DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, July 28, 2010

Kayu Menang/Kayu Manang/Teras Laka/Teras Panca Delima/Pokok Kayu Melaka

Spesis Pokok ini hidup ditepian sungai-sungai didalam Hutan..Mitos mengenainya yang dikatakan mampu menongkah Arus benar belaka..mana taknya, kayu ni sememangnya kuat dan tahan. Tetapi jika nak menjumpainya dalam bentuk teras amat payah..kekadang tu nak jumpa sejengkal pun payah..tetapi kalau dah berjumpa..macam tongkat panjangnya pun ada..

Kalau dahulu pengenalan mengenainya sebagai kayu menang hanya diketahui saya apabila mengenali seorang guru yang memberinya kepada saya..dan apabila mengenali beberapa guru lagi mengatakan spesis kayu ini dikenali sebagai kayu Laka..dalam Buku Kamus Perhutanan pula, ianya dikenali sebagai pokok Melaka..dan terkini, Orang Asli mengenalkannya dengan nama Teras Panca Delima..tah mana satu pun tak tahu la, mungkin ada betulnya juga..tetapi, kayu ini amat popular dipanggil dengan nama Teras Kayu Menang@manang dan Teras Laka..


Permukaan serta bintik halus pada kayu ini hampir kepada urat yang terdapat pada Teras Beluru@Bluru..cuma perbezaannya, Kayu Laka ini memiliki Damar seperti Raja Kayu Damar Minyak dan berbau..