DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, November 23, 2009

(Microscope) Blog Rahsia Alam

Pengasas telah mendapatkan Microscope ini untuk tujuan melihat sesuatu barangan dari jenis teras kayu/batu dan sebagainya untuk dibuat perbandingan urat atau alis rona kayu dan sebagainya untuk pengetahuan mengenai sesuatu Barangan. Pengasas tidak mahu membuat kenyataan jika ada sesuatu yang tidak dikenali dibuat pemberitahuan kepada Para Peminat Blog Rahsia Alam tentangnya. Ini adalah sebahagian dari usaha Pengasas untuk berkongsi akan sesuatu dalam membuat pernilaian melalui Penglihatan Mikro bersama-sama Para Peminat.
Sebahagian dari Teras Kayu yang telah dibuat Ujian Rona dan Alur Kayu untuk dikenalpasti jenis dan kepadatan sesuatu teras kayu yang dihidangkan kepada para peminat sebagai tatapan dan renungan. Melalui Mikroskop ini juga, Geliga-Geliga juga dapat dikenal pasti jika sesuatu Geliga yang dipaparkan adalah Asli ataupun Palsu. Pada Pendapat Pengasas Blog, Jika sesuatu yang hanya diGembar-Gemburkan akan keasliannya, maka dengan adanya Mikroskop ini, ia dapat membantu para peminat melihatnya dengan lebih mendalam lagi berteraskan pengetahuan Sains dan logik Akal. Jika sesuatu yang Bermistik dan Ghaib,..maka hendaklah kita bersama merenungi Kuasa Allah yang Mutlak serta janganlah dipersoalkan akan sesuatu yang telah Allah Jadikan, dimana ianya tidak dapat dicapai oleh Hukum Akal Manusia. Oleh itu Kita juga dianugerahkan dengan Akal yang Beriman kepadaNya..maka faham-faham sendiri ler..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu'Akhbar