DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, September 14, 2009

Khasiat Larak Salah Menerusi Pengalaman Penebus

Diatas Permintaan ramai peminat dan Pemburu Larak Salah dan juga yang ingin mengetahui akan Khasiat yang Dikurniakan oleh ALLAH terhadap PenciptaanNya, maka Pengasas membuat sedikit catatan akan Khasiat Serta Pengalaman-Pengalaman Penebus Kayu Larak Salah dari Blog ini:

1). Pelembut Hati - Jika pasakkan dibuat dengan jenis-jenis Bahan kayu atau Batu yang memiliki Khasiat Pengasihan,Penarik,Pemanis dan Pelaris, Khasiatnya akan Seiring dengan Khasiat Pelembut Hati yang dimiliki oleh Kayu Larak Salah ini. (Contoh Pasakkan dengan Batu Mani Gajah/Buluh Perindu/Buluh Bertemu Ruas/Senduduk Putih/Kayu Cintamani?Timah Hitam/Kayu Penunduk dan apa saja Jenis Kayu yang ada Aura Wibawa dan Aura Kedamaian...InsyaAllah..)Testimoni Penebus berkata, dari jenis yang Berpasak ni kalau pemakaian untuk Karier, Temuduga, Berurusan dengan Orang Ramai, Perniagaan dan ada Pelbagai Khasiat jika penggunaan dengan Betul dan berbanyak lah Berselawat dan Senyumlah Selalu walau dengan sesiapa pun....InsyaAllah akan Lembut Hati dan ada Perasaan sesuatu dilubuk hati seseorang yang dihadapi..

2). Pelimun atau Halimunan - Larak Salah ini juga Selalu buat orang tak perasan dengan kehadiran si pemakainya, tetapi Larak Salah ni tidak boleh dipertontonkan kepada orang jika Memakainya oleh kerana Sifat akar ini yang Pemalu, Kena Sorok dari Pandangan Orang Ramai. ada juga Penebus-Penebus yang menghubungi Pengasas kerana Larak Salah hilang dari Pandangan Mereka, dah la tu penebus simpan Larak Salah ni dalam Beg atau beg Pouch yang berisi dengan Barangan Penting, Pengasas hanya Boleh menasihati dengan berkata, Istigfar dan banyak Berselawat dan dalam Keadaan tenang renungkan kembali dimanakah tempat paling akhir beg tersebut diletakkan, penebus berkata ada kat sini semalam dan dah cari 3 jam kat tempat yang sama tapi tak jumpa...tetapi setelah Berselawat Serta memohon Pada Allah agar diketemukan dengan Beg tersebut, lalu penebus mencari ditempat yang sama kebetulan...nah kau rupa-rupanya kat depan mata terpampang sebesar alam...Barