DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, July 30, 2010

Perhatian...Perhatian..

Cincin Permata ini, sejarah dan perihalnya akan dipaparkan diposting akan datang, InsyaAllah..
Beberapa sahabat telah diberitahu mengenainya..cuma ianya menjadi rebutan beberapa pihak dari rakan-rakan. Cuma apabila mendengar akan Maharnya..bidaan tertinggi akan diterima...pengumuman akan diberitahu melalui Talian...tidak secara SMS...Permata padanya adalah Barangan yang Amat Jarang diperolehi dan tah tak tahu berapa lama menunggu..baru jumpa sekali...

Loket Teras Kelor Hitam..FREE....

Hehehe..Kalau dengar FREE ajer, siapa pun nak....kalau nak loket free ni ..boleh..tetapi kena la tebus permata teras kayu yang lain....




Permata Teras Kelor Hitam...(beli satu dapat dua)

Permata teras pilihan dari jenis Gemunggal/Kelor yang berwarna Coklat Kehitaman ini adalah tempahan seorang sahabat yang mahukan sebutir Permata Teras Kelor Hitam..biasa la sahabat..beli satu dapat dua..dah macam offer kat pasaraya la pulak...

Ianya bukanlah sekadar offer, secara LAZIMNYA Para Peminat Blog Rahsia Alam akan mendapat beberapa butir permata walaupun hanya menebus sebutir permata sahaja..ini adalah perkongsian Pengasas Blog kepada Para Sahabat semua..tidak semestinya hanya mendapat permata dari kayu teras yang lain..kekadang tu dapat permata batu akik free..kalau nasib baik, para peminat juga dapat Pati Minyak Cenuai PREE...hehehe, tetapi tengok la banyak mana pula barangan yang ditebusnya..Alhamdulillah


Permata Teras Gemunggal..Tempahan Pukal dari Sahabat

Permata ini seolah-olah memiliki 6 star (Gewe Kayu)

Permata Kayu Cenuai Pagan..Cenuai Pangir

Kayu Cenuai ini berbau wangi jika digosok...ianya juga boleh dibuat Minyak Pengasih..tapi letih.....

Permata ini jika disapukan pati wangian kepadanya, wangian tersebut akan melekat padanya..so, kita tak payah pakai minyak wangi..biar kayu yang pakai..hehehe..tetapi wangian dari permata kayu cenuai ni akan berada pada sekitaran badan jika dipakai..seolah-olah kita yang pakai wangian tersebut..

Wednesday, July 28, 2010

Teras Kelor...

Dipaparkan adalah dari 3 jenis teras kelor hutan..saya memiliki 4 jenis dari pokok yang berlainan dan kesemuanya memiliki fadilat yang lebih kurangnya sama..

Teras yang ni dah kira cukup matang, berwarna Coklat gelap hampir kehitaman..Teras jenis ni yang selalu dicari..

Teras yang ni coklat kekuningan...warna yang common...warna biasa yang terdapat pada teras kelor..
warna coklat kehitaman pada bahagian luaran teras dan dibahagian tengah kayu..


Teras yang ni warna coklat..sebahagiannya tenggelam dan sebahagiannya timbul..




Bahagian kehitaman adalah bahagian tengahnya sahaja..teras ni saya nak buat Tasbih...

Raja Kayu Putih

Masih ramai lagi yang tidak mengetahui perihal Raja Kayu Putih ni..

Raja Kayu Putih juga dikenali sebagai Ratu Senangin dan juga dikenali sebagai Penawar Merah..berbagai lagi yang saya dengar dari orang-orang lama mengenai raja kayu, ada yang mengatakan Damar Minyak sebagai Raja Kayu..ada yang mengatakan yang berwarna Coklat merah kekuningan..tah berbagai la..tetapi pendapat mengenai raja kayu ni, ramai yang bersependapat, Raja Kayu ada 2 jenis, Putih dan Merah..dan lagi satu yang paling Popular adalah dari Jenis Damar Minyak..walau popular macam mana pun, yang benar-benar paling Rare adalah dari jenis Putih dan Merah, jika nak mengenalinya adalah dengan cara membakar kayu tersebut atau dipotong dalam 1-2cm dan disuluh cahaya padanya..tembus tak...kalau tembus..raja kayu la tu..cuma dari jenis Damar Minyak.. memang tembus la..Raja Kayu Putih pun tembus juga..Cuma Raja Kayu Merah ajer yang tak tembus... mana-mana kayu yang tak tembus tu kira raja gopal la...hehehe..gurau ajer..ok...

