DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, December 26, 2009

Akar Lilit Melilit

Jikalau akar kayu larak...sudah pasti Pengasas Blog akan berkata ini adalah akar larak yang memiliki sifat tabie betul oleh kerana lilitan yang kearah kanan...
Akar larak yang dikatakan memiliki tabie salah adalah yang melilit kearah kiri....


Tetapi ini bukanlah dari Akar spesis kayu larak, ianya hanyalah spesis Akar pokok kayu hutan yang melilit pokok yang berada disekelilingnya...bahkan akarnya yang sebesar pohon kelapa pun ada...masyaAllah....

Pokok Kekabu....Ada Teras Ke???

Pokok kekabu ini jika sesiapa tak perasan tak tahulah...ianya ibarat sekian lama telah mejadi tatapan para penziarah yang datang berkunjung ketempatnya....kat mana....????
Pokok kekabu ini apabila Pengasas bertanya seorang sahabat yang amat terkenal dengan BlogNya yang memaparkan akan Maklumat-maklumat serta pengetahuan tentang teras Kayu/Batu/Besi/Geliga/Mistik dan Berbagai lagi...Beliau menyatakan bahawa ada Pokok kekabu yang walau lama mana pun belum tentu ada terasnya..tetapi bila ditunjuk kepada beliau akan pokok kekabu ini..beliau menggeleng kepala seraya berkata..Pokok ini berteras ni...berapa ratus tahun ni.......Wallahu...tetapi memandangkan akan pangkal perdu pokok kekabu ini..SAHIH ada teras..tetapi kalau nak ke lokap..tebang la..heheheh...Khasiat teras kekabu juga dipercayai memiliki sifat ketahanan badan jika memakainya..InsyaAllah.....

Akar Pasung Hidup....

Gambar ini telah diabadikan ketika Pengasas pergi ke Hutan Simpan dibahagian Utara Tanah Air untuk mendapatkan Teras-Teras Kayu Pilihan...Akar ini yang tersorok di celah-celah timbunan kayu Hutan...MasyaAllah...bayangkanlah jika akar ini dibiarkan tidak terusik selama beberapa tahun lagi..sudah pasti ianya mampu menjadi akar pasung yang unik...Muga Allah memelihara alam semulajadi Tanah Air yang kita Cintai....
Pokok yang dicelah - celah akar yang meneguhkan bahagian yang hampir reput ini sehinggakan ianya berdiri utuh..mempamerkan akan kesinambungan hidup diantara satu sama lain...bayangkanlah jika masyarakat kita memiliki sifat yang sebegini, alangkah baiknya..ibarat kata jika kita bersatu membantu sesama kita..walaupun kayu sudah tidak mampu berdiri tegak, tetapi dengan bantuan dari rumpunan akar yang kecil..ianya mampu meneguhkan yang besar, secara tidak langsung, yang kecil mampu mengekang yang besar daripada tumbang....inilah yang dikatakan contoh yang berada didepan mata......Renungilah wahai para sahabat....

Pokok Buluh Hitam..Uniknya....

Ini adalah spesis Pokok Buluh Hitam...rata-rata hanya yang biasa dilihat adalah dari jenis pokok Buluh Kuning atau pun pokok Buluh Hijau...mana la tau kut lepas ni ada pokok buluh pink pulak???....

Pokok Ara, Akar Berpasung

Akar pokok ara ini agak telah berumur dimana ianya memperlihatkan akarnya yang bersambung membentuk seperti yang terdapat pada Kayu Pasung Jin atau Kayu Pasung Hantu..
Bahagian yang unik...Inilah kebesaran Allah Maha Pencipta.....Subhanallah...

Barangan Seorang Sahabat Untuk Dimaharkan (Hot Item)

Ini adalah Gambar kiriman seorang Sahabat yang ingin Memaharkan Barangan ini menerusi Blog Rahsia Alam,...InsyaAllah..jika sesiapa yang berminat dengannya, bakal para penebus boleh berurusan secara Terus dan Telus dengan Pemiliknya....
Seperti yang dipaparkan barangan terdiri daripada sebutir Buntat Lipan/Geliga Embun/Buntat Kelapa.Cincin Jarum Emas dan saya tidak berapa pasti apa lagi oleh sebab hanya kiriman Gambar sahaja...mengenai ketulenan serta Khasiatnya..Sila Berhubung Terus kepada Pemilik Asalnya iaitu Saudara Adli - H/P:013-2819842..(Pengasas hanya Memaparkan atas Permintaan Beliau)..ini adalah salah satu cara dimana Blog Rahsia Alam dalam membantu pemilik-pemilik barangan Mistik dan Berkhasiat yang ingin Memaharkan barangan Milik mereka..tetapi Pengasas tidak Bertanggung-jawab atas apa jua Urusan diantaranya..InsyaAllah, Saya Sarankan..Berhubunglah secara terus dengan Pemiliknya dan tidak melalui Pengasas Blog Rahsia Alam..Selamat Berhubung kepada Pemilik asalnya jika Berminat..mahar yang ditawarkan juga berpatutan..InsyaAllah...Wassalam..

