasa, tetapi agak besar sedikit saiznya..


Panjang bagi bertam berbunga biasa ini adalah 23 inci setengah.



Manakala Bertam berbunga tapak harimau yang telah ditempah tebus oleh sahabat adalah 37 inci setengah..




Rupa keseluruhan Tongkat Bertam..

Friday, September 24, 2010

Potongan Pangkal Pokok Raja Kayu Damar Minyak..

Sebelum ini pengasas ada membuat kenyataan pada paparan mengenai Raja Kayu Damar Minyak. Bagi mendapatkan kesahihan kenyataan tersebut -"Bahagian Batang Perdu Damar Minyak Tiada Berteras, hanya Dahan dan Rantingnya yang berteras"...inilah buktinya..

Ukur Lilitnya menghampiri 60 Inci..tetapi tiada berteras...Tompokkan ditengah-tengah pada kayu ini walaupun berteras sedikit tetapi tidak menyerupai teras damar yang terdapat pada Ranting serta dahannya....Pelik tapi benar...Teras Bukannya diperdu Pokok..tetapi Teras di Dahan Ranting Pokok...Memang Maha Terer Tuhan ku Allah.....Lagi Banyak Aku Mengenali Teras Kayu..Lebih Banyak yang aku tak tahu....Maha Mulianya Allah..tiada kata-kata bagi ku yang kerdil kontot ni...Allahu...


Akar Tunjang Teras Kilo..Kelor..Gemunggal

Kalau dulu nak mendapatkan seketul sebesar ibu jari teras kelor pada bahagian batangnya ajer cukup menyiksakan...berkat Doa, Usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh..inilah dia yang dikatakan Berkat dari Usaha tersebut..Allah Maha Menganugerahi segala sesuatu..Inilah dia Akar Tunjang Teras Kilo..Kelor..Gemunggal yang diperolehi..Alhamdulillah..

Ada bahagian yang solid dan ada juga bahagian yang tidak Solid pada Akar Tunjang ini..tetapi masa nak mengangkatnya..punyalah seksa...Buat masa ini Koleksi Teras Kelor Pengasas telah cukup memadai...Cukup untuk dititipkan dalam pelbagai bentuk dan kegunaan, tapi buat masa ni Pengasas Simpan dulu lah teras-teras kelor yang ada...Maklumlah masa ini ramai yang memiliki Teras Kilo dan menjualnya...tetapi dimasa mendatang..siapa yang tahu..Wallahu...masih ramai lagi yang diluar sana tu mencari teras kelor...cuma belum berjumpa lagi ajer...InsyaAllah..Bukankah Rezeki itu diaturkan oleh Allah buat hamba-hambaNya...

Teras Kilo...Teras Kelor...Teras Gemunggal

Pangkal Perdu Teras Kelor..Kilo..Gemunggal ini baru diperolehi...Bahagian ini menjadi Pilihan Pengasas Blog Rahsia Alam untuk dikongsi bersama-sama dengan para sahabat serta peminatnya.

Ini adalah Spesis Teras Kilo..Kelor Hutan..Warnanya dipengaruhi oleh Persekitaran tanah hutan yang berbukit..nak panggil Kelor Bukit pun boleh..asal Akar tunjangnya yang agak panjang terpaksa dipotong sebab tak muat kereta nak mengankutnya..


Saiznya lebih kurang macam kelor kampung cuma kelor kampung tidaklah berwarna sedemikian rupa..



Teras Kelor Hutan agak solid sedikit dari Teras Kelor Kampung maupun Teras Kelor Pulau..teras kelor ni kalau baru dipotong perlulah menjalani proses pengeringan..kalau pokok kelor yang tidak mempunyai teras..maka ianya akan mereput dan hanya menjadi makanan anai-anai..jika ianya memiliki teras..maka, bahagian tersebut jika mereput hanyalah pada bahagian kayu luarannya sahaja..Perdu Pokok Teras Kelor ini telah dikorek oleh orang-orang asli bagi mendapatkannya...Nak Beli dah satu hal..Upah korek nak mendapatkan bahagian yang paling bernilai ni pun dah satu hal..disebabkan teras kelor ni payah nak mendapatkannya..maka pengasas mengambil inisiatif mengumpul dan menyimpannya bagi kegunaan dimasa yang mendatang...InsyaAllah...itu pun kalau umur pengasas panjang lagi..huhuhu..




Wednesday, September 22, 2010

Permata Perang...Panglima Tujuh...Tujuh jenis Pembisa la tu..

