DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, March 31, 2010

Ubi Kunyit Hitam Asli....Koleksi Simpanan..

Ubi Kunyit Hitam yang menjadi Buruan bagi sesetengah orang yang tahu akan Khasiatnya..

Pada permulaan ubinya berwarna putih...apabila telah menjangkau usia yang hampir matang ianya berwarna Ungu kehitaman..dan warna matangnya adalah keseluruhan ubinya berwarna Hitam..tetapi, Nilainya agak Mahal dari Kunyit biasa..kekadang mencecah hingga ke 5 angka nilainya..tetapi ianya tetap ditebus juga..yang paling mahal adalah dalam keadaan sebegini rupa..kerana ianya boleh ditanam dan dibiakkan..tetapi ada petua untuk cara menanamnya..


Jika tidak mengikut cara penanamannya, Ubi ini akan Hilang..???..itulah yang dihadapi oleh penanamnya jika ianya ditanam dengan tidak mengikut petua..selalunya yang hilang adalah dari jenis yang hampir Matang..jika cara penanaman yang betul, ianya akan dapat dituai dalam keadaan Ubi nya yang Matang Kehitaman..Tetapi, yang ini masih belum boleh diproses lagi..kene tunggu hanya sedikit masa sahaja lagi...Bulan Muharram kan jauh lagi..


Jika berminat, boleh hubungi saya untuk kepastian jika meminatinya dalam bentuk sedemikian rupa, dan jika inginkan menanamnya saya juga ada benih yang lain, InsyaAllah..boleh ditanam dan akan diajarkan Petua mengenai cara Penanaman Kunyit Hitam ni...



Permata TAS KUNING..Penunduk Kuning

Ini adalah tempahan seorang sahabat karib pengasas, ..katanya..tas kuning ada lagi tak?..jawab saya, ada tu memang ada, tetapi tak banyak macam Kayu Tas biasa dalam Simpanan saya..

Beginilah Rupa keadaannya...Boleh menempahnya jika berminat..tetapi permata sahaja lah...


Teras Akar Gemunggal/Teras Kelor Tempahan Sahabat

Inilah Permata yang menjadi Tempahan yang Paling Banyak Masa Kini..iaitu Teras Kelor Bahagian Akarnya..Paling Mantap..Alhamdulillah..ianya telah diposkan..

Bahagian Potongan Melintang pula diidami oleh penempahnya..



Tempahan bagi Teras Kelor Bahagian Akar yang terpilih dan Berkualiti masih terbuka lagi bagi yang meminatinya..Gerenti Tenggelam dalam Air punya....


Geliga Embun..Tidak Kelihatan didalam Air..Asli

Inilah Geliga Embun yang telah dijumpai sendiri oleh Pengasas dengan seorang sahabat terdekat, setelah disaring dari Air asalnya dan diisi didalam bekas yang berisi Air Zam-Zam..Lihatlah dengan sendirinya..kene suluh dan lihat betul-betul baru nampak...

Sepasang Geliga embun yang sentiasa rapat antara satu dengan yang lain..






Beginilah cara yang dibuat untuk mengambil gambarnya..kalau tak ...langsung tak nampak..




Geliga Embun yang Beranak..

Bila dilihat seperti tiada apa-apa, tetapi beginilah proses geliga embun yang beranak, ianya seperti mengeluarkan sebiji lagi darinya...

Hanya menunggu ianya untuk terbahagi kepada dua...Alhamdulillah....mana ada jelly yang jadi macam ni...


Monday, March 29, 2010

Buntat Embun

Buntat Embun ini telah dijumpai bersama-sama dengan Geliga Embun Jenis Lembut baru-baru ini, sewaktu menjumpainya, Buntat ini disangka Bahan Buatan manusia, tetapi setelah diperhatikan serta membuat ujian, Alhamdulillah..Benar Asli...agaknya berapa lamakah ianya mengambil masa untuk mengeras sebegini...Wallahu..