Kemuning Kuning Kunyit

Saya diberitahu oleh beberapa orang guru dalam arena perkayuan, mereka mengatakan bahawa spesis Kayu Kemuning ni ada 41 Jenis..wahh...banyaknya, masa nak dapatkan kayu teras ni saya berebut-rebut dengan seorang peminat yang berbangsa cina..tak caya tanya yeop..betul tak acong....

Salah satu dari jenis yang popular dan memiliki fadilat perubatan adalah dari jenis Kemuning Kunyit@Kemuning Kuning Kunyit..warna kuningnya macam kuning kunyit..fadilat kayu ini salah satunya untuk meredakan penyakit Buasir...serbuknya diletakkan pada bahagian (Tersebut) serta ianya akan mengecut...


Kayu Menang/Kayu Manang/Teras Laka/Teras Panca Delima/Pokok Kayu Melaka

Spesis Pokok ini hidup ditepian sungai-sungai didalam Hutan..Mitos mengenainya yang dikatakan mampu menongkah Arus benar belaka..mana taknya, kayu ni sememangnya kuat dan tahan. Tetapi jika nak menjumpainya dalam bentuk teras amat payah..kekadang tu nak jumpa sejengkal pun payah..tetapi kalau dah berjumpa..macam tongkat panjangnya pun ada..

Kalau dahulu pengenalan mengenainya sebagai kayu menang hanya diketahui saya apabila mengenali seorang guru yang memberinya kepada saya..dan apabila mengenali beberapa guru lagi mengatakan spesis kayu ini dikenali sebagai kayu Laka..dalam Buku Kamus Perhutanan pula, ianya dikenali sebagai pokok Melaka..dan terkini, Orang Asli mengenalkannya dengan nama Teras Panca Delima..tah mana satu pun tak tahu la, mungkin ada betulnya juga..tetapi, kayu ini amat popular dipanggil dengan nama Teras Kayu Menang@manang dan Teras Laka..


Permukaan serta bintik halus pada kayu ini hampir kepada urat yang terdapat pada Teras Beluru@Bluru..cuma perbezaannya, Kayu Laka ini memiliki Damar seperti Raja Kayu Damar Minyak dan berbau..

Kayu Merlimau Batu atau Peluruh Gajah

Kayu Merlimau Batu juga dikenali dengan nama Kayu Peluruh Gajah..kayu ini jika direbus untuk diminum dikatakan sebagai peluruh apa yang dikandung didalam badan..termasuhlah ilmu sihir..dan yang paling tidak menyenangkan adalah untuk meluruhkan kandungan janin..Wallahu, ini mengikut kata orang Asli, tentang kemujarabannya..tah tak tahulah..



Kayu Merlimau Batu juga amat payah diperolehi seperti sebahagian kayu-kayu teras lain yang tersohor..Kayu Merlimau Batu Juga amat payah dijumpai yang sebesar melebihi 5 Inci..lagi besar..lagi payah nak dijumpai..Wallahu..payah nak kata, kalau kata payah sangat, nanti kalau dah berjumpa pula nanti, dah kata senang la pula..saya juga pernah berkata bahawa sesetengah kayu teras amat Payah diperolehi, tetapi..tup..tup..bila sekali dah ada, banyak la pula..Kuasa Allah kan..mana ada hadnya..... ada musim dan tuah penjejak teras kayu di hutan agaknya, Kuasa dan RezekiNya,...siapa yang boleh menduganya pula..Allahu..

Tuesday, July 27, 2010

Kemuning Emas..

Ini adalah Kayu Kemuning Emas, ianya digunakan untuk membuat Sampir Keris dan juga hulu pemegang senjata..tetapi banyak fadilat yang dimiliki oleh kayu dan teras kemuning emas ni yang masih tidak diketahui...

