DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, December 10, 2009

Cara Penyediaan Minyak Urut Dari Kulit Raja Kayu Putih

Ini adalah Minyak Hijau panas dari Jenis Minyak Afiat..Minyak dari jenis Lain juga boleh Diguna Pakai, Pengasas telah memilih dari jenis ini kerana, minyak ini Mampu untuk meresap ketempat yang hendak diurut dengan cepat...InsyaAllah


Bahan yang diperlukan untuk membuat minyak urutan dari Kulit Raja Kayu Putih, Pastikan Kulit Raja Kayu Putih masih Memiliki Banir Damar yang masih Basah, Sepotong kayu dari Jenis Damar Minyak untuk Bahan Bakar asas..(Kayu Damar Minyak mudah Terbakar walau ianya didalam Minyak)
Ini adalah Kulit Raja Kayu Putih yang Masih memiliki Banir Damar Getah yang Berkhasiat...
Kulit Raja Kayu Putih diletakkan didalam Piring dari jenis Tahan Panas serta minyak dituang keatas Kulit Raja Kayu secara Serata untuk Proses Penyerapan Minyak kedalam Kulit Kayu..Bekas Minyak adalah lebih baik jika mengunakan dari Jenis Clay atau Porcelain yang tahan Panas untuk Proses Pembakaran untuk Mengeluarkan Enzim Banir Damar dari Kulit Raja Kayu Putih..Alhamdulillah
Tuangkan Minyak yang akan digunakan untuk tujuan Urutan kedalam Piring yang mengandungi Kulit Raja Kayu Putih..dan Biarkan minyak tersebut meresap kedalam Kulit Kayu tersebut..



Ini adalah Keratan Raja Kayu jenis Damar Minyak yang digunakan untuk dijadikan Bahan Bakar serta bertindak sebagai Pengaul Minyak dengan Kulit Raja Kayu Putih yang akan Dibakar didalam Piring yang tahan Panas...


Nyalakan Api dengan Raja Kayu Damar Minyak untuk membakar Kulit Raja Kayu Putih bersama-sama Minyak Urut...

Biarkan Pembakaran Kulit Raja Kayu Putih dan Minyak tersebut Sehingga Kulit Terbakar Sepenuhnya dan Kayu Damar Minyak tadi digunakan untuk mengaul minyak dan Kulit agar menjadi Serasi..Kenapa Membakar Kulit Raja Kayu didalam Minyak??..Ini kerana Kulit yang dibakar akan mengeluarkan Enzim Damar dan ianya akan Melarut didalam Minyak Tersebut Ketika Pembakaran Berlaku...
Setelah Proses Pembakaran Sepenuhnya, Jangan Biarkan minyak ini menjadi Sejuk kerana Damar tersebut akan tersejat akibat Proses Penyejukkan. Setelah selesai, ketika Kepanasan Minyak tersebut Beransur Suam, Terus sapukan minyak tersebut pada tempat yang sengal maupun sakit/Luka/Kembung Perut/Patah/Kejang/Sejuk dan mana-mana Bahagian Luaran Badan dan usaplah sehingga Minyak tersebut meresap ditempat yang sepatutnya, InsyaAllah..Proses ini telah diguna Pakai oleh Pengasas untuk Mengurut orang yang sakit (Hanya mengurut ketika keadaan Darurat dan Bukan Sebagai Karier Pengasas)..Pengetahuan ini Pengasas Berkongsi Bersama-Sama dengan para Peminat Blog maupun kepada Sesiapa sahaja yang melayari Blog Rahsia Alam supaya dapat memanfaatkan Teras Raja Kayu Putih ini dan Bukan hanya Sekadar Hiasan dijari serta berkata itu dan ini tetapi tiada Bukti dan Cara Pengunaannya...Janganlah Kita hanya Menjual Cerita dan tidak pula menunjukkan cara pengunaanya secara Nyata..Ini hanyalah Ikhtiar dan Usaha Pengasas yang mengikut Kemampuan yang diIzinkan oleh ALLAH yang Maha Segala....InsyaAllah..Selamat Mencuba..