DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, November 6, 2009

Perbezaan Geliga ASLI Dan SILICA GEL (Part 1)

Pengasas telah menerima email dan Panggilan Talian mengenai Paparan Geliga Lipan dari Beberapa Peminat, Sahabat serta Para Bloggers yang Memiliki Geliga Lipan agar Pengasas membuat paparan Detail mengenai Perantaraan Geliga Asli dan Silica Gel...Atas Permintaan tersebut, Pengasas memaparkan Semula perihal geliga agar ianya dapat dikongsi Bersama untuk mengetahui akan KeaslianNya..Ini kerana ada Paparan mengenainya tidak dapat dikongsi Bersama kerana ada yang memaparkan gambaran yang tidak Jelas mengenai Geliga Lipan...Kata Mereka..Kenapa paparan tersebut tidak ada Geliga yang Asli untuk dibuat Perbezaan, Hanya Lambakkan sejenis sahaja...sekurang-kurangnya Jika membuat Perbezaan, perlulah ada Contoh yang asli dan tidak Asli...Maka..Demi Kerana ALLAH...Pengasas Berusaha memaparkannya agar Bakal-Bakal Penebus Geliga ASLI yang tidak mengira dengan siapa mereka berurusan, supaya mendapat gambaran yang terperinci dan Jelas...Alhamdulillah....Rahsia Alam yang Tiada Rahsia Jika Nyata....Renungkanlah...
Geliga yang cukup Tua ini memiliki Lekukkan pada Permukaannya, Sedangkan Silica Gel Memiliki Permukaan yang Licin....
Bahagian Lekuk yang terdapat juga tidak sekata lekukkannya pada Permukaan Geliga yang Separa Tua ini...Geliga Lipan Asli Juga memiliki rasa gigitan yang menjalar pada Jari yang memegangnya.....

Perbezaan yang Nyata dari Segi Warna dan Seri yang terdapat pada Geliga Asli juga amat berbeza jika dibandingkan dengan Silica Gel....


Berkilau..Ada juga geliga yang mengerutu pada permukaannya akibat Bisa lipan yang meliputi permukaanya..Jika yang mengerutu ianya adalah dari jenis Telur ataupun yang terjadi dari Likatan Bisa Air Liur Lipan itu Sendiri...Walau bagaimana pun ini adalah Perkara semula-jadi yang tidak dapat diuraikan oleh manusia oleh kerana ianya adalah Kehendak ALLAH yang MAHA Menjadikan..maka..kita sebagai Hambanya perlulah merenungi dengan rasa penuh ketaqwaan kita kepada ALLAH...

Walaupun ciri-ciri saiz pada Silica Gel dengan Geliga Asli adalah hampir sama...ianya tetap tidak Serupa kerana Geliga Yang Asli memiliki Ciri-Ciri sifat Semulajadi yang tidak dapat ditiru oleh manusia..ini kerana Geliga yang asli adalah Ciptaan ALLAH, manakala Silica Gel adalah Buatan Manusia...Perbezaan yang paling jelas dapat dilihat adalah dari dalaman Geliga itu sendiri, Silica Gel Memiliki buih yang dapat dikenal pasti dan jika buih dalaman Geliga yang asli juga terjadi tidak Serupa dengan Geliga yang dibuat manusia, iaitu Geliga yang dibuat..sebagaimana Tukang yang membuat Arca dari Kaca..Jika Berbuih..pasti ada kesan pembakaran yang tidak serata..jika Geliga Asli..Keseluruhan dalaman akan menjadi Serata dan Sekata...Ibarat..Sehati Sejiwa, Berkata-kata dengan AsasNya, dapat dilihat dengan mata kepala..Bukan hanya Omongan cerita tanpa Bukti yang Nyata...Subhanallah...
Pengasas Berharap..dengan Ilham Allah serta Kudrat KurniaanNya pada Hambanya yang mencari Kebenaran..Pengasas Bermohon kepada Allah..Dengan IzinNya...Paparan ini dapat membantu kepada yang memiliki dan yang baru memiliki atau yang masih mencari, agar dapat Geliga Yang Asli dan Bukan Hanya bercerita-ceriti..agar jangan tertipu dek hawa nafsu Diri...Wassalam...