DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, November 6, 2009

PENJELASAN TENTANG GELIGA LIPAN

Assalamualaikum Para Peminat dan Sahabat yang Dikasihi Allah, ini adalah Mengenai Posting Pengasas Mengenai Isu Pengenalan dan Perbezaan mengenai Geliga Lipan Asli dengan yang Palsu. Posting yang dibuat sebelum ini adalah dari Permintaan Penebus dan Juga Pemilik Geliga Lipan dari Blog Rahsia Alam dan juga dari Bloggers yang memiliki Geliga Lipan Sendiri, yang mahu Pengasas Membuat Perbandingan Secara Detail dari Segi Pengamatan Nyata dari segi Rupa Bentuk Fizikal. Manakala Tentang MistikNya Pula Para Penebus dan Bloggers yang lain Lebih memahami akan tentang Geliga Lipan Tersebut dan Berserah Pada Allah akan PerihalNya.

Penebus dan Para Bloggers yang memiliki Geliga Lipan meminta agar Pengasas Membuat penilaian dan Perbandingan tersebut atas dasar Ilmu dan Pengetahuan. Ini adalah kerana, Blog Rahsia Alam sering membuat Penjelasan tentang sesuatu secara detail (Menurut kata Mereka) sedangkan Pengasas merasakan suatu Ilmu tersebut haruslah dikongsi Bersama. Ianya juga adalah dari kesinambungan dari komentar-komentar dari Serata DUNIA yang terdapat di KARIMON'S Blog dimana ramai Bloggers dan Pemilik Geliga Lipan yang sering bertukar-tukar Pendapat dan Ilmu yang dimiliki baik dari segi Keaslian dan Keampuhan tentang Perihal Geliga Lipan MAUPUN Pengetahuan Tentang Geliga Yang PALSU..

Maka dengan itu, pengasas hanya mencatat serta memaparkan dengan secara detail dari segi Fizikal dan Fakta Sains sahaja, tidak melalui Secara Mistik. Ini kerana Bahagian yang Ghaib serta bermistik adalah Milik ALLAH..Walau bagaimana pun..catatan dan perolehan tentang Maklumat geliga ini tidaklah dipengaruhi mana-mana Blogger yang cuba memaparkan tentang Kesahihannya apatah lagi saling membuat catatan itu dan ini...Jika apa yang cuba Pengasas utarakan demi kebaikan bersama dan, jika ianya disalah fahamkan akan Maksudnya...maka..Pengasas tidak menyalahkan sesiapa jua disebabkannya. Malah, Pengasas berasa telah menjalankan Tanggung-jawab pengasas sebagai Pencari Kebenaran Akan Tentang Sesuatu Ciptaan Kejadian dan Keajaiban Kerana Allah Mengikut Kemampuan yang DiKurniakan kepada Pengasas BLOG RAHSIA ALAM... InsyaAllah.. Pengasas akan tetap Mencari Kebenaran tentang Sesuatu untuk Renungan Bersama, walaupun dibenci Dek Manusia..Kerana Pengasas Lebih Khuatir jika ianya DiBenci Oleh ALLAH jika ianya Dusta semata.... Pengasas Hanya Mencari Keredhaan Yang MAHA Kuasa..Wassalam....
Paparan Geliga Lipan ASLI...dari Blog Rahsia Alam....