Gabungan teras dari jenis kayu dan teras kemuning juga ada yang dibuat sebagai ubatan bagi menyembuhkan berbagai penyakit, salah satunya adalah mengembalikan tenaga dalaman..meredakan penyakit batuk yang berpanjangan..banyak lagi la kalau nak di senaraikan..itu pun ikut petuanya..paling baik jika dapat dicampurkan sedikit madu asli jika kayu teras tersebut dibuat sebagai air rebusan dan diminum..InsyaAllah..


Batu Akid dan Firus..

Batu Firus..

Akid Sulaiman...


Akid Sulaiman..

Akid ni dipanggil Akid Mata Sulaiman..nasib baik bukan mata Pak Leman..

Asal ajer batu yang bergalur halus, ianya dipanggil Akid Sulaiman..nilainya juga ada yang dari RM5 sampai ke RMxxxx...kira, ribu-ribu la tu...


Akid Pandan..

Ini adalah Permata Batu Akid Pandan..

Cantik memang la cantik..tetapi akid ni kira biasa-biasa ajer..tah tak tau la..wallahu..


Akid....

Cantik tapi tak tahu nak panggil akid apa..

Permata 7

Gabungan 7 jenis kayu = Sulur Bertam/Nibung Tunggal/Penunduk/Raja Kayu Putih/Bahar Putih/Larak Salah dan Kemuning Hitam

Permata tempahan sahabat yang telah dititipkan dalam saiz yang sederhana..


Kebanyakkan sahabat menempah dalam bentuk 1/3/5/7 dan 9 jenis kayu..ini adalah salah satu darinya..



Thursday, July 22, 2010

Workshop dan Mini Galeri..




Sebahagian Koleksi teras-teras kayu yang terdapat didaratan dan lautan..bukan senang nak mendapatkan koleksi-koleksi sebegini....mungkin pada orang lain, bagi mereka senang nak mendapatkannya, tetapi pada pengasas..susah lo...manyak pakai wang woo..

Sebahagian dari Teras potongan yang memaparkan bahagian Terasnya..koleksi ini juga dibuat sebagai bahan rujukan bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai teras kayu yang tidak dikenali..



Disinilah pengasas mendapat Ilham bagi mengolahkan teras-teras kayu yang tersohor ke berbagai bentuk..tetapi walaupun dilengkapi dengan berbagai peralatan, Pengasas tetap menggunakan sepasang Tangan yang dianugerahi Allah bagi membuat sentuhan awal dan penyudah bagi teras-teras yang dibentuk..dalam proses pembuatan Tasbih, Gelang dan Permata Kayu lah yang paling penat disebabkan banyak menggunakan tenaga 4 kerat..., nak potong kayu yang besar-besar pun kene pakai gergaji yang biasa, patut la nilai Mahar bagi Tasbih, Gelang dan Permata Teras Kayu Mahal..sebab pembuatan Tasbih dan Gelang , banyak teras kayu yang terbuang begitu sahaja kerana nak membentuknya....dah la Teras-Teras Kayu amat payah diperolehi, kalau tak percaya, tanyalah Tukang-Tukang pembuat Tasbih yang Mahir dan Berpengalaman..so, jangan la terperanjat jika Tasbih Teras Kayu Yang tersohor mampu mencecah kepada nilai 4 Angka...mana tak nya, jika teras-teras yang ditempah dari jenis yang payah diperolehi serta cara pembuatannya masih secara Pembuatan Tradisional..secara manual..Subhanallah..

Kemian Kelulut..

Ini adalah sejenis kemian Kelulut..kelulut ni adalah sejenis serangga yang membuat sarang didalam pokok Kayu...bahan yang dijadikan sarangnya adalah dari jenis-jenis damar yang berkualiti..damar ini yang dijadikan kemian oleh mereka-mereka menggunakannya untuk pelbagai ritual..termasuklah mengasapkan Keris.

Sebahagian Bungkusan Kemian Kelulut yang ditempah...


Simpanan Teras Kelor Blog Rahsia Alam..

