DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, November 29, 2009

Batu Zamrud Asli (Colombia)

Batu Permata Zamrud Asli dari Colombia ini seberat 3ct yang memiliki Air yang begitu jernih. Urat-urat halus batu permata ini juga dapat dilihat...Permata Zamrus Asli ini adalah untuk dimaharkan. Sila email kepada waliqudus@yahoo.com untuk pertanyaan dan urusan tebus Mahar...

Raja Kayu Putih Tempahan Sahabat

Potongan Raja Kayu Putih ini telah dipasak dengan kayu Teras Kelor/Gemunggal di bahagian Tengahnya yang berwarna Hitam....
Dua Butir Permata Raja Kayu Putih/Bujang Kalak/KeyChain dan Potongan Asli ini telah ditempah dan ditebus dengan Satu Mahar....Tempahan Terbuka buat Para Peminat teras kayu dari Jenis Raja Kayu Putih....email kepada waliqudus@yahoo.com untuk pertanyaan..InsyaAllah

Keris dan Pedang Kayu

Ini adalah Keris dan Pedang Kayu yang masih didalam proses pengilatan....InsyaAllah..
Keris Kayu ini agaknya telah lama berada dalam simpanan seorang sahabat dimana beliau telah menghantar kepada pengasas untuk digosok dan polish secara penggunaan Gosokkan tangan...InsyaAllah, buat sahabat yang menghantarnya,...sabarrrr....hampir nak siap...nanti dah boleh ambil....

Asal tukang yang membuatnya tidaklah diketahui oleh Pengasas, tetapi dari penelitian terhadap seninya..Keris ini telah dibentuk 100% dengan tangan oleh situkang yang menukangnya...

Pedang Kayu Usang

Pedang Kayu ini adalah milik seorang sahabat yang sebelum ini telah patah dua bahagian, yang rumitnya macam mana nak sambung balik disebabkan kayu ini adalah jenis lembut dan telah berumur lanjut pula...walau bagaimana pun...Alhamdulillah, ianya berjaya juga dibaik-pulih, Pasakkan dari dalam telah dibuat dengan menggunakan pasak kayu teras -ke- kayu teras bahagian tengah dalaman pedang ini. Amat menyulitkan ketika penyambungan dibuat. Jika tersalah sambung, alignmentnya tidak selari dengan mata pedang Usang ini...Syukur Alhamdulillah..Allah juaLah yang telah mengilhamkan kepada Pengasas bagaimanakah ianya harus dibuat untuk mengembalikan Pedang Kayu Usang ini kepada keadaan asal..
Jika dilihat sedari jauh..sambungan tidak kelihatan...

Pemerhatian dari dekat...kesan penyambungan dapat dilihat...tetapi jika cara gosokkan padanya dibuat dengan lebih halus...maka sambungan ini ..InsyaAllah tidak akan kelihatan..Pedang Kayu Usang ini masih didalam Proses Membaik-Pulih...InsyaAllah, ianya akan dipolish kilat hanya dengan gosokkan Kertas Pasir yang paling Halus..


Kayu Penunduk Hitam & Putih (Saiz Kecil)

Ini adalah kayu penunduk hitam dan putih yang bersaiz kecil ditempah oleh seorang sahabatKayu Penunduk ini diperolehi dari Tanah Semenanjung serta memiliki Bau....Gred yang baik untuk dibuat berubat....berubat cara yang macam mana...tak tahu la pula akan tujuannya...

Buluh Betong...Buluh Tumpat

Buluh ini diperolehi oleh seorang sahabat dari dalam hutan dimana beliau telah mendapatkannya dari Rumpun Buluh yang biasa...tetapi beliau telah mengambil buluh ini kerana didapati buluh ini memiliki ruas-ruas dalaman yang hampir Tumpat serta ianya tidak kelihatan dalam keadaan yang lurus...nak kata pelik...taklah pelik sangat..tetapi...ni lah dia...
Tidak seperti dalam keadaan yang didapati pada buluh-buluh yang lain dalam simpanan Pengasas Blog, Buluh ini didapati masih Hijau dan masih Basah lagi...

Tongkat Raja Kayu Putih (Milik Peribadi)

Tongkat Raja Kayu Putih ini adalah Milik Pengasas dimana kulitnya telah disiat dan digosok, hanya sebahagian sahaja yang digosok dan disiat...bahagian yang telah disiat kulitnya, ..bahagian tersebut seolah-olah berkilat dan membalikkan cahaya yang mengenainya...Subhanallah...
Salah Seorang Guru kepada pengasas akan cuba mendapatkan beberapa batang lagi Raja Kayu Putih ini, InsyaAllah....ianya untuk memenuhi permintaan para Peminat Blog Rahsia Alam yang telah menempah dalam bentuk Tongkat Asli yang masih memiliki Kulit,...Pengasas Harap Para Peminat dapat bersabar oleh kerana ianya amat jarang dan susah diperolehi...InsyaAllah, apabila ianya telah ada dalam Simpanan, Pengasas akan menghubungi Para Peminat yang telah menempahnya sedari awal lagi...InsyaAllah...

Tongkat Raja Kayu Putih (Tempahan Sahabat)

Raja Kayu Putih ini telah ditempah oleh Seorang Sahabat yang telah lama menunggu kayu dari jenis ini...Maklumlah, jenis Kayu yang payah nak diperolehi...Alhamdulillah....
Kulit Raja Kayu Putih ini tidak disiat oleh kerana ianya telah ditempah dalam keadaan yang Asli,..Entah la...kata Penebusnya, Kulitnya amat berguna jika dibuat Serbuk untuk Penawar Penyakit Kulit...Wallahu...Mungkin Benar....ini kerana, jika kulit yang masih Lembut dan masih memiliki Banirnya, ianya amat Berkesan untuk penawar Penyakit...InsyaAllah...

Thursday, November 26, 2009

Geliga Air.....Blog Rahsia Alam

Pada Paparan sebelum ini, batu geliga ini pernah ditebus dan pengasas telah menebusnya kembali setelah mendapat pasangannya...(Sayang wooo)...
Bahagian dalaman Batu Geliga Air ini didapati seperti ada Air yang begitu Jernih dan memiliki Sifat sejuk....Khasiat untuk Perubatan yang ......InsyaAllah....begitu Ampuh...

Batu ini telah diabadikan secara berpasangan didalam Bekas Kotak Perak ini.....


Batu Geliga Air ini juga Pengasas kadang-kala merendamnya didalam Air Zam-Zam untuk kegunaan sendiri, bila berkata bab Geliga air, ramai yang menyangka geliga tersebut akan hilang didalam Air...Bukan Semua geliga dari asas Air yang begitu, Istimewanya Batu Geliga ini adalah...jika direndam didalam Air, batu ini lebih menyerlah oleh disebabkan Batu Geliga ini Lebih Jernih dari Air,..Jika Merendamnya, Batu ini kelihatan bercahaya gilapan silau Air darinya...Subhanallah...Tidak Ramai pengumpul yang memiliki dalam Berpasangan dan yang memiliki Bentuk Sempurna seperti Titisan Air.....Jika ada yang ingin memilikinya untuk Tujuan Perubatan, Pengasas akan melepaskannya jika ianya lebih diperlukan oleh orang lain...kalau tak...Batu ni memang Pengasas nak Simpan buat Harta turunan....Mana nak dapat lagi...yang sebegini...email ke waliqudus@yahoo.com

Batu Permata Geliga dan Ibu Batu (Telah Ditebus)

Batu ini Berwarna seperti Batu Delima Retak Seribu
Batu ini Pula Berurat-urat didalamnya....


Permata Jenis Ibu Batu dan Geliga Batu ini telah diBooking oleh Seorang Sahabat yang menjadikannya Sebagai Hiasan Perkahwinan Beliau Nanti....InsyaAllah.....Alhamdulillah....Raja Sehari la katakan...Tetapi boleh dipakai sebanyak 4 kali....heheheheh..so Raja 4 hari la.....kehkehkeh...tu kawin 4 daaa.....

Batu ini Paling Sesuai dibuat Loket oleh Kerana Saiznya yang Besar, Jika dibuat Cincin ...mak..aiii....Ni Bomoh mana datang lak ni.....kayangan kerrrr.....hehheheheh

Geliga Lipan Asli

Batu Geliga Lipan ini Telah Ditebus Oleh Seorang Sahabat....
Batu Geliga ini Pengasas telah mendapatkannya dari Blog GeligaGeliga.Blogspot.com dari Saudara Joe@Hata., Batu Geliga ini adalah 1000000000000% Asli dan bukannya Silica gel atau kacang bukit jerai/ledang/-apa-apa bukit lah, maupun biji mata ikan sadin dan jangan sangkakan ianya biji lada hitam yang dicanai menjadi batu geliga...Allahu...Dialah yang Tahu..Ini Geliga yang bermutu....mutu maniam-mutu manikam dan putu mayam.....

Pengasas Blog Rahsia Alam juga pernah memaparkan Batu Geliga Ular-Batu Geliga Labah-Labah-Batu Geliga Senduduk Putih - Batu Delima Buah dan berbagai Batu Geliga, Batu-batu geliga ini pengasas memperolehinya dari Saudara Hata, Beliau pula memperolehinya dari bapa Mertuanya yang tinggal di Kelantan dimana Bapa mertuanya amat dikenali disana sebagai Pemburu Ular dan kerja hutan Serta berpengalaman dalam perkara-perkara Mistik dan Juga yang Semulajadi.
Contoh: Geliga Labah-Labah....Batu tersebut didapati melekat pada Sarang Labah-Labah didalam Hutan, Batu Tersebut AMAT RARE dan memiliki Aura Jalaran seperti Labah-Labah merayap dan juga ada rasa Renjatan jika memegangnya,..dan ianya (telah ditebus oleh seorang Sahabat)...Takkan lah Orang Tua yang kehidupannya Serba Kurang dan jenis orang yang tak Lupa pada Syariat Allah hendak Menipu dalam mencari Rezki untuk Kluarganya...Banyak lagi yang Pengasas dapat melaluinya bab Geliga-Geliga ni...dan ada juga dari orang yang lain yang sememangnya mahir bab Batu Geliga....


Batu Permata lip-lap-lip-lap..Gelap Bijik Mater wehh..

Melihatkan gemerlipan cahaya yang dipantulkan dari Batu ini menunjukkan bahawasanya, ia adalah Batu Permata yang memiliki Nilai Peribadi SiPemakainya...Nilai Maharnya Juga kalau tersilap....Tergadai Peribadinya ..tetapi jangan tertiarap lah pula jika mendengarkan Nilai Maharnya...batu permata lip-lap-lip-lap ini mampu mengelapkan biji mata apabila melihatnya...Pengasas pun tergoda..tetapi apakan daya,....poket dah celus la pula untuk memilikinya...
Kepaduan dan tahap kekerasan pada batu dapat diramal jika memegangnya.....bukan sebarangan batu....ini batu permata...bukan batu bukit atau batu gunung....teknologi potongannya juga tidak terdapat pada dunia kita..lihat sahaja dah tau dah..ini bukan batu canaian dari daerah pantai timur....canaian batu ini dibuat dimana Allah lebih mengetahuinya dari mana,siapa dan mengapa.....Pengasas hanya tahu Roti Canai jer....

Batu ini adalah Milik Seorang Sahabat (En. Hata @ 013-665-2435)...sila hubungi terus kepada Beliau jika Berminat, Pengasas hanya mengunjurkan sahaja, kerana bukan dapat apa-apa imbuhan darinya, tetapi Pengasas dapat habuan dari Allah kerana bersilaturahim sesama manusia....Alhamdulillah....

Wednesday, November 25, 2009

Batu Geliga Bumi

Batu Geliga ini jika dilihat secara teliti, ada gambaran sesuatu pada permukaan batu yang semulajadi terjadi dengan kehendak Allah...
Berbagai tanggapan sesiapa sahaja yang memegang Batu Geliga ini. Walau bagaimana pun Batu ini adalah Paparan sahaja untuk ditujukan kepada Seorang lagi Sahabat yang berminat untuk memilikinya..


Batu Geliga Bumi ini memiliki Sifat Sejuk dan ada pendapat mengatakannya...Ini adalah Geliga Bertuah....Jika Sesiapa yang ingin Memilikinya, Boleh Berurusan secara Terus dengan Pemilik asalnya iaitu Saudara Hata @ 0136652435...Telipon jer terus.....Mahar yang diunjurkan oleh Beliau adalah Paling Cekai RM5,000.00....pandai-pandailah berurusan dengan Beliau jika berminat..InsyaAllah...Beliau senang dibawa berunding...

Batu Geliga Rumpai....Hidup batu ni....

Batu Geliga Rumpai ini telah ditebus oleh Pengasas dari Blog geligageliga.blogspot.com iaitu dari Saudara Joe dan juga Saudara Hata disebabkan Keaslian dan Khasiat Semulajadi yang terdapat pada Batu Geliga ini. Sebahagian Batu Geliga dalam Blog Rahsia Alam telah diperolehi daripada Beliau (Hata&Joe) oleh disebabkan batu yang diperolehi adalah yang diperolehi dari Alam Nyata dan Juga dari Alam yang tidak Nyata dek mata manusia.....
Tumbuhan Rumpai dari dalam batu ini Hidup dan berubah-ubah keadaan mengikut Pemakainya..Tetapi kenapa Pengasas Blog Rahsia Alam Menebusnya...Ini kerana batu Geliga ini memiliki Keunikan yang tidak terdapat pada batu geliga yang lain...bahkan saudara (Joe&Hata) juga hanya menyedarinya apabila batu ini telah berpindah milik...Uniknya....Batu ini juga berubah-ubah bentuknya...Subhanallah....

Paparan Makro tahap rendah ini memaparkan ada gambaran sesuatu dari permukaan batu geliga ini....Batu Geliga ni kalau sesiapa nak Tebus...Fikir Sendirilah akan nilai Maharnya...

Email kepada waliqudus@yahoo.com jika berminat untuk dibuat pemakaian diri atau dalam bidang perubatan.....InsyaAllah....

Delima Buah Asli

Ini adalah Batu Delima Buah yang dilihat melalui mikroskop tahap rendah, jika nak dilihat secara lebih halus lagi....rasanya tak nampak apa pun cuma nampak zarah batu jer la.....
Delima Buah yang asli jika ingin diuji akan keasliannya, cara yang paling mudah adalah dengan merendam didalam air, Batu Delima Buah yang asli pasti akan berubah warnanya jika direndam dan jika di keluarkan kembali warna aslinya akan kembali seperti Asal...InsyaAllah, Jika yang tidak Asli, Warna pada Batu tersebut tidak akan bertindak balas...

Batu Delima Buah yang Asli adalah tidak besar....saiznya rata-rata sebesar kacang hijau yang dimasak untuk buat bubur...(Jangan masak Batu Delima ni buat bubur udah la...)


Ini adalah pandangan keseluruhan....Jika Berminat sila email kepada waliqudus@yahoo.com

Tuesday, November 24, 2009

Paparan Sebenar Salah Satu Dari Khasiat Raja Kayu Putih

Sewaktu Pengasas sedang dalam proses membuat potongan Teras Raja Kayu Putih ini, Jari pengasas telah terluka akibat terkena pisau. Darah mengalir dengan tiada henti menitik diatas lantai, lalu terfikir sejenak akan pesanan orang-orang lama . ada sepotong Raja Kayu Putih yang telah dipotong oleh Pengasas berada disebelah tempat membuat kerja-kerja kayu, dan tanpa berfikir lama...apa lagi, pengasas telah mengambil serta menekapkan potongan kayu tersebut pada tempat yang luka sambil berselawat,..Subhanallah,..dengan izinnya, darah yang mengalir terus Kering dan seolah bercantum kembali..rasa bisa pun tiada. Tidak seperti kebiasaannya jika terluka pasti ada rasa bisanya...Alhamdulillah...ini adalah salah satu Khasiat yang dimiliki oleh Raja Kayu Putih....Menahan Darah dan Menarik Bisa....ni real niii...bukan CoBAAN.....dan....Alhamdulillah...Bukti Khasiatnya dengan Izin Allah..didepan mata...inilah Buktinya...

Luka yang agak dalam dan telah Kering disedut oleh si Dracula Raja Kayu Putih...(Nasib baik aku tak bertukar menjadi Raja Kayu Putih akibat tekapan kayu tersebut....heheheheh)

Kesan darah pada teras Raja Kayu Putih menunjukkan ianya seolah menyedut darah dan mengeringkannya serta menarik bisa pada tempat yang terluka...ini adalah paparan yang sebenar, tidak lah pula pengasas melukakan diri sendiri dek kerana nak bagi teras kayu ni laku...Subhanallah, ini lah yang terjadi dan secara kebetulan ianya adalah Benar dan Bukan Hanya Rekaan melalui cerita sahaja dengan tanpa Bukti yang Kukuh...Inilah Kuasa ALLAH yang mengizinkan akan sesuatu yang diJadikanNya untuk dibuktikan secara nyata buat Tatapan dan Renungan Para Peminat semua....Maka Benarlah Janji ALLAH.....


Teras Pembisa

Permata ini adalah Tempahan Peminat...Rona-Rona Bintik Bisa yang Halus hanya dapat dilihat dari jarak Dekat....
Ini adalah Permata yang seakan paparan yang diatas....ini adalah Nibung Batu Tunggal...Saiz Pokoknya paling besar adalah sebesar Ibu Jari Tangan....(Tempahan Terbuka...email kepada waliqudus@yahoo.com)

KeyChain Raja Kayu Putih (Potongan Asli) Tempahan Peminat

Keychain ini adalah dari potongan asli Raja Kayu putih. Cahaya yang menembusinya adalah suluhan dari lampu torch-light jenama Police...jika mengunakan cahaya Laser Merah, Cahayanya mampu menembusi potongan kayu yang lebih tebal....Subhanallah...
Potongan kayu yang agak tebal pun masih dapat ditembusi cahaya...





KeyChain potongan Asli ini adalah tempahan para peminat yang telah menempahnya seawal paparan tentang Raja Kayu Putih ini dipaparkan oleh Blog Rahsia Alam...


Ini adalah sebahagian keychain yang ditempah oleh para peminat dimana sebahagiannya lagi masih dalam proses pembuatan...Sila email kepada Pengasas untuk Tempahan Awal...InsyaAllah, ianya cukup untuk Para Peminat...email kepada waliqudus@yahoo.com