DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, February 22, 2010

Pelbagai Permata Pilihan (Sepuluh Permata dalam Satu Mahar)..Tawaran Singkat dan Terhad..

Pelbagai Permata Pilihan..Kecuali Teras Larak Hitam dan Larak Merah.. Sila Hubungi untuk Kepastian..

Minyak Pati RAJA PENGASIH....Segala Cenuai dan Buluh Perindu

Pati Attar yang telah diadun dengan Akar-Akar Pengasihan..Cenuai...ohh...Cenuai....Jangan pi Tuai anak dara orang sudah la....

Pati ini terhad..Terbuka untuk yang inginkan Pelaris Diri/Pengasih Diri/Pemanis Diri/ dan saya tidak mahu berkata-apa-apa baginya..sebab setiap Individu mempunyai Niat yang tidak sama..Pemakaian adalah dari asas Niat..(AMARAN KERAS...Jika Berniat baik...Balasannya Baik..Jika Berniat sebaliknya..Sesungguhnya..AZAB ALLAH ITU PEDIH.....Fikir baik-baik sebelum memilikinya....


Permata Larak Salah Bahagian Teras (Teras Hitam dan Teras Merah)

Permata yang banyak menerima tempahan..Alhamdulillah..Masih Terbuka untuk Tempahan

Permata Teras Merah Larak Salah

Buat Pertama kalinya pengasas memperolehi Larak Salah pada Bahagian Teras yang memiliki warna Merah..ingatkan dah jumpa yang berwarna Hitam dah kira ok..rupanya ada juga yang berwarna Merah..

Larak Salah Merah yang didapati pada Bahagian Teras ini juga adalah amat terhad disebabkan bukan keseluruhan Pokoknya memiliki Teras..yang memiliki teras adalah dari Bahagian Perdu Pokok..Permata ini Terhad....Hubungi dahulu untuk Kepastian...


Teras Larak Hitam yang memiliki Tabie Salah..(Larak Salah Hitam Bahagian Teras)

Permata bahagian Teras Hitam Larak ini yang memiliki Tabie Salah amat jarang diperolehi..bukan lagi jarang....kadang-kadang jer terjumpa..lagipun Bahagian Teras yang berwarna Hitam kalau dijumpai pun, ianya adalah dalam Kuantiti yang sedikit, Pengasas Blog memperolehinya pun agak dalam 2 kaki panjang ajer..Pokok Larak yang dijumpai pun agak besar..tetapi sebahagiannya sahaja memiliki Teras yang begitu Keras dan Padat..

Permata Larak Salah Berteras Hitam ini adalah Terhad...Sila Hubungi dahulu untuk kepastian (Jika Ada)...

Permata Pilihan..(Gabungan Teras Gemunggal Hitam dan Gemunggal Coklat Serta Raja Kayu Putih)

Permata Teras Gabungan ini terdiri daripada Teras Raja Kayu Putih/Teras Gemunggal Hitam dan Teras Akar Gemunggal Hitam Coklat..rasalah Khasiat Sebenar Teras Gemunggal ini..Raja Kayu Putih pula bertindak sebagai Energy Booster bagi Permata Pilihan ini..

Lorek belang yang terdapat pada Teras Raja Kayu Putih ini jelas kelihatan....


Bahagian Teras yang berwarna Hitam dan Coklat Hitam adalah dari Jenis Gemunggal..Sila Hubungi jika Berminat..(Permata ini Terhad)..



Permata Teras Keras..Kemuning Hitam

Ini adalah Permata Teras Kemuning Hitam yang berkilat....

Permata Penunduk Merah

Ini adalah Permata Penunduk Merah...atau Lebih dikenali dengan Penunduk Gajah ataupun Tas Merah...boleh tempah dulu jika berminat..

Permata Raja Penunduk (Teras Asas)

Permata Asas Teras Raja Kayu Putih ini dipasak tanam dengan Teras-teras Penunduk dan Kayu Tas serta kayu Teras Pahlawan Kuning...Permata Raja Penunduk ini sedia untuk Tempahan..

Permata Akar Teras Gemunggal (Coklat Hitam)

Terbuka untuk tempahan..Permata teras gemunggal dari bahagian akar didalam tanah ini menjadi pilihan pengasas untuk para peminat Blog Rahsia Alam..Bahagian yang sememangnya memiliki Khasiat Semulajadi...Bahagian Teras Akar dikatakan memiliki kualiti disebabkan bahagian tersebut tersimpan khazanah segala zat-zat yang membuatkan pokok gemunggal berdiri teguh..tanpa akar..tiadalah pokoknya

Saturday, February 20, 2010

Kunjungan Peminat dari Australia dan Hong Kong ke Kediaman Pengasas Blog RAHSIA ALAM

Inilah yang dikatakan..jika meminati sesuatu..sejauh mana pun..sampai jua..En. John Chow yang berasal dari Sabah, berketurunan Cina yang telah Berhijrah ke Australia selama Lebih 30 Tahun, Manakala Teman Beliau..Ms. Kim yang datang dari Daerah Kowloon..Hong Kong..mereka bersama-sama telah membuat Temu-Janji sebulan sebelum menjejakkan kaki kekediaman Pengasas Blog Rahsia Alam..Berbagai Jenis Teras Kayu, Tongkat, Batu Permata, Geliga dan Berbagai lagi Koleksi Pengasas telah dikeluarkan buat tatapan mereka...Mereka telah menghabiskan Masa selama 5 Jam menatap, Merasai, dan Berbagai lagi dengan Barangan yang dihidangkan..


Jangan disangka mereka tidak mengetahui akan Rahsia Khasiat Teras Perkayuan dari Negara Kita Serta Batu Geliga..mereka juga mengetahui tentang Aura, Rasa dan..mpphh..macam kita juga..Cuma Kita ni ada Kelebihannya dari mereka dari segi budaya dan kepercayaan..so...Faham-Faham la...

Mr. John Chow..sedang mencuba Geliga koleksi Pengasas dan beliau memberi tahu apa yang beliau rasai....mmm...tahu jugak orang tua ni yea...rata-rata apa yang beliau rasai dan lalui dengan Pengetahuan tentang Teras-Teras kayu dan Geliga, Pendapat beliau agak sama dengan sahabat-sahabat dan Para Peminat Blog Rahsia Alam...Jadi benarlah..Khasiat yang dimiliki teras kayu dan batu Geliga sememangnya Secara Semulajadi..tak perlu jampi mentera/Khadam dan Penjaga..kerana ianya telah dijadikan oleh Allah cukup sempurna buat manfaat manusia..Beliau juga berpendapat, Jika Memakai atau mengunakan sesuatu dalam bab Mistik..ianya perlulah dengan Niat Hati yang Tulus Ikhlas...ALLAH MERANGKUMI SEGALANYA...


Ms. Kim,..yang juga seorang (Healer)..ditempat beliau di Hong Kong..telah mencuba beberapa jenis teras serta Geliga...Pengasas juga berasa amat pelik..maklum la..ingatkan kita orang-orang melayu je yang tahu bab-bab mistik dan bab Rasa Aura..Dia ni lagi terer..fuiyoo...siap boleh bagi tau...apa saja yang digenggamnya,Pendapat beliau sama juga dengan Ustaz-ustaz yang mengamalkan Perubatan Islam (Sahabat Pengasas)..Betul pulak tu..Pengasas hanya berkata kepada mereka Berdua.."Allah The Almighty..The Creator and The Guardian of the Universe Has Created All These, Just For the Sake of Human Kind and what ever it is...There must be a reason for what it is for....and for what is being created,..they have their own reason and we have our own reason too, as for what we are to care of "..dan Mereka tersenyum sambil Berkata..It is True....


Thank You Ms. Kim and Mr. John Chow for visiting The Author of RAHSIA ALAM WEBBLOG.....Custom made of various selected Walking Stick that has been requested by your Good-Self is taking place..Hopefully, It Should be Ready in Time when your itenary traveling schedule way-back here...Best Regards..from The Author of RAHSIA ALAM WEBBLOG..Have a nice happy Holiday in Malaysia..... Please do not hesitate to call me if any changes on your traveling schedule due to un-forseen circumstances..Thank You Again...

Akar Teras Gemunggal/Kilo/Kelor Hutan yang Berkualiti

Bahagian Akar yang terbenam didalam Tanah..Kelihatan Tompokkan Hitam pada Akar Gemunggal Hutan ini...

Teras ini telah diuji dari segi kepadatan/Ketumpatannya..ianya tenggelam didalam Air...ada juga bahagian yang timbul..tidak semua bahagian yang tenggelam..Tetapi Pengasas Blog hanya memilih bahagian yang memiliki Ketumpatan Tinggi untuk dibuat pelbagai bentuk dari Permata Cincin hinggalah dalam Bentuk Loket..InsyaAllah..


Potongan yang agak Kecil sedikit adalah dari Bahagian Pangkal Pokok Gemunggal...Bahagian ini kesemuanya memiliki Ketumpatan Tinggi....



Bahagian yang telah disisip kulit dan Kayu luaran agar bahagian yang benar-benar berkualiti dan terpilih sahaja diberikan kepada Para Peminat yang ingin memilikinya..InsyaAllah, akan saya pamerkan setelah ianya dibentuk siap nanti....

Teras Penawar Hitam....Rupa dah macam Kemuning Hitam????

Teras Penawar hitam agak ringan sedikit dari Teras Kemuning Hitam....

Bujang Kalak atau Bujang Terlajak??????...Hitamnya Pembisa..

Sekali Tengok macam Ibol Hitam..Dua Kali tengok dah jadi macam-macam..Bisanya..mak aii...tak tau la..Kata Orang Asli yang mengambilnya..dikatakan Bujang Kalak...

Pembisa ini telah saya bandingkan dengan Pembisa Ibol Hitam..tetapi Ibol Hitam agak berwarna kearah macam coklat kehitaman macam Nibung Tunggal...Wallahu..Nak kata Bujang Kalak..Terpulanglah sebab masa dapat teras ni kulitnya dah siap bersisip..so nak kata bujang kalak saya tak berani nak kata..dah penat mencari si Mamat Bujang Kalak..sampai terberak-berak....


Dalam Hati saya..Mudahan Allah pertemukan saya dengan Bujang Kalak yang masih memiliki Sifat yang cukup..(Bujang Kalak yang berkulit dan Berakar)...supaya kita bersama-sama dapat
berkongsi Ilmu dalam mengenal teras Bujang Kalak yang sebenarnya..ramai yang tidak mengenal akan rupa sebenarnya..

Teras Kemuning Hitam

Stok Teras Kemuning Hitam yang baru diperolehi..mak aii..penatnya..berat betul masa nak pikul kayu teras ni..Alhamdulillah...ada juga sahabat yang angkutkan..Terima Kasih..

Monday, February 15, 2010

Teras-Teras Hitam dalam Simpanan Blog Rahsia Alam..



Sebahagian Teras-teras yang berwarna Hitam seperti Kemuning Hitam/Penawar Hitam/Gemunggal Hitam dan berbagai lagi jenis teras berkhasiat untuk para peminat Blog Rahsia Alam...Dalam Bilik Stor ni dah macam Hutan Belantara la pulak...walau bagaimana pun..Atas Permintaan para sahabat handai yang meminati Teras Kayu, Pengasas telah Menempah beberapa Tongkol Kayu yang berteraskan Khasiat Alam Semulajadi bagi kegunaan perubatan dan juga Kepercayaan Mistik yang terdapat pada Teras-Teras Kayu yang tersohor..


Para Peminat juga boleh Menempah dalam Bentuk Teras Campuran samaada dalam Bentuk Gabungan/Pasak Paku/Pasak Tanam dan berbagai lagi..nak caca Marba pun boleh juga..tetapi permintaan Gabungan perlulah secara logik dan tidak mencampur adukkan teras yang memiliki Sifat Berlawanan..Supaya Khasiat teras tersebut tidak menjadi Neutral...InsyaAllah..

Permata Segi/Bulat Bujur dan Permata Piramid

Pelbagai Bentuk Tempahan...


Nak kata cam piramid...tak juga..Permata ini dibibitkan sedemikian rupa untuk kelainan dalam bentuk Permata yang disarungkan sebagai Hiasan Jari..Tidak sekadar Khasiatnya yang telah diketahui semenjak zaman kepahlawanan Melayu lagi...

Permukaan atas permata ini tidak ditajamkan seperti Bentuk Piramid..takut kene kepala bocor nanti....

Teras Kemuning Hitam Tempahan Istimewa (Tempahan Sahabat)

Tempahan Kebiasaannya adalah dalam Bentuk Bulat ataupun bujur, tetapi ada pula beberapa sahabat yang meminati dalam bentuk yang sebegini..kata mereka..pakai sebijik jer kat jari manis dah kira ok..saiznya yang besar sedikit membuatkan ianya seakan bentuk Jongkong Hitam..dan agak sedikit tajam pada permukaan atas permata..ikut jer lah..dah sahabat nakkan macam ni...

Bentuk yang sebegini agak jarang dibuat...tetapi jika meminatinya..apa salahnya pula....saya terima ajer tempahan sebegini..


Permata Kemuning Hitam..

Nampak macam Penawar Hitam jer..tetapi inilah bahagian Teras yang begitu Keras..

Permata Kemuning Hitam ini adalah Bersaiz Besar... bagi yang meminati Permata yang berwarna Hitam Berkilat..ini adalah Pilihan baginya...(Terbuka Pelbagai Saiz untuk Tempahan)


Sunday, February 14, 2010

Perbezaan Ketumpatan Teras Gemunggal....

Jelas kelihatan Rona Bintik-bintik yang kasar dan halus..yang kasar memiliki ketumpatan rendah manakala yang berona halus memiliki ketumpatan Tinggi...malahan ianya adalah dari Teras Gemunggal yang berkualiti...inilah yang dicari selain daripada teras Gemunggal yang berwarna Hitam....Para Pengemarnya boleh membuat tempahan kerana ianya telah didatangkan Khas dari Hutan Belantara Kita...Dapatkanlah Teras Gemunggal Hutan yang memiliki Khasiat yang serba Semulajadi...Sila Hubungi Pengasas untuk Tempahan...

Permata Berjalur..(Kemuning Hitam) Kayu dan Teras

Biasanya Teras Kemuning Hitam Dititipkan dari Bahagian Terasnya sahaja..Tetapi permata ini dititipkan dari bahagian yang berhampiran dengan Terasnya....yang berwarna hitam adalah dari bahagian Teras manakala bahagian putih adalah bahagian Kayu...

Permata ini untuk dimaharkan...Murah..Murah..Murah...


Permata Teras Kuning Penawar Lima.(Rare Item)

Khasiat Penawar kepada Lima Penyakit dalam Badan....Setakat sakit kepala InsyaAllah, Mujarab...Tetapi jika memakainya dalam Bentuk Permata, ianya adalah Penawar kepada Bisa-bisa..Jika Bertempur..Bak kata..kena Tiada apa-apa rasa..Wallahu...

Alur-galurnya yang amat cantik...Bukan sekadar cantik ajer..tetapi Khasiat yang dimiliki oleh teras kayu ini menjadi keutamaan dalam pemakaian..


Permata Teras Gemunggal (Timbul didalam Air)

Ini pula adalah Permata Teras Gemunggal yang memiliki Ketumpatan Rendah..ianya timbul didalam Air....

Permata ini terbuka untuk Tempahan..Permata ni murah sikit dari yang agak Berwarna Hitam Sedikit...


Permata Akar Sulur Bertam




Permata dari Akar Sulur Bertam ini terbuka untuk Tempahan..kebiasaannya sulur Bertam dititip dari bahagian Sulurnya..ini pula adalah dari bahagian Akar...

Permata Teras Gemunggal Berkualiti..terbuka untuk tempahan (Saiz Sederhana)

Ini adalah Titipan Permata Teras Gemunggal yang Berkualiti (




Terbuka untuk Tempahan..Permata Teras Larak Salah Hitam

Permata-permata ini terbuka untuk tempahan buat peminat-peminatnya...

Permata Teras Larak Salah Hitam

Bahagian Teras yang Berwarna Hitam dari spesis Larak yang memiliki Tabie Salah..

Ramai para penebus telah bertanya kepada pengasas "Tuan..pernah ke larak yang ditebus orang lain hilang" Jawab saya..Pernah...tanya saya pula kenapa??..Teras Larak Salah saya Hilang??..tanya saya kembali kepada mereka...Pernah ada niat untuk Menguji ke??..jawab mereka... ya..., Kan saya dah bagi tau agar jangan ada niat untuk mengujinya...kan dah terkena...begitulah yang dilalui oleh para penebus Kayu jenis ini dan telah saya sarankan agar tidak mengujinya..cuma gunakan jika terdesak sahaja..lagi pun..ini semua adalah Kehendak Allah...cuma kita renungkan bersama akan kuasanya...Subhanallah


Friday, February 12, 2010

Pilihan sahabat ...Teras Pilihan

Salah seorang sahabat yang berkecimpung dalam penjualan Batu Permata dan teras-teras kayu pilihan telah datang ke kediaman Pengasas untuk memilih teras-teras Permata Kayu yang menjadi pilihan beliau untuk di maharkan kepada Pelanggannya...kelihatan beliau sedang membelek-belek Permata Teras kayu yang ingin ditebus secara pukal....

Setelah memilih permata yang ditempah, beliau juga telah menempah beberapa Gelang dan Tasbih kayu......terima kasih...Peniaga Tegar ni.....