DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, November 8, 2009

Perbezaan Rona Bisa Teras-Teras Pembisa

Inilah Perbandingan Secara paparan dekat yang membezakan antara Rona Bisa pada Teras Pinang Sembawa dan Teras Nibung Tunggal Batu...
Ini adalah pula Rona Pembisa yang terdapat pada Teras Jenis Nibung Ibor Tunggal....
InsyaAllah, dipaparan akan datang, Pengasas akan membuat paparan Detail mengenai Teras-Teras Kayu Jenis Pembisa....Jika kita terokai alam perkayuan yang berkhasiat, kita juga terkadang akan menjadi keliru akannya disebabkan oleh Rona alur kayu dan ciri-ciri yang kurang lebihnya serupa...tetapi jika dilihat secara terperinci, maka ada ciri-ciri yang berbeza jika kita membuat perbandingan tentang jenis-jenis Kayu tersebut seperti contoh yang terdapat pada Teras Kayu Penunduk yang memiliki Rona Alur kayu yang serupa seperti yang terdapat pada Kayu Teras Tongkat Ali Hitam, tetapi yang membezakan diantara keduanya adalah dari Bau pada Teras Tersebut...InsyaAllah, pengasas akan cuba mendapatkan Teras Kayu Tongkat Ali Hitam dimasa yang akan datang...Muga Allah permudahkan Pengasas untuk mendapatkan teras-teras kayu yang berkhasiat untuk Paparan serta Ilmu mengenainya, supaya Kita semua dapat Berkongsi Bersama..Alhamdulillah...