DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Wednesday, October 28, 2009

Geliga Lipan Matang (Merah Kehitaman)

Kebanyakkan Pemburu Geliga Lipan Mencari Geliga dari Jenis ini dimana mereka sanggup menebusnya dengan Nilai Mahar yang begitu Tinggi sehinggakan mencecah Puluhan Juta Ringgit kerana dek Khasiatnya yang mampu telus pandang...telus pandang adalah istilah buat pada yang memiliki Ilmu dengan menggunakannya..
Istilah Telus Pandang adalah imbasan pada sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh penglihatan nyata dan ianya dapat ditembusi melalui seseorang yang memiliki Ilmu tersebut, tetapi jika terlalu kerap mengunakannya untuk Tujuan salah, maka geliga tersebut akan Pecah dek kerana Pengunaan keterlaluan....

Pasangan Geliga ini adalah dari Jenis Air Liur Bisa lipan yang terjadi dan terdapat dua jenis Geliga Lipan, Pertama adalah dari Jenis Telur dimana asal telur tersebut adalah Jerneh dan jika penjagaannya betul, maka Geliga Telur tersebut mampu berubah warna kepada warna Merah Kundang Merah Susu. Bekas gigitannya pada Geliga Telur tersebut tidak dalam Jika ianya adalah dari jenis Geliga Air Liur Bisa, warna asalnya adalah Kuning Coklat dan didalamnya memiliki buih seperti Bubble serta bekas gigitan pada geliga tersebut dapat dilihat dengan mata kasar serta berlekuk...Itu yang paling best.....


Syiling Dua Kalimah Syahadah (Telah Ditebus)

Syiling ini telah dikenal pasti ASLI dan ianya untuk dimaharkan...Pengasas mendapatnya melalui salah seorang Guru dalam Ilmu Allah........

Sila Email kepada Pengasas jika Berminat waliqudus@yahoo.com

Kunyit Munyit....(Tunggu...Kunyit Hitam)

Dalam Paparan ini, Kunyit ini adalah dari Jenis IBU KUNYIT..tetapi Bukan Kunyit Hitam...Kunyit Hitam, Pengasas masih mencari dan menunggu seorang sahabat untuk mendapatkannya dari Pemilik yang payah sangat bila nak berjumpa...kene kejor ke dia yeop...InsyaAllah..ada rezki..ada la.....

Geliga Lipan (Geliga Jenis Telur) Untuk Dimaharkan...(Mahar mampu Milik)




Alhamdulillah, atas permintaan para peminat yang meng-email pengasas untuk mendapatkan Geliga Jenis Lipan, pengasas telah pergi ke beberapa Tempat (Ibarat masuk kampung Keluar Kampung) untuk mendapatkan beberapa Butir Geliga ini..Pengasas hanya berjaya mendapatkan 4 Butir sahaja dimana permintaan adalah untuk dipasak kedalam Permata Teras Kayu, Maklumlah, Geliga lipan ni amat Kecil dan tidak boleh diIkat terus pada Cincin...


Dapat hanya ini sahaja untuk Para Peminat, ini kerana setelah membuat beberapa Permata Khas yang ditempah sebelum ini, para penebusnya dapat merasakan aura serta Khasiat dari Geliga Lipan Sebelum ini...Alhamdulillah..Permata yang dipasak adalah dari Permata yang dibuat Khas serta memiliki Ruang Perumah dalam Permata Kayu Tersebut.mengikut petua, ini adalah kerana Geliga Lipan memerlukan Ruangan Udara untuk Terus mengekalkan Khasiatnya..Jika tersilap Pasak geliga lipan ini, Pemakainya tidak dapat Merasakan Aura Denyutannya...



Pada asal Geliga ini adalah berwarna Cerah Lutsinar dan kemudian bertukar warna merah Kundang dan Geliga Jenis ini adalah dari Jenis Telur Geliga, manakala jika yang berwarna Coklat ianya akan beransur bertukar menjadi Merah Kehitaman...Nasib baik tak bertukar menjadi Gaban....Hehehe..Sila Buat Tempahan Email kepada waliqudus@yahoo.com...InsyaAllah...Mahar nya Mampu Milik...tak la beratus ribu beb....yang beratus ribu tu yang warna Hitam.....