Permata ni adalah Tempahan seorang sahabat lama yang telah menempahnya..Beliau yang mahukan dalam saiz 13mm x 17mm x 5mm empat segi...Ikatan Balung Perak...balungnya telah ditempah dan ianya akan siap dalam masa beberapa hari..InsyaAllah

Gabungan dari 7 jenis pembisa dan saya yang meletakkan nama padanya sebagai Permata Panglima Tujuh..bukannya apa..dah tak tau nak bubuh nama apa..hehehe


Gabungan adalah dari jenis Pucang Kalak/Kalak Kundang/Ibol Hitam/Nibung Coklat/Bertam/Nibung Merah dan Ibor..kesemuanya adalah dari jenis Tunggal..Permata ni dah ditebus dan jika para sahabat berminat..kena tempah lain la...Buat sahabat yang telah menempahnya..inilah rupanya yang masih belum berikat pada balung perak bersaiz 14..InsyaAllah..dah siap nanti saya akan menghubungi sahabat..Alhamdulillah..

Batu Akid Unik..Untuk Dimaharkan

Batu Akid ini amat unik dari segi rupa dalamannya

Bahagian bawah permata yang berlubang secara semulajadi..


Berbagai rupa yang dapat dilihat..terpulang kepada para peminat untuk meletakkan atau melabelkannya..saya nak cerita lebih-lebih tak pandai...hantam la labuuuu...


Permata unik ini untuk dimaharkan..



Permata Perang..Pembisa Tujuh

Permata ini adalah Gabungan 7 jenis kayu...Raja Kayu Putih/Teras Kilo/Ibol/Ibor Merah/Ibol Hitam/Bertam dan Nibung Coklat..Gabungan Pembisa Tujuh ini terbuka untuk Tempahan..

Permata Perang...Pembisa Lima

Ini adalah Permata Gabungan Lima jenis Pembisa..Bertam/Ibor Merah/Ibol Hitam/Ibol/Teras Kilo..Permata ini masih belum ditebus..ianya untuk dimaharkan..








Koleksi Pelbagai Teras dan Kayu..

Sebahagian Koleksi Teras Perkayuan yang dimiliki Pengasas..yang lain-lain tu kat dalam Bilik Simpanan...sebab saiznya saiz tongkol dan tongkat....so yang ada ni kekadang tu para sahabat yang datang mahu melihat contoh-contoh teras kayu dan fosil, senang pengasas nak tunjukkan..tak payah la masuk kat bilik simpanan nak mencarinya..melainkan para sahabat mahu melihat yang berbentuk asli dan belum dipotong lagi..

Permata Batu Delima Putih (White Ruby)

Cincin Perak Batu Delima Putih Asli...

Delima Putih...mmmm...didalam batu ini ada sedikit warna merah menunjukkan bahawa ianya adalah batu jenis Delima, Kebanyakkan Batu Delima Putih tidak memiliki warna Merah...Yang ni Spesis Rare..mungkin ada juga yang diluar sana tu ada memiliki Batu Delima Putih yang sedemikian..tetapi ianya hanya dikumpul oleh para Kolektor sahaja..


Batu ni Asli, warna padanya bukanlah warna Injection...macam batu masak atau batu buatan..



Saya terpaksa menggunakan berbagai cara untuk memaparkan akan keindahan serta keasliannya melalui lensa kamera..tetapi ini jer yang terbaik yang dapat saya paparkan...so..Alhamdulillah...

Thursday, September 16, 2010

Damar Minyak @ Raja Kayu Damar Minyak

Inilah rupa kulit luaran yang terdapat pada Raja Kayu Damar Minyak...

Pokok Damar Minyak ni, yang terdapat Damar pada terasnya adalah dari Bahagian Ranting...bukannya pada bahagian Perdu Pokok..


Kalau Raja Kayu Damar Minyak yang besar-besar tu..ianya pasti dari bahagian dahan...ada juga yang dijumpai didalam sungai...



Ini adalah sebahagian tongkol Teras Raja Kayu Damar Minyak yang terdapat dalam Simpanan Pengasas..yang besar ni pun adalah dari bahagian pangkal dahannya sahaja..saya pernah terjumpa yang sebesar 20-30cm ukur lilit terasnya..itu yang paling besar yang pernah saya tengok..bayangkan lah jika besar camtu adalah dari dahannya..kalau pokoknya pula..agaknya King Kong pun kecik dari dia..hehehehe....




Dendalu Buluh..Buluh Tikam Kayu...

Selain dari jenis kayu yang menikam dan berpasung..Buluh juga dikatakan memiliki Fadilat Pelaris dan Pengasihan jika ianya berdendalu ataupun jenis yang menikam serta berpasung..

Dendalu ini adalah dari jenis kayu cenduai...cenduai adalah jenis kayu yang dibuat sebagai medium pengasihan dan juga pelaris..


Dijumpai dalam keadaan sedemikian rupa..Subhanallah..Maha Segalanya..