DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, January 31, 2010

PERHATIAN BUAT PARA PEMINAT BLOG RAHSIA ALAM

SALAM SEJAHTERA PARA PEMINAT YANG DIRAHMATI ALLAH, SILA DAPATKAN AKHBAR KOSMO 31/01/2010 (AHAD)..AKHBAR TERSEBUT ADA MEMBUAT ULASAN MENGENAI SPESIS RAJA KAYU PUTIH...RAJA KAYU ASLI..PERBANDINGAN JUGA ADA DIBUAT PADA RAJA KAYU JENIS PUTIH/MERAH DAN JENIS DAMAR MINYAK....

Thursday, January 28, 2010

Tempahan Cincin Perak..OPEN BOOKING

Cincin Perak ini adalah terbuka untuk ditempah bersama-sama dengan Teras-Teras Kayu Pilihan...Cincin Perak ini adalah Free Size (Boleh Dibesar dan diKecilkan di Kedai Emas atau Tukang Perak)...Cincin Perak ini juga Terhad kerana Pengasas amat jarang sekali membuat Tempahan Bersama-sama dengan Cincin..selalunya hanya Permata-Permata Teras Kayu sahaja...sila email kepada waliqudus@yahoo.com untuk Tempahan..InsyaAllah....

Bercambahlah Kunyit Hitam Ku..sambungan dari HIDUP KUNYIT HITAMKU..

Inilah Pokok Kunyit Hitam yang disemai oleh Pengasas dimana ubi kunyit hitam ini telah bercambah dan bertambahlah benihnya...haaa....sapa nak Kunyit hitam yang boleh ditanam sila email kepada Pengasas Blog.. waliqudus@yahoo.com..

AKHBAR KOSMO Mengenai Geliga dari Seorang Sahabat

Ini adalah Laporan Akhbar KOSMO yang Bertajuk Geliga Lipan..(BAB TARIK DUIT TU ADALAH KEPERCAYAAN SEGELINTIR ORANG)....Nantikan Laporan mengenai RAJA KAYU ASLI PULA, InsyaAllah..Pengasas akan membuat Posting mengenainya....

Sapa la Mamat yang kat dalam Gambar tu..ini la Sahabat kepada Pengasas Blog Rahsia Alam, Beliaulah yang selalu membantu Pengasas dalam Mendapatkan Teras-Teras Kayu disebabkan Beliau selalu bertemu sua dengan Masyarakat Kaum Asli dan Juga Guru-Guru yang memiliki Geliga-Geliga Asli serta Teras-Teras Kayu Perubatan..Alhamdulillah Allah...Terima Kasih Sahabat kerana Membantu....

Tempahan Loket dan Keychain dari RAJA KAYU

Longgokkan Potongan RAJA KAYU ini telah ditempah oleh Peminat yang mahukan dalam bentuk potongan Asli..pada pengasas..terpulanglah kepada pemiliknya untuk dibuat apa jua bentuk..ini adalah Tempahan Beberapa Orang Peminat RAJA KAYU yang asli untuk kegunaan sendiri..Tempahan Terbuka dalam bentuk sebegini juga..Maharnya juga dikira dalam Nilai Borong kerana ianya ditempah melebihi dari LIMA POTONGAN..Alhamdulillah..

RAJA KAYU ASLI..(TEMPAHAN YANG HOT SEKALI)..BUKAN DAMAR MINYAK

Keunikkannya yang membuatkan orang ramai terkejut apabila melihat akan ketelusan cahaya yang menembusi Kayu ini...

Bukan Sekadar Ketelusan Cahaya sahaja...Malah Khasiat yang dimiliki RAJA KAYU ASLI ini juga telah dikecapi oleh orang-orang yang mengetahuinya dan ianya diguna pakai bukan sekadar khasiat Semulajadinya sahaja..ada juga yang mengunakannya sebagai Medium Perubatan Mistik juga....Subhanallah...


