DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, November 26, 2009

Batu Permata lip-lap-lip-lap..Gelap Bijik Mater wehh..

Melihatkan gemerlipan cahaya yang dipantulkan dari Batu ini menunjukkan bahawasanya, ia adalah Batu Permata yang memiliki Nilai Peribadi SiPemakainya...Nilai Maharnya Juga kalau tersilap....Tergadai Peribadinya ..tetapi jangan tertiarap lah pula jika mendengarkan Nilai Maharnya...batu permata lip-lap-lip-lap ini mampu mengelapkan biji mata apabila melihatnya...Pengasas pun tergoda..tetapi apakan daya,....poket dah celus la pula untuk memilikinya...
Kepaduan dan tahap kekerasan pada batu dapat diramal jika memegangnya.....bukan sebarangan batu....ini batu permata...bukan batu bukit atau batu gunung....teknologi potongannya juga tidak terdapat pada dunia kita..lihat sahaja dah tau dah..ini bukan batu canaian dari daerah pantai timur....canaian batu ini dibuat dimana Allah lebih mengetahuinya dari mana,siapa dan mengapa.....Pengasas hanya tahu Roti Canai jer....

Batu ini adalah Milik Seorang Sahabat (En. Hata @ 013-665-2435)...sila hubungi terus kepada Beliau jika Berminat, Pengasas hanya mengunjurkan sahaja, kerana bukan dapat apa-apa imbuhan darinya, tetapi Pengasas dapat habuan dari Allah kerana bersilaturahim sesama manusia....Alhamdulillah....