DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, October 25, 2009

GELIGA LIPAN BARA (KHASIAT ALAMI) (Sold Out)

Ini adalah Koleksi terbaru Blog Rahsia Alam iaitu Geliga Jenis LIPAN BARA,..Koleksi ini baru didapati dan ditebus oleh Pengasas dari Seorang sahabat yang mendapatkannya dari Bapa Mertua Beliau. Pengasas sememangnya selalu mendapatkan jenis Geliga yang bersifat alami yang beliau dapati sewaktu Pergi kedalam Hutan untuk Mencari Ular yang dijadikan sebagai salah satu mata Pencarian. Agaknya, telah menjadi ketentuan bila bertemu secara kebetulan dengan Sarang Lipan Bara ini. Salah satu Geliga yang agak Kekuningan ini didalam Proses penuaan untuk menjadi Seperti warna merah Susu. Manakala Sepasang Geliga yang agak Coklat ini adalah induknya. Bekas gigitan terdapat pada geliga dari Lipan Bara itu sendiri agak dalam berlekuk dapat dilihat dengan mata kasar.


Warna Geliga Lipan Bara yang Matang ini Menunjukkan bahawa ianya adalah Jenis RARE. Pengasas memegangnya sampai rasa nak terlepas akibat Aura renjatannya yang begitu Kuat. Apakah yang dikatakan Telus Pandang???..Telus pandang yang dimaksudkan, bukanlah dapat menembusi Dinding, ramai yang tidak Faham tentang apa yang dimaksudkan dengan Telus Pandang. Telus Pandang yang dimaksudkan adalah Imbasan ataupun Ilham dari Allah kepada seseorang yang memiliki Pengetahuan dalam Penggunaan Geliga Lipan sebagai Asbabnya untuk Melihat Sesuatu yang tidak dapat dilihat..

Pasangan Geliga Lipan Bara ini yang memiliki Bekas Gigitan menunjukkan bahawa ianya selalu dibawa kesana kemari oleh siLipan Bara tersebut...
Sila Email Kepada Pengasas jika ingin Menebusnya...InsyaAllah, Mahar Yang ditawarkan adalah tawaran dari bakal Penebus yang ingin memilikinya...Cuma janganlah memberi tawaran yang tidak Logik pula...