DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, June 18, 2010

Gabungan 19 Jenis Cenuai dan Cenduai Serta Gabungan 9 Jenis Pati Wangian

Pati Pengasih dan Pelaris ini adalah Jenis Ibu Cenuai dan Raja Cenuai, Senduduk Putih, Senduduk Biru, Buluh Perindu dan berbagai jenis Akar Pengasihan...

Asal ajer nak snap gambar..mesti bergoyang..walaupun dah setkan dalam kamera...


Pati Pelaris dan Pengasih ini adalah Tempahan beberapa Sahabat dan ianya juga masih terbuka untuk Tempahan...Pati Pengasih dan Pelaris ini telah cukup lama diperam agar wangiannya sebati dengan Akar-akar cenuai.. botol Isian yang lebih padat dan comel ini sesuai dibawa kemana sahaja, wangiannya yang tahan lama dan berbau lembut serta manis...Maharnya juga agak comel juga..Hubungi untuk mengetahui akan Maharnya...



Gigi Gajah Mati Beragan....

Seketul bahagian Gigi Gajah Mati Beragan ini diperolehi dari seorang penjual barangan Antik..Pengasas telah membelinya dari beliau disebabkan ini adalah barangan yang amat jarang diperolehi dalam bentuk sebegini.

Medium yang dikaitkan sebagai Pengasih/Penawar Racun/Penolak Sihir dan Tuju-Tuju dan berbagai lagi...Pengasas Blog Rahsia Alam amat jarang memaparkan bahagian Binatang yang digunakan sebagai medium Mistik dan Perubatan..cuma kekadang ada juga membuat paparan dek kerana Permintaan Para Peminat..


Keadaan Gigi Gajah ini menunjukkan bahawa ianya amat lama disimpan..ianya juga amat keras dan sukar untuk memotongnya jika mata pemotong tidak sesuai..nak kena pakai jenis pemotong batu permata baru boleh potong kot??...InsyaAllah, ianya akan dibentuk menjadi Permata Cincin dan juga Keychain..tetapi saya menyarankan agar ianya tidak dibawa sekali dalam Ibadat Solat..

Bahar Putih ke atau Marjan Putih...

Jika Akar Bahar Putih, ianya kecil sedikit, ada juga mengenalinya sebagai Marjan Putih..tetapi bagi saya sama sahaja..Kalau dah dikenali dengan Bahar Putih...bahar putih la..nak kata marjan putih pun boleh juga..berbagai pendapat dan nama panggilan..

Medium ini dipercayai digunakan sebagai penawar racun, serbuknya dijadikan sebagai bahan menawarkan keracunan dalam bentuk minuman...selain dari itu..Fadilatnya sebagai Penghadang Sihir dipercayai dapat melunturkan Sihir Pukau dan sebagai Penawar Santau..wallahu..


Kayu Merlimau Batu ataupun Peluruh Gajah

Ini adalah potongan dari jenis kayu Merlimau Batu, atau dikenali dengan nama Kayu Peluruh Gajah...dijadikan sebagai medium peluruh atau peluntur...tetapi kayu ni dinasihatkan agar jangan dijadikan sebagai medium mengugurkan bayi dalam kandungan...kata orang la..jadi ke tak jadi..tah belum try lagi...wallahu..

Urat kayu peluruh ini menyerupai urat yang terdapat pada kayu tas...cuma bahagian teras tengahnya agak berbeza sedikit..


Teras Kelor..Seni Tangan..

Inilah seni tangan yang tidak seberapa...bila dah ada lebihan potongan belahan teras kelor yang ada...jangan dibazirkan..boleh juga diolahkan ke bentuk yang lain. Ada juga sahabat-sahabat yang mahukan dalam bentuk keris kecil, pedang, pisau dan bentuk semulajadi yang boleh dijadikan sebagai medium pendinding serta senang dibawa kemana sahaja..

Permata buat Paparan Peminat setia..



Asal nak tangkap gambar ajer mesti jadi cam ni..ni pun dah kira clear sikit...batu ini hanya paparan sahaja...


Permata Geliga Batu Mistik (Dalam Perhatian Sahabat)

Cincin Perak, bahagian ikatan dari Suasa mengikat Batu Permata menjadi gilaian beberapa penanya baginya..

Biru kilau berkaca-kaca, unggu menyilau berwarni warna...Wallahu, siapalah yang ampunya...InsyaAllah, dah dalam perhatian member..




Dijari tempatnya menjadi hiasan, menyilau mata terpegun indah rupa..Fadilat penyeri wajah ceria..Batu permata Ikatan Perak dan Suasa....

Cincin Perak Permata Mistik...Tempahan Sahabat..Siap






Permata Mistik yang telah dipaparkan sebelum ini. Permata ini adalah salah satu daripada Permata-permata dalam Simpanan Pengasas, ianya telah diikatkan..Sahabat yang menebusnya pula telah mengambil Cincin yang dipaparkan..Alhamdulillah..



Cincin Perak Permata Fosil Teras Kelor..Tempahan Sahabat



Cincin Perak yang ditempah sahabat bertatahkan Permata Fosil teras gemunggal atau kelor..


Saturday, June 12, 2010

Gelang Sulur Bertam 19 Butiran

Larikkan tangan dengan menggunakan gosokkan kertas pasir...

Gelang Pembisa 19 butiran ini untuk Dimaharkan...sila Hubungi Pengasas Jika Berminat..


Gelang Sulur Bertam 17 Butiran

Gelang ini telah dititipkan dari pembuatan tangan...gosokkan sepenuhnya dengan kertas pasir.

Butiran sebanyak 17 Butir yang telah diabadikan dalam Bentuk Gelang Tangan...Ianya Untuk Dimaharkan..Hubungi Pengasas jika berminat..


Permata Teras Kelor (Tempahan Sahabat) Potongan Melintang bersaiz XXL



Permata yang ditempah sahabat dalam Potongan Melintang dan bersaiz Besar...Dah Siap Bro.....Masih ada lagi kepada sesiapa yang berminat dalam potongan menegak dan melintang..


Permata Larak Salah Merah

Ini adalah Titipan Permata Cincin dari Spesis Larak Merah yang memiliki Tabie Melilit Kekiri..Kayu Larak Salah Merah ini terbuka untuk Tempahan...

Banyak Nasihat mengenai Perihal Larak Salah yang saya terima dari orang-orang lama..ada yang kata boleh dibuat Permata cincin dan ada juga yang mengatakan Tidak Boleh dibuat Permata Cincin..berbagai lagilah yang mereka nasihatkan..Pada saya, kalau dah orang yang meminatinya mahukan dalam bentuk apa jua sekali pun..InsyaAllah, saya titipkan buat tempahan mereka...Kerana, mereka yang meminatinya lebih mengetahui akan Fadilatnya..kalau tak masakan mereka menempah dalam bentuk Permata Cincin..wallahu...

Permata Pembisa Tunggal...

Permata Pembisa ini memiliki Ruyung Pembisa yang halus seperti Jarum...

Dikenali sebagai Bujang Kalak didaerah Kelantan...manakala dibahagian Selatan, ianya dikenali sebagai IBOL TUNGGAL,...Perbezaannya telah dipaparkan oleh pengasas sebelum ini dengan Spesis IBO...


Saya difahamkan oleh beberapa Orang-orang lama dari daerah Pantai Timur mengenai perbezaan IBO/IBOL/IBOR/ dan Bujang Kalak...Perbezaannya adalah Saiz dan Warna Bintik Rona Pembisa....mmm, lagi banyak kita merujuk kepada guru-guru, berbagai-bagai Ilmu dapat dipelajari...Alhamdulillah..

Permata Geliga Mistik (Koleksi Pengasas) Hanya Paparan






Ini adalah Permata didalam Koleksi Simpanan Pengasas..Batu Permata ini pernah dipaparkan Sebelum ini...(PERMATA INI TIDAK DIMAHARKAN) Hanya Paparan sahaja...

Pilihan Permata Mistik..






Permata-permata Mistik ini pernah dipaparkan sebelum ini..tetapi Permata yang dipaparkan adalah permata yang masih belum ditebus dan masih terbuka..Permata Biru/Merah (Bukit Marat) dan Pink (Besar) telah ditebus.. Hubungi pengasas untuk memilih permata-permata yang masih belum ditebus..


Permata Mistik Pink...



Permata ini untuk Dimaharkan..Sila hubungi jika berminat


Loket Batu Akid Cempaka Kuning

Loket Cempaka Kuning ini untuk Dimaharkan..Hubungi jika berminat..

Permata Mistik 3 warna...

Permata Mistik yang seperti berlian ini untuk dimaharkan..mempunyai 3 warna..sila hubungi jika berminat..

Permata Mistik Cempaka Kuning...

Permata Mistik ini untuk Dimaharkan..sila hubungi jika berminat..

Permata Mistik Cempaka Kuning Air...

Permata ini untuk Dimaharkan..hubungi jika berminat..

Batu Mistik Pink (Brilliant Cut) Terbuka

Permata Mistik ini adalah untuk perhatian beberapa sahabat....

Potongan Brilliant dan ianya amat unik...






Sila hubungi pengasas jika berminat,..Permata ini terbuka....siapa cepat, dia punya..

Friday, June 11, 2010

Koleksi Rahsia Alam...Pemberitahuan kepada Penempah Barangan

Agak lama juga para sahabat menunggu posting-posting terbaru dari Pengasas Webblog Rahsia Alam, Maklumlah agak sibuk sedikit sejak kebelakangan ini dalam menguruskan urusan yang masih tergantung, Alhamdulillah, dapat juga pengasas membuat paparan serba sedikit walaupun dalam keadaan kesibukkan. Pengasas sedang dalam usaha mendapatkan teras-teras yang ampuh dalam perubatan diatas permintaan penatap dan peminat setia Blog Rahsia Alam. Pembuatan Tasbih dan Gelang teras-teras pilihan juga masih dalam Proses pembuatan, kekadang tu sampai tak sempat nak buat paparan dalam Blog..InsyaAllah, pengasas akan memaparkannya jika ada kesempatan...


Kepada yang telah menempah teras-teras pilihan dalam bentuk Tasbih/Gelang/Permata Cincin/Tongkat Teras/Teras Berpasak dan lain-lain, Tempahan hanya akan diproses setelah pembayaran Mahar dibuat, tempahan yang dibuat sebelum pembayaran, ianya tidak akan diproses. Kepada yang telah menerima barangan tempahan, Terima Kasih kerana berurusan dengan Blog Rahsia Alam.. Wassalam

Kayu Penunduk Putih..

Ini adalah Kayu Penunduk Putih..Dalam penerangan mengenai perbezaan antara Kayu Tas dan Kayu Penunduk sebelum ini, Kayu Penunduk memiliki Kulit yang Nipis dan Kayu Tas memiliki Kulit yang tebal..Penunduk putih juga amat payah diperolehi...