Bentuknya yang seperti Air tompokkan..bergenang...tetapi ianya tidaklah begitu berat sebab ianya adalah unsur Air Embun..tetapi Sejuk apabila memegangnya...Binatang yang paling suka mengurungnya adalah dari Jenis Semut...tetapi hanya apabila ianya didalam Air..Semut-Semut kecil menyukai dengannya..tah tak tau la apa ke halnya..siap berenang-renang...Mati Semut Bukan Kerana Gula..Mati Semut Kerana Geliga...Subhanallah..


Loket Teras Kelor dan Teras Penawar Hitam

Baru diperbuat bentuknya sahaja, masih ada bahagian yang belum siap...

InsyaAllah, bila dah siap nanti saya akan membuat paparan mengenainya...


Permata Gabungan dari Jenis Kayu Tas dan Kayu Penunduk

Keratan bahan dari jenis kayu Penunduk Kuning/Merah/Tas Pontianak/Tas Jantan/Tas Betina untuk dijadikan Permata Gabungan..








Bahan lapik bawahan Permata adalah dari Jenis Raja Kayu..Permata ini baru Trial Stage..Bahan Percubaan..

Permata Kayu TAS PONTIANAK....

Kayu Tas ini adalah yang didatangkan dari daerah Pontianak..itulah sebab nama panggilannya Tas Pontianak..ianya merujuk kepada jenis kayu Tas Penunduk,..Memang tepat apa yang dikatakan dengannya. Bau dan ciri-ciri kayu serta kulitnya amat berbeza dengan kayu Tas Dan Kayu Penunduk..ianya dalam satu..Tas pun dia...Penunduk pun dia juga...

Kayu jenis ini sememangnya amat payah dijumpai,..aada juga yang mengatakan ianya ada musim...Rata-rata kayu jenis ini ada di daerah Kalimantan...tetapi belum tentu akan memperolehinya jika ke tempat tersebut..kalau ada selori pun belum tentu ada sebatang dari jenisnya..wallahu..


Akar Teras Kelor...

Tempahan sahabat-sahabat yang meminati teras kelor bahagian Akar..

Raja Kayu Putih Tempahan Sahabat

Tempahan sahabat-sahabat untuk permata dari Raja Kayu Putih..

Buntat atau Geliga Embun..

Buntat atau geliga ini telah dijumpai sendiri oleh pengasas bersama-sama dengan seorang sahabat rapat..Alhamdulillah...sejuknyaaa....

Friday, March 26, 2010

Penunduk Jantan dan Betina (Putih Dan Hitam)

Jelas terlihat pada warna kulit kayu jenis penunduk Jantan dan Betina...Hitam Coklat adalah dari jenis Jantan, manakala Putih adalah dari Jenis Betina...Pada Masa kini, Kayu Tas dan Kayu Penunduk menjadi Rebutan oleh disebabkan Khasiat Semulajadi yang dimilikinya mampu menundukkan Binatang Buas dan yang tidak Buas..malah Jika Kayu Jenis Penunduk yang baik disimpan didalam Rumah, ianya Mampu menghalau Serangga-serangga kecil..malahan Kulit Kayu Penunduk jika dibakar, khasiatnya mampu menghalau Makhluk Halus..Wallahu..tetapi yang paling best untuk Tujuan seperti Menghalau Makhluk Halus adalah dengan Membakar Kulit Kayu dari jenis Tas Betina...ada sejenis lagi kayu yang mampu berbuat sedemikian..ianya adalah dari jenis Kayu Seringgun....Bauan dari Bakaran Kulitnya yang mengeluarkan Bau seakan Herba membuatkan Makhluk Halus bertempiaran lari..Wallahu..Selamat Mencuba..

