DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, November 13, 2009

Perbezaan Kayu Tas dan Kayu Penunduk

Ini adalah Kayu Tas Sarawak yang memiliki Bau yang wangi...mengikut kepercayaan Mistik Kaum Penan, Kulit kayu tas betina jika dibakar, ianya mampu untuk menghalau Makhluk Halus, saya pernah mencubanya pada orang yang sakit dirasuk dengan makhluk Halus...Alhamdulillah...Mujarab dengan izin Allah...
Ini pula adalah Kayu Tas dari Tanah Semenanjung...Cuma yang membezakannya adalah dari segi Bau..ada yang berbau Tengit dan ada yang berbau seperti bau yang terdapat pada Kayu Tas Sarawak...

Ini lah yang dikatakan perbezaan pada Kayu Penunduk dan Kayu Tas..Jika para peminat perhatikan dari Ciri-ciri yang terdapat padanya...yang membezakan antara Kayu Tas dan Kayu Penunduk adalah dari ciri Kulitnya..Jika Kayu Tas, Kulitnya adalah Tebal, manakala Kayu Penunduk memiliki kulit yang nipis......Ilmu pengetahuan mengenainya diperolehi dari Ramai Guru-Guru yang memiliki kayu tas dan kayu penunduk serta dari pengalaman mereka, Pengasas banyak Belajar dari Mereka dan melaluinya sendiri serta melampirkannya kepada Para Peminat semua untuk dikongsi pengetahuan yang hanya sedikit sahaja....InsyaAllah mudahan Allah memberkati Usaha untuk mendapatkan IlmuNya untuk kita renungi akan Kebesaran Allah yang Maha Nyata....Barakallah..Berkatilah Kami Semua...InsyaAllah