Wednesday, December 23, 2009

Permata Kayu Berlian@Belian Sarawak

Jika dilihat melalui MikroSkop, liang-liang pada Teras Kayu Berlian Sarawak ini menyerupai Teras Gemunggal, akan tetapi ianya dapat dikenal-pasti Melalui Kulit Pokok/Daun dan juga pada teras kayu ini...sila email kepada waliqudus@yahoo.com untuk tebus milik...InsyaAllah
Pada zaman dahulu, Pahlawan-Pahlawan Sarawak menggunakan Teras Kayu Berlian untuk membuat Ulu dan Sarung Senjata serta dipercayai memiliki Khasiat Semula-jadi sebagai penaik Semangat Tempur/Wibawa/Kepahlawanan dan Sebagainya...Dari Segi Khasiat Perubatan pula ianya memiliki khasiat Ketahanan Kulit dan Tubuh Badan dek kerana sifat Teras ini yang semakin lama semakin keras dan tahan...tetapi segalanya adalah Hak Mutlak Milik Allah yang menciptanya, Jika mempercayai akan Sesuatu dengan bersandarkan Kepercayaan kepada Allah, maka, dengan keizinan darinya, apa jua yang diguna pakai untuk mencari jalan Keredhaannya...InsyaAllah, Dia Jualah pemakbul segala permohonan dan permintaan..janganlah meminta pada kayu yang tidak bisa berbuat apa-apa......Amalkan Beristigfar/Berselawat dan Berzikir kepadaNya...dan jangan lah lupa akan perintah Syariatnya...Alhamdulillah

Permata Pinang Hutan@Pinang Sembawa@Teras Palas@Akar Bana@Bujang Kalak

Spesis ini juga dikatakan memiliki iras Bujang Kalak. Terdapat tiga jenis Pokok yang menyerupainya, iaitu Pinang Sembawa/Akar Palas@Akar Bana dan Nibung Merah.

Permata Pembisa ini juga untuk dimaharkan, sila email kepada waliqudus@yahoo.com

Permata Teras Nibung Batu @ Bujang Kalak

Berbagai panggilan dan berbagai jenis Teras Pembisa yang digelar sebagai Bujang Kalak mengikut daerah dan tempat masing-masing,..mengikut pendapat beberapa orang lama yang menceburi bidang teras perkayuan....Rupa Teras Bujang Kalak dapat dipastikan melalui Rona Bintik pada Potongan menegak dan bintik-bintik Halus yang meliputi permukaannya menyerupai jarum halus dan berwarna hitam. Pokok yang dikatakan Bujang Kalak juga tidaklah besar...Besarnya hanyalah sebesar Ibu Jari Orang Dewasa..Wallahu...
Permata-Permata ini Untuk Dimaharkan, sila email kepada Pengasas Blog untuk tempahan di waliqudus@yahoo.com InsyaAllah

Permata Nibung Tunggal untuk Dimaharkan

Ini adalah permata yang dibentuk secara melintang dan bersaiz besar...ianya untuk dimaharkan sila email kepada waliqudus@yahoo.com untuk tujuan pindah milik..InsyaAllah

Permata Teras Pembisa Nibung Tunggal

Permata-Permata Pembisa ini untuk dimaharkan.


Telah sedia maklum akan khasiat dari teras ini yang sememangnya diburu oleh peminatnya, pada masa kini, permata dari jenis teras-teras kayu juga diguna pakai oleh peminat yang bukan dari keturunan Melayu malah dari berbagai bangsa mula menggunakannya sebagai perhiasan jari maupun sebagai pemakaian diri...Jelas terbukti bahawa Rakyat Malaysia yang berbagai Bangsa telah mempelajari tentang warisan Seni Melayu daripada Keris/Tombak/Batu/Besi/Geliga sehinggalah kepada teras-teras kayu dan akar pilihan...

Monday, December 21, 2009

Buluh Kembar/Bertemu Ruas/Bercabang dan Tumpat

Buluh Berkembar dan Bercabang, Bahagian Buku Ruas Yang Bertemu...Buluh ini baru diperolehi dari Kawasan Hutan yang Berbukit..buluhnya masih Berkeadaan warna Hijau..
Buku Ruas yang Bertemu...

