DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, May 6, 2010

Teras Kekabu..Teras Yang Amat Jarang Diperolehi..

Apabila menyebut sahaja akan Pokok Kekabu, pasti buahnya yang cukup matang akan meletup mengeluarkan sabutnya..Bahan yang paling sesuai dijadikan Bantal tidur..tetapi, banyak fadilat yang tidak diketahui mengenai bahagian Terasnya...alooo, Pokok Kekabu mana ada Teras???...ada...siapa kata tiada..ni..kat depan mata....Alhamdulillah, dapat juga akhirnya, Salah Seorang dari Guru-guru saya yang telah Berkecimpung lebih dari 35 Tahun dalam penglibatan mengenai Teras-Teras Perkayuan telah menyimpan teras ini lebih dari 15 tahun..Beliau telah membuat Pertukaran dengan Pengasas Blog Rahsia Alam dimana ada jenis-jenis teras yang tidak beliau miliki untuk digalang ganti dengan Teras Kekabu ini..Fadilatnya yang dikenali sebagai Medium Ketahanan Badan, Medium Perubatan serta berbagai kegunaan Mistik..

Sebelum ini saya pernah mendapat sepotong Kayu Kekabu..tetapi bukan bahagian terasnya..Ada pendapat mengatakan bahawa Pokok Kekabu Hanya membina Terasnya apabila umur pokok Kekabu tersebut menjangkau lebih dari 70 Tahun..itu pun Pokok Kekabu tersebut hidup persekitarannya yang agak terancam..lalu ianya akan membina Terasnya sendiri bagi Kesinambungan Hidupnya..Hidup Pokok Kekabu ini ada ciri-ciri Persamaan dengan apa yang didapati pada Pokok Teras Gemunggal..Kalau Gemunggal Hutan mampu membina Teras apabila Usianya Menjangkau lebih dari 100 tahun...so sama jugalah dengan apa yang dimiliki oleh Teras Kekabu ini.. hanya jika persekitarannya semulajadi.. Persekitaran Pokok yang didapati Hidup yang Terancam sahaja akan Membina Terasnya tersendiri...kalau tak percaya, ada spesis pokok yang hidup disekitar jalan-jalan di Kuala Lumpur, apabila ianya dipotong dek pihak bandaraya, bahagian batang Pokok Tersebut Memiliki Terasnya sendiri meliputi sehingga ke bahagian rantingnya..bagaimana??..ini disebabkan Pencemaran dan Keadaan sekeliling pokok tersebut yang telah diturap dengan Jalan Tar menutupi Akar-Akarnya yang digilis setiap hari oleh Kenderaan yang melaluinya dijalan-jalan dibandaraya..jadi, pokok-pokok tersebut akan membina terasnya untuk menyesuaikan hidupnya yang sedemikian..Wallahu..