Kayu Penunduk (Penunduk Jantan)

Rona dan Warna serta ketebalan Kulit menjadi Ukuran jika dibuat perbezaan antara Kayu Tas dengan Kayu Jenis Penunduk...Belum lagi dikira dari segi Bau..Kini Orang Asli yang mendapatkan Jenis Kayu Tas maupun Kayu Penunduk meletakkan Nilai Harga yang begitu Tinggi pada jenis kayu tas dan kayu penunduk..tah tak tau la kenapa masa kini kayu yang dahulunya tidak bernilai dan kini ianya menjadi Rebutan Ramai..

Jelas terlihat akan Ketebalan Kulit yang terdapat pada Kayu Penunduk agak Nipis jika diperbandingkan dengan Kayu Tas..


Kayu Tas Putih aka Tas Betina

Inilah yang dikatakan Kayu Tas dari jenis betina atau Tas Putih..Perbezaan Kayu Tas dan Kayu Penunduk adalah dari ciri Ketebalan Kulitnya..

Kayu Tas dikatakan memiliki berbagai Khasiat Semulajadi, untuk mendapatkan Khasiat sepenuhnya, kayu tas ini perlulah dalam keadaan berpasangan....iaitu Kayu Tas Jantan atau lebih dikenali Tas Hitam


Kemian Arab...Koleksi Persendirian

Inilah Rupa Kemian Arab bersama-sama Bekasnya yang diperbuat dari Tembaga..

Inilah Rupanya yang sebenar...


Bahar Putih..White Coral...Paparan Ajer..

Ini adalah Pemberian sebagai Hadiah kepada Pengasas dari Seorang Sahabat..Terima Kasih..Alhamdulillah

sekali tengok dah macam Akar Cenuai ajer....tetapi inilah Akar Bahar Putih yang diperolehi dari Kedalaman 4000 kaki didalam Laut..laut mana dapatnya..Wallahu...


Kelihatan pada Akarnya terdapat seperti Bongkahan Batu Laut yang dikatakan sebagai sarangnya..wallahu..

Permata Zamrud Brazil..

Ini pula adalah Permata Zamrud Asli dari Negara Brazil..ada sebijik ajer..

Permata ini untuk Dimaharkan...


Permata Zamrud Asli dari India..

Permata Zamrud Asli ini didatangkan dari India..Rona Air dan Galur Urat dalam Batu amat Menarik..


Batu Permata Zamrud ini untuk Dimaharkan...

Permata Batu Jade Burma..Asli..

Ini adalah Permata Batu Jade Asli yang didatangkan Khas Dari Burma...setahu saya Batu Jade yang Baik adalah Dari area sana...Wallahu...

Permata Batu Jade ini hanya ada Dua Butir Sahaja..



Permata ini Untuk Dimaharkan..


Permata Delima Asli..(Potongan Ala Batu Serai)

Permata Delima Asli ini adalah dititipkan dalam bentuk Potongan seperti yang terdapat pada Batu Serai

Hanya terdapat Dua Bentuk Sahaja...


Janganlah disangka yang delima ini memiliki Khasiat Kebal dan mampu Memerahkan Air....Cuma ianya adalah Batu Delima Asli yang dititipkan dalan Keadaan seperti Potongan yang terdapat pada Batu Serai..Permata ini untuk diMaharkan..



Delima Daging Asli..(Burma Mari Punya)

Permata Delima Daging ini amat kecil dan Comel, sesuai untuk Kaum Hawa...

Bahagian Dalamannya amat Unik..cuma tak dapat dipaparkan sahaja..Permata ini untuk Dimaharkan..


Permata Zamrud Colombia...Macam Air...

Permata Zamrud Asli ini mampu telus lihat disebaliknya...Bukan Telus Pandang tau..cam Geliga Lipan..

Unik dari segi penampilannya..


Permata ini agak Nipis sedikit, ianya tidak berbentuk seperti kebanyakkan jenis Permata Zamrud Colombia yang lain...




Mengandungi seperti Air Kolam didalamnya..Permata ini untuk Dimaharkan...