Buluh Kembar dan Tumpat ini yang bertemu Ruas....


Buluh yang amat jarang diperolehi oleh Pengemarnya maupun pada pengumpul kayu-kayu

Tongkat Buluh Tumpat Bertemu Ruas

Ruas yang bertemu bermula dari Buku Ruas bahagian Akar Buluh Tumpat..Amat sukar menemui Buluh Tumpat yang sebegini..Alhamdulillah
Inilah yang dikatakan oleh beberapa orang mengenai istilah Bertemu Ruas...Wallahu


Rotan Songsang

Ini adalah Rotan Songsang yang baru diperolehi dari dalam Hutan sebuah Pulau..
Uniknya Rotan ini...ianya masih Hijau lagi.....

Buluh Bercabang Yang Bertemu Ruas

Ini adalah Buluh Bercabang yang bertemu Ruas...Khasiatnya dipercayai sebagai Pelaris/Penarik/Pemanis dan Kedamaian Rumah Tangga..kata mereka lah yang telah menggunakannya..Wallahu
Keadaan yang bercabang dari Ruas Akar dan Bukan dari paras Tengah Ruas...

Kayu Semantun....

Ini adalah Kayu jenis Semantun...
Kayu semantun ini diperolehi Pengasas ketika berada diutara Tanah Air untuk mendapatkan beberapa Jenis Teras Kayu Berkhasiat untuk dikongsi bersama-sama para peminat..

Akar Derhaka Mertua @ Akar Tongkat Ali

Mengikut dari Alur Rona Akar ini, ianya menyerupai Rona yang terdapat pada Akar Tongkat Ali Putih. Tetapi ianya dikenali dengan nama Derhaka Mertua tak tahu la Mengapa...Mungkin juga, kerana ianya memiliki Khasiat untuk Tenaga Dalaman Lelaki...Sehinggakan Menderhaka kepada Mertua akibat mencari lagi selain dari anaknya yang dah jadi Bini, Kawin Lagi la tu....tanpa Pengetahuan Bini dan Mertuanya....hehehe..apa lagi....
Akar ini juga memiliki rasa yang agak Pahit....tetapi tak tahu lagi sebab belum try lagi....InsyaAllah, apa bila telah dicampurkan nanti kut mana la tahu menjadi...

Akar Tua Galak

Ini adalah Akar yang dinamai sebagai Tua Galak..Menurut seorang yang mendapatkannya, Akar ini jarang ditemui. Jika diambil sehelai akar ini dan dikeremutkan dengan menggenggamnya, Akar ini tidak patah atau pun menjadi layu, tetapi ianya akan berubah menjadi bentuk semula-jadi. Jika ingin menggunakannya, Akar ini perlulah diketuk hingga menjadi Lumat serta dicampurkan dengan akar-akar yang lain untuk dijadikan Ubat. Akar ini jika terkena air akan ianya akan menjadi seolah-olah hidup.

Akar Galak Tua atau dikenali dengan nama Tua Galak...apa saja la...Yang diketahui akan Khasiatnya..Makin Tua Makin galak Kehendaknya...Wallahu...


Akar ini, InsyaAllah akan digabungkan dengan beberapa Akar yang lain berserta Teras-Teras yang Berkhasiat..InsyaAllah..Untuk kebaikkan Tubuh Badan....

Teras Sepang Mas

Ini adalah Kayu Teras Sepang Mas yang digunakan untuk membuat Bahan Perubatan Traditional Melayu Lama. Menurut seorang Pengamal Perubatan Traditional menyatakan bahawa Teras Kayu ini amat sukar dan jarang ditemui...Teras ini jika direndam didalam Air Panas, Warna seakan warna Jingga akan keluar dari Teras ini...Kayu ini juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa Penyakit dalam Badan jika diamalkan..InsyaAllah
Jika Teras Delima direndam ianya akan mengeluarkan warna seakan Merah Delima, Teras Sepang Mas pula mengeluarkan Warna seakan Jingga...

Kayu Ular Cintamani Darat/Hutan

Ini adalah Kayu Ular Cintamani Darat/Hutan. Ada sejenis Kayu yang dipanggil Kayu Ular Cintamani Laut yang juga dikenali dengan Akar Bahar. Khasiat Kayu ini dikatakan memiliki Khasiat Pengasihan/Tuah/Pelaris/Pemanis dan Sebagainya. Pengasas memperolehi kayu ini di salah sebuah Pulau diutara tanah Air...

Pokok Akar Semulajadi dan Unik










Pokok Buluh Kuning






Pokok Teras Asam Jawa (Ratusan Tahun)