DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, November 17, 2009

Pokok Kunyit Hitam dan Ubinya..

Inilah Rupa sebenar pokok kunyit hitam yang diburu oleh segelintir Peminatnya untuk tujuan sesuatu. Pokok kunyit hitam ini sememangnya boleh ditanam, akan tetapi...untuk mendapatkan ubinya yang memiliki ciri hitam amatlah susah...kene tunggu lama betul, tetapi kalau dah rezeki tu..InsyaAllah, dapatlah yang hitam benar..InsyaAllah, Pengasas tidak menguji lagi Kunyit Hitam ini kerana ianya untuk di benihkan dan, insyaAllah kut mana la tahu kut dalam jangka masa yang ditentukan Allah, Kunyit ini dah cukup tua dan memiliki ciri yang dicari oleh pemburunya....
Pada pandangan pengasas...Kunyit Hitam ini mungkin masih muda lagi..InsyaAllah..kalau simpan lama sikit, ianya dah boleh diguna pakai...InsyaAllah...

Ubinya yang masih ada memiliki warna ungu sedikit tetapi rata-rata keseluruhan kulitnya telah menampakkan warna kehitaman...