Potongan Raja Kayu Asli yang memiliki Teras ini boleh diolahkan dalam bentuk Loket, Keychain, Permata dan berbagai lagi mengikut kehendak Pemiliknya...InsyaAllah...



Nak Buat Pedang Samurai..(RAJA KAYU PUTIH)

Oleh sebab Lenturan asli yang menyerupai Sebilah Pedang...lalu pengasas ingin mengabadikan Raja Kayu Putih ini dalam Bentuk Sebilah Pedang Samurai.....aiiicha..hait....

Damar Minyak...yang dipanggil Raja Kayu Damar Minyak

Teras inilah yang digelar Raja Kayu Damar Minyak....

Permata Teras Gemunggal Hutan Terbuka kepada Tempahan..

Permata Teras Gemunggal Hutan ini terbahagi kepada dua Saiz..Besar dan Sederhana..


Email kepada Pengasas untuk Memilikinya....InsyaAllah....Murah...Murah Jer....

Permata Lahar Gunung Berapi...Tapi Permata ni tak Berapi la...

Permata ni ada sebiji jer....Kebiasaannya, Lahar Gunung Berapi dibuat Loket disebabkan Khasiat yang ada padanya untuk Kesihatan Aura Badan..Wallahu..Kata yang Pakar La...

Permata Besi Badar...Ori

Permata Besi Badar ini juga untuk dipindah Milik...ada Sebiji jer....

Batu yang Lawa..Cantik woooo..ada kaler biru-biru sket



Nama Batu Permata ni Pengasas dah Luper...tetapi ianya hanya ada sebijik jer...Kalau nak cepat email kepada Pengasas..Rasanya memang puas hati jika melihatnya..InsyaAllah...


Permata Akar Larak (Ada Tabie Salah Punya wooo..)

Kayu ni....terpulang lah kepada peminatnya jika nak pasang ngan Cincin atau hanya untuk simpanan dalam Kocek ajer....

Permata Teras Raja Kayu

Permata ini yang dititipkan dari Bahagian Terasnya...masih ada lagi untuk ditempah....sila buat tempahan anda....Jika Berminat la....

Permata Kayu Menang (Teras Laka)

Permata ini masih belum berpunya...Permata yang dalam Posting sebelum ini dah kena Tapau habis....sila email kepada Pengasas jika berminat...InsyaAllah masih ada lagi dalam bentuk yang asli...

Permata Gemunggal Hitam...Terasnya...Kerassssss

Permata Ini adalah terbuka untuk Tempahan..yang tiga biji ni..belum ada yang punya..yang lain dah kena Kebas dek Kaum....

Permata Hitam Berkilau......

Permata ini dititipkan untuk Seorang sahabat yang mengemari Permata Teras Kayu....Bro dah Siap Bro...Tunggu nak Ikat jer....

Loket Teras Gemunggal Hutan (Tempahan Sahabat)

Bila dirasa dengan jari pada Permukaannya, Sahih..ini kerja Tangan....inilah kepuasan diri Pengasas dalam pembuatan Loket ini...Ori...maklum saja lah..kita bukan ada orang tukang yang membuatnya...So buat sendiri la....

Alhamdulillah, siap juga.....



Cuma belum di pasang dengan tempat ikatan sahaja...


Delima Pasang (Milik Peribadi Buat Tatapan)

Red Ruby Ring...Inilah milik Peribadi yang dipakai oleh Pengasas.....Alhamdulillah...lawaaaa..

Sajer sesuka pakai wat perhiasan Jari..Bab Mistik ke, Khasiat ke, Kita serah Pada Allah..janji manis dan berseri bila disarung ke jari pemakainya...


Saturday, January 23, 2010

Loket Teras Kayu Pilihan yang Berkhasiat Alami (Khasiat Semula Jadi)..KHAS UNTUK YANG ADA BINI DAN GURL PREN..