Nak dapatkan yang berkualiti amat payah, nak menebusnya pula mak aiii..tetapi bila dah ada sapu ajer jangan banyak cerita, Sebabnya, belum tentu dilain masa akan mendapat lagi Teras Kelor pada bahagian Akar .Akar Teras Kelor Hutan ini diperolehi dari Berbagai Tempat serta Berbeza keadaan persekitaran..tetapi semuanya dari Jenis Kelor Hutan.

Bahagian yang dikatakan yang paling berkualiti adalah pada bahagian Akar dan Bahagian Pangkal..bahagian ni yang paling mahal..


Ini adalah dari jenis yang bukan berwarna Hitam..warnanya agak coklat kekuningan sedikit..bahagian pangkal jenis ini ada yang timbul dan ada juga yang tenggelam.. ada juga bahagian-bahagian yang berwarna sedikit coklat kehitaman...

Jenis-Jenis Teras Kelor/Gemunggal

Teras yang Berkualiti dan memiliki ketumpatan yang baik..tidak dikira sama ada yang tenggelam dalam air atau pun yang sebaliknya..ianya tetap mempunyai nilai Khasiat yang tersendiri

Ada juga Teras Kelor yang mempunyai warna dan belak kehitaman pada teras-terasnya..sebahagiannya tumpat dan sebahagiannya tidak pula..tetapi ianya tetap dari pokok teras yang sama..ada pula berbagai jenis dari jenis Kampung, Pulau dan Hutan..tetapi yang terbaik adalah yang hidup tumbuh dikawasan Tinggi berbukit serta memiliki Teras berketumpatan padat.

Keadaan Tanah, tempat dan persekitaran amat penting bagi pokok Kelor yang hidup dan memiliki Teras..saya sendiri mengakui akan kebenaran testimoni dari beberapa Bloggers tersohor yang lain dalam memaparkan perihal Teras Gemunggal atau Teras Kelor. tidak dikira sama ada yang telah menjadi Fosil ataupun belum..cuma perbezaan Fosil dengan kayu, ianya diukur dari segi energinya dan juga jangkamasa bagi teras tersebut menjadi fosil...lama tu..ada beberapa pendapat mengatakan khasiatnya masih sama.. kalau yang dah jadi Fosil tu kira istimewa la..

Galih Kelor Coklat Kehitaman..Teras Kelor

Potongan Bahagian tepi yang memaparkan ianya berwarna Coklat pekat hampir kehitaman

Dikatergorikan dalam kelas yang berkualiti dan baik..tidak kurang juga yang malbelkan dalam kelas A++..wallahu, tak pandai la pula saya nak mengkelaskannya, cuma dalam rangkuman pengetahuan saya, pokok kelor ni tak berteras, kalau dah berteras tu dah kira superb la..janji kelor yang berteras..bab Khasiatnya..berbagai pendapat...wallahu...hanya Allah yang Maha Mengetahuinya..

Buluh Perindu Pulau Besar..

Ada beberapa sahabat yang keliru tentang Buluh Perhiasan dengan Buluh Perindu yang didatangkan dari Pulau Besar Melaka, seperti yang dipaparkan, buluh yang disebelah kiri adalah dari jenis spesis Buluh Perhiasan, manakala sebelah kanan adalah Spesis Buluh Perindu Pulau Besar..

Daun Buluh Perindu Pulau Besar akan menguncup seperti Jarum apabila mengering manakala Buluh Perhiasan tidak pula..


Daunnya juga agak halus dan ianya akan mula menguncup seperti jarum dalam jangkamasa beberapa hari selepas dipotong..



Mengikut petua Buluh Perindu hanya boleh diguna pakai apabila telah cukup kering..mengikut petuanya la..walau bagaimana pun, Buluh Perindu yang didatangkan Khas dari Pulau Besar ini dimiliki oleh Puteri Buluh Lemang..Puan Ezza..hehehe jangan Mare ye..bergurau ajer..kepada sesiapa yang inginkan Buluh Perindu yang berdaun seperti jarum ini boleh menghubungi Beliau di Talian 017-2045935..boleh didapati dalam bentuk potongan asli atau pun yang telah diadun dengan Pati Wangian Buluh Perindu..InsyaAllah, nilai maharnya juga agak Berpatutan..jangan merindu kepada beliau sudah la..keh..keh.keh..