DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, November 9, 2009

Geliga Embun (Bujur Titisan Air) Perhatian Untuk Ditebus

Ini adalah Koleksi Geliga Embun atau Geliga Air milik Pengasas dan ianya Memiliki Khasiat Perubatan dan jika Para pengemar Geliga Embun Asli meminatinya dan Ingin Menebusnya dengan Nilai Mahar yang berpatutan, sila email kepada Pengasas... waliqudus@yahoo.com
Geliga ini tidak halimunan didalam Air...tetapi Geliga ini lebih jernih daripada Air...

Air Wap sejuk yang terhasil dari dalam botol ini adalah dari Air Zam-Zam yang didalamnya terdapat Geliga tersebut...hasil wap ini terjadi dalam masa 15-30 minit selepas Geliga tersebut dimasukkan kedalam Botol. Hasil wap permulaan terjadi adalah dalam bentuk wap yang halus-halus dan wapnya didapati sehingga diluar botol ini jika Suhu dalaman dan persekitaranya bersesuaian...InsyaAllah...

Aura Sejuknya dapat dirasai mengalir jika menggengam Geliga ini....InsyaAllah....