Ini lah Titipan Loket Buatan Tangan Pengasas Blog..Ada beberapa Tempahan yang Masih Beratur Lagi dan ianya masih didalam Proses Pembikinan..Harap Bersabar...InsyaAllah..Minggu ni Siap La...yang nak Tempah sekali tu apa lagi...Email jer InsyaAllah..Siap jer Boleh sekali Jalan...email teman yeop kat waliqudus@yahoo.com..atau waliqudus@gmail.com..

Loket Gabungan Teras Gemunggal dan Fosil Teras Gemunggal jadi Batu

Nak buatnya...mak aiii..bukan main payah bebenor..kene kerat dua bahagian dulu, pas tu ambik sekeping lagi untuk buat tempat pasak Tanam dengan Gemunggal Pulau dan Fosil Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu..

Ni mana boleh main pakai tonyoh jer...



Lebih kurang cam ni la cara buat dia...Loket ni Tempahan Sahabat dari TEMASEK...Alhamdulillah...Jadi Jugak....


Ni la Ropernye....





Aku ni tak terer lagi buat Loket...nampak lagi kesan garisan sambungan.tetapi tetap licin dibahagian tu aku gosok..naik kebas Tangan dibuatnya....Syukur Alhamdulillah, Allah Maha Kurnia..Ketentuannya yang Menjadikan Loket ni Siap...MasyaAllah..Alhamdulillah Allah...HambaMu Mensyukuri akan Nik'mat Mu yang Maha Menjadikan..Tanpa IzinMu..jawabnya tak siap la Loket ni....Alhamdulillah...




Loket Galih Kelor/Teras Gemunggal Hutan..Baik Punya...

Kalau diperhatian betul-betul ..ada Kalimah disitu...Subhanallah...kan Allah yang menciptanya..So mesti la ada Trade Mark dia...

Loket Teras Gemunggal ni ada Satu jer...baru Dapat buat....itu pun main balun jer..maner ada main Planning jer nak buat...ikut jer tangan nak gosok..kut mana la tau kut jadi bentuk kuder kepang ker????....


Keychain Raja Kayu Putih...FREE....tapi...kene tebus Permata Kayu dalam Pakej....

Ini adalah salah satu Hadiah Pemberian dari ALAM SEBELAH...opppsssss...Silap....eh..apa Silap..betul la..ALAM SEBELAH MALAM...kan time tu aku potong kayu ni buat KeyChain...mana la nak buatkan sebab ALAM SEBELAH SIANGNYA AKU TIDOOOOO.......hehehehehe...sebenarnya Keychain ni dititipkan untuk Para Sahabat yang menebus beberapa Pakej Permata Teras Kayu...So Keychain ni dapat preeee.......so sapa nak..Order la beb....wassalam...

Permata Teras Keluat...Bukan Kulat atau Ulat

Ni Keluat Merah Bro...Orang kata Keluat Berdarah...tapi ....takde darah pun..jari aku berdarah ada la....pasai luka nak Gosok dia...memang..tapi..tahan gak kulit aku yek..ada khasiat rupernya Teras ni..Tahan Kulit...Alhamdulillah...

Permata Teras Larak Salah Hitam (Tempahan Member Kamcing)

Baru Siap Bro Teras ni...Kira murah-murah dah la...dalam 4 juta ke......kehkehkeh....

Permata Teras Kemuning Emas

Permata teras ni agak jarang dibuat dek orang..sebab Kayu Teras Kemuning Emas ni kebiasaannya dibuat Sarung atau Hulu Keris...lagipun teras ni amat terkenal dengan Khasiat Penawarnya serta amat cantik jika tahu mengembelingnya untuk dijadikan Sarung Keris atau apa jua yang bersangkutan dengan Kayu Jenis ni...InsyaAllah

Lawa gak kalau buat Permata Cincin mau pun Tasbih...


Permata Teras Sepang Mas...RARE ITEM

Kayu jenis ni agak Payah sikit nak Dapat....Sepang Mas namer nya...