Delima Buah (Tunggal) untuk dimaharkan

Masih didalam Proses Penuaan apabila dilihat pada warna Batu Delima Buah ini,..Yang pelik..jika dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk, aura berdenyutnya terasa..wallahu...Macam mana tu....
Saiznya yang besar sedikit dari Geliga Lipan.....Batu Delima Buah ini diamanahkan oleh Seorang sahabat yang ingin Memaharkanya...sila rujuk kepada Pengasas Blog untuk Maharnya... waliqudus@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

Gabungan Permata Teras Kelor dan Teras Kemuning Hitam

Ini adalah gabungan Kayu Teras Kelor dan Teras Kemuning Hitan yang diabadikan didalam satu Permata, Khasiatnya adalah Penawar serta Pendinding dan juga yang hebat diperkatakan oleh Pengemar teras kayu jenis ini oleh para peminatnya...Alhamdulillah....
Bahagian tengah adalah teras Kelor yang diapit oleh teras kemuning hitam dikiri dan kanan.....InsyaAllah, pengasas akan membuat permata jenis Teras Kayu Penunduk dari jenis hitam/putih/kuning serta Tas Jantan dan Tas Betina, manakala Raja Kayu Putih juga akan digabungkan sekali...InsyaAllah..

Permata-Permata-Permata-Permata

Ini adalah sebahagian Permata siap yang telah ditempah para sahabat (Tempahan dalam satu Hari).....Alhamdulillah....Siap jugak Yeop....
Pelbagai Permata teras Pembisa untuk Para Peminat....(Ada Lagi yang tak masuk dalam Paparan pasal masih lagi dalam Proses Pembuatan)

Tempahan 3 Permata Pembisa Satu Mahar

Permata-Permata Pembisa ini juga termasuk dalam Tempahan 3 Permata dalam Satu Mahar...Talak Lugi Looo.......mana tau dapat buyang kalak wooo....
Pembisa jenis ini juga termasuk dalam tempahan....Para Peminat akan diberi beberapa teras Permata jika menempah 3 Permata dalam satu mahar...InsyaAllah..Para Peminat tidak akan terasa atau merasa RUGI apabila menempah permata teras kayu Berkhasiat dari BOLG RAHSIA ALAM...INSYAALLAH....

Tempahan Kalak Kundang

Inilah Permata Si Kalak Kundang,....Cantik dan Berbisa, Jika memakainya Pasti Terasa. Ramai yang menebusnya telah bercerita mengenainya kepada Pengasas tentang Kalak Kundang ini...Huiyoooo....
Rona Bintik yang selari dan sejajar....(Terbuka untuk Tempahan 3 permata dalam satu Mahar bersama Hadiah Iringan) email kepada waliqudus@yahoo.com

Teras Pembisa.....Apa Dia ni???

Inilah Larikkan dari Jenis Pembisa Rona Bintik Halus, Kena pakai Kanta Pembesar untuk melihat Rona Bintik Halus padanya...Tusukkan Bisanya juga seperti Teras Nibung Yang Paling Berbisa seperti IBOL Hitam/Ibor Merah/Ibor Kuning/(Kalak Kundang dan Kalak Kuning adalah Spesis Nibung Tunggal Raja Merah dan Raja Kuning)....

Permata Teras Bertam

Ini adalah Larikkan Kayu Teras Sulur Bertam yang diabadikan dalam Bentuk Permata....

Permata Teras Nibung Tunggal Raja Merah

Ini adalah Teras Nibung Tunggal Raja Merah,..Teras Nibung ada berbagai Spesis. Untuk mengenalnya adalah melalui warna. Ada juga memanggilnya Ibor merah/Ibo/Ibor. Teras Ibo terbahagi kepada dua Jenis. Ibo Merah dan Ibo Kuning...Kedua-dua jenis Nibung ini ada dalam Simpanan Blog Rahsia Alam.

Permata Teras Kemuning Pasir

Ini adalah Teras jenis kemuning pasir yang baru dilarikkan menjadi Permata...Alhamdulillah..Khasiatnya adalah kepada Perubatan, iaitu dari jenis Penawar...

Sunday, October 25, 2009

Persiapan Untuk Penebus Geliga Istimewa

Bekas yang berisi dengan Geliga-Geliga untuk dihantar kepada Penebus-Penebus dari Blog RAHSIA ALAM...Maklumlah tebus barang yang berkhasiat dan dijaga dengan sepenuh hati dari Pengasas....Kotak dari jenis Kayu Rosewood dan Kayu Jati untuk Simpanan Geliga-Geliga Berkhasiat...InsyaAllah, pengasas sentiasa mencari sesuatu buat para peminat dari yang terbaik dan yang termampu buat para Peminat semua...

Cincin Rahsia Alam (TRADE MARK) Pindah Milik????

Ini adalah Cincin Pengasas dari jenis Firus....Khasiatnya mampu Bertanya dan Menjawab..(Kalau tahu Pakai) sebab Sendiri tanya..sendiri yang jawab....ianya hanya Penyebab..InsyaAllah....Hanya pada yang ulul Albab....

Cincin Pengimbas (Milik Pengasas) Telah Pindah Milik (Ditebus)

Cincin ini yang memiliki Khasiat Pengimbas dan memiliki Renjatan seakan Mengelupur...Batu ini Hidup, Warna Tompokkan Hitam akan Terserlah Berkilat jika ada sesuatu Lintasan pada Pemakai yang menggunakannya..InsyaAllah (Pengasas dah Pakai Lama).....Saiz Cincinnya adalah bersaiz 15/16....Sila email jika Berminat untuk Pindah Milik.....
Permukaannya juga kelihatan kilat Berminyak dimana ianya adalah semulajadi....melihatnya sahaja..mmm......Lebih Berkhasiat dari Cincin Asbab Pemikat....

Buntat Geliga Ubi Untuk Dimaharkan (Telah Ditebus)

Geliga ini Memiliki Khasiat Ampuh Menawarkan Ilmu Kebal jika kena pada pemakainya..InsyaAllah..dari segi perubatan pula ianya adalah penawar....wallahu...
Geliga ini memiliki pusaran Teras Buntat seperti Mata......banyak lagi Khasiatnya yang tidak dapat Pengasas Nyatakan disini...email kepada Pengasas jika Berminat...waliqudus@yahoo.com

Geliga Raja Lipan Hutan (Dominan)

Geliga yang memiliki buih-buih didalamnya serta memiliki bekas gigitan yang begitu ketara pada permukaan kedua-dua Geliga ini. Geliga Jenis ini adalah yang terjadi dari Air Liur Bisa Raja Lipan Hutan ini..ada yang mengatakan Geliga Lipan adalah dari Telur Lipan itu Sendiri, Pada pengalaman saya Sendiri mengenai Geliga Lipan, memang ada dua jenis Geliga Lipan, pertama dari Telur dan Keduanya adalah dari Air Bisa Lipan. Rata-rata Geliga Lipan hanya dimiliki oleh Raja Lipan yang Dominan serta memiliki saiz yang Besar. Paling Kurang pun panjangnya adalah dalam 5-7 inci..

Geliga Dominan ini INSYAALLAH Memiliki Khasiat Telus Pandang jika Benar-benar mengetahui cara penggunaannya....Wallahu...

GELIGA LIPAN BARA (KHASIAT ALAMI) (Sold Out)

Ini adalah Koleksi terbaru Blog Rahsia Alam iaitu Geliga Jenis LIPAN BARA,..Koleksi ini baru didapati dan ditebus oleh Pengasas dari Seorang sahabat yang mendapatkannya dari Bapa Mertua Beliau. Pengasas sememangnya selalu mendapatkan jenis Geliga yang bersifat alami yang beliau dapati sewaktu Pergi kedalam Hutan untuk Mencari Ular yang dijadikan sebagai salah satu mata Pencarian. Agaknya, telah menjadi ketentuan bila bertemu secara kebetulan dengan Sarang Lipan Bara ini. Salah satu Geliga yang agak Kekuningan ini didalam Proses penuaan untuk menjadi Seperti warna merah Susu. Manakala Sepasang Geliga yang agak Coklat ini adalah induknya. Bekas gigitan terdapat pada geliga dari Lipan Bara itu sendiri agak dalam berlekuk dapat dilihat dengan mata kasar.


Warna Geliga Lipan Bara yang Matang ini Menunjukkan bahawa ianya adalah Jenis RARE. Pengasas memegangnya sampai rasa nak terlepas akibat Aura renjatannya yang begitu Kuat. Apakah yang dikatakan Telus Pandang???..Telus pandang yang dimaksudkan, bukanlah dapat menembusi Dinding, ramai yang tidak Faham tentang apa yang dimaksudkan dengan Telus Pandang. Telus Pandang yang dimaksudkan adalah Imbasan ataupun Ilham dari Allah kepada seseorang yang memiliki Pengetahuan dalam Penggunaan Geliga Lipan sebagai Asbabnya untuk Melihat Sesuatu yang tidak dapat dilihat..

Pasangan Geliga Lipan Bara ini yang memiliki Bekas Gigitan menunjukkan bahawa ianya selalu dibawa kesana kemari oleh siLipan Bara tersebut...
Sila Email Kepada Pengasas jika ingin Menebusnya...InsyaAllah, Mahar Yang ditawarkan adalah tawaran dari bakal Penebus yang ingin memilikinya...Cuma janganlah memberi tawaran yang tidak Logik pula...


Saturday, October 24, 2009

SYILING SUNAN BONANG (WALI 7) TELAH DITEBUS

Janganlah Taksub melihat akan sesuatu yang sukar dirangkumi oleh Hukum Akal, Cuma nasihat saya...Renungi sahaja akan Kekuasaan ALLAH..Berserahlah Padanya..Yang MAHA KUASA ....MUTLAK...
Dalam Paparan ini, Syiling ASLI ini disertakan bersama-sama dengan Syiling dari Jenis TIMAH HITAM (KAPAL LAYAR - WALI BERTONGKAT) Cebisan Kain Ka,abah (Didapati dari.....tak yah nak cerita)..Syiling Sunan Bonang (WALI 7) dan dua Keping (Bergulung) RM1 yang dijumpai ketika Hari Hujan tengahari pada hari Jumaat....(PAPARAN INI ADALAH BUAT SAHABAT)

Keris Teras Kayu Jenis Kemuning

Keris Teras Kayu Kemuning Batu
Keris Kayu Teras Kemuning Batu


Keris kayu Kemuning Hitam

Keris Teras Kayu

Keris Teras Kemuning Hitam ini masih didalam Proses Pembuatan, ianya dilakarkan dengan sepasang Tangan Kurniaan Tuhan buat manusia yang memahami tentang warisan Dunia Perkerisan Dari Teras Kayu...
Ini pula Teras Raja Kayu dari Jenis Damar Minyak......Secara buatan Tangan...

Tunggul Raja Kayu ini (Damar Minyak)....jika tidak diolah dengan Baik..ianya hanyalah kayu yang tidak dipandang langsung..tetapi jika seseorang yang tahu dan mengenalnya...Tidak Akan Disia-siakannya...


Teras Pembisa Jenis IBOR Merah dan Jenis Serdang

Ini adalah potongan Kayu Asli Jenis Pembisa dari IBOR MERAH....
Potongan yang Kecil adalah dari Jenis Pembisa kayu Serdang...

Potongan yang masih memiliki Kulitnya....Rona bisa Kayu ini adalah seperti rona yang terdapat pada kayu jenis IBOL HITAM..tetapi Teras Ibol Hitam memiliki Rona Bintik Putih yang halus-halus serta rona hitam yang kecil...ada kalanya orang mengatakan jenis kayu ini adalah dari jenis Bujang Kalak..akan tetapi Teras Bujang Kalak pokoknya adalah begitu Kecil Sekali..Saiz Pokok Bujang Kalak yang tersohor adalah Sebesar Ibu Jari Kaki orang Dewasa....kocik jer...


Kayu Menang, Teras Laka

Ini adalah bahagian Teras kayu yang begitu Popular...dikenali dengan nama Kayu Laka/Kayu Menang atau pun dipanggil Kayu Pokok Melaka...
Kayu ini memiliki Minyak damar seperti yang terdapat pada Raja Kayu Damar Minyak...Keras wooo.....

Kayu Penunduk Tikam Teras kayu

Kecik-Kecik Cili Padi...Pokok Penunduk ini begitu kecil dan lihat lah para Penatap Blog...Kayu yang Menikam Kayu....macam-macam Khasiatnya....InsyaAllah...

Kayu Penunduk Tikam Teras kayu

Kecik-Kecik Cili Padi...Pokok Penunduk ini begitu kecil dan lihat lah para Penatap Blog...Kayu yang Menikam Kayu....macam-macam Khasiatnya....InsyaAllah...