DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, April 2, 2010

Kayu Tas Pontianak (Penunduk dan Tas dalam Satu)

Beginilah warna kulit yang terdapat pada Kayu Tas Pontianak..warnanya akan bertukar menjadi sedikit kehitaman serta kemerahan apabila ianya mula matang...tetapi untuk mengenal pasti kayu jenis Tas Pontianak ni adalah Melalui Baunya...kecil ke, besar ke..sama sahaja..

Kulit yang terdapat padanya juga amat nipis serta amat mudah terkopek..kayu ini amat ampuh dari segi Penunduk Binatang buas..dan juga manusia yang berhati buas..Kayu Tas pontianak ni amat jarang dan amat payah diperolehi..nasihat saya, jika terjumpa ajer kayu jenis ni..jangan tunggu lama-lama..sebat jer terus..sebabnya, belum tentu berpeluang menemuinya lagi..


Kayu ini juga dikenali dengan nama Lakum/Limpanas/Hujan Panas/Kayu Penunduk/Kayu Tas/Kayu Luz/....tetapi kayu ini amat Popular dengan nama Hujan Panas atau Limpanas Laki dan Limpanas Bini bagi penduduk (Sabah/Sarawak dan Borneo)..tetapi ianya lebih sinonim dengan panggilan Kayu Tas Pontianak disebabkan Spesis Kayu ini boleh didapati didaerah Pontianak, Kalimantan..tetapi kalau dalam Selori ada Kayu Tas biasa, belum tentu ada sebatang dari jenisnya...yang paling best tentang kayu ni, Khasiat Penunduk dan Khasiat Tas ada dalam satu..dan dalam jenisnya juga Baik dari jenis yang betina maupun yang jantan..Baunya tetap sama.. ianya baik jika disimpan dirumah dan dibawa kemana jua sebagai medium dalam berbagai kegunaan, paling kurang pun sepotong kecil dari jenis kedua-duanya. Tetapi kalau kaki pancing, jangan bawa kayu ni skali, bukan apa..dikhuatiri ikan pun lari..heheheh..
Serbuknya juga amat berkesan untuk menghalau serangga kecil seperti semut, lalat dan lipas..kayu dan kulitnya jika dibakar, nyamuk pun lari..kalau makhluk halus tu, memang dia paling tak suka dengan bau asapnya..binatang buas pula apatah lagi..silap ari bulan, Harimau sarkis pun mintak ampun ngan pengembalanya yang ada kayu jenis ni.. kat sarkis boleh la..si gembala rimau yang slalu guna buat penunduk....