Tetapi nak dapat Teras ni Bukanlah Kat Sepang KLIA..., Nak dapat ni Kene masuk kedalam Hutan Banat....Tempat Jin Main Bola...ala-ala..Mancester United...Tapi ni Mencestum Alam Sebelah Jin...Jin aper????..Jin Tonikk.....hehehe..Gurau Pak Sheikh


Pembisa Terbaru.....

Teras ini...MasyaAllah...Keras betui la masa nak Potong...Pakai Kapak pun berdenting bunyinya...apa..besi ke.......

Masih Didalam Proses Pembikinan..InsyaAllah

Ini adalah butiran Teras Kayu yang akan dititipkan dalam Bentuk Tasbih dan Juga Gelang Tangan, InsyaAllah...Masih lagi dalam pembuatan...agak lambat sedikit hasil pembuatannya kerana ianya dititipkan dengan menggunakan Larikkan Tangan dan Kertas Pasir....

Gabungan Larak Salah (Pemakaian Diri/Pelindung Diri)

Persediaan Gabungan Teras Kayu Yang Terpilih dari jenis Larak Jantan Merah, Larak Betina Coklat, Larak Jantan Hitam, Rotan Songsang, Teras Larak Hitam dan Raja Kayu Putih....

Tebukkan dibuat pada Larak Betina dan diisi Tanam dengan teras larak hitam, rotan songsang dan Raja Kayu Putih...


Lebihan dipotong terlebih dahulu...



Di apit dengan Larak jenis Jantan dikiri dan kanan..




Dilekatkan dengan Gam Kayu..





Baru jadi dah ni....Bahagian tebukkan dibuat dan dipasak Tagan Paku dengan Kayu Teras Gemunggal Pulau...

Khasiatnya yang Hebat diperkatakan sebagai Medium Pelimun, Pembias atau Pembalik serta Pelembuat Hati agak keterlaluan jika diperkatakan mengenainya..Segalanya adalah Milik ALLAH jua akan Ketentuan keserlahan Khasiatnya..Pohonlah Hanya Kepada Yang Maha Berkuasa...Subhanallah...

Wednesday, January 20, 2010

Raja Kayu Putih Yang Berteras

Sepotong Kayu Raja Kayu Putih yang Memiliki Teras dan dikira amat Bermutu dalam Kawanan Kayu-kayu yang berkhasiat..Khasiatnya yang Nyata Terbukti dalam Mengubati Luka-luka Luaran/Kulit/Ketahanan Badan/Gaut/Lemah Badan/Sengal-sengal/Melancarkan Perjalanan Darah dan Berbagai lagi jika nak dilampirkan akan Khasiatnya...Patut la Orang dulu-dulu jarang dapat sakit, Mereka mengamalkan meminum Air dari Rebusan Teras-Teras Kayu..

Jika digabungkan dengan Teras Kemuning Hitam/Tongkat Ali Hitam,Putih dan Merah/Kemuning Merah/Kemuning Emas dan Berbagai lagi jenis Akar-akar kayu dan Teras-Teras yang lain,..InsyaAllah mampu menyihatkan Tubuh badan dan yang seiringan dengannya..Seorang Guru Pernah mengajarkan kepada saya,Air Rebusan Teras Raja Kayu Putih Jika diberi Minum kepada Orang yang Degil...InsyaAllah..mahu mendengar kata, Jika Ketagihan Alkohol, Perokok, batuk Darah dan Berbagai Lagi katanya...Cuma Saintis tak Kaji jer lagi Tentang Khasiat Pokok Raja Kayu Putih ni, Jika Damar Minyak terkenal dengan Ubat Sakit Perut..Raja Kayu Putih Pula merangkumi pelbagai Khasiat jika nak dibandingkan dengan Khasiat Teras Kayu yang selain darinya..Subhanallah...ALLAH Maha Luas Khasiat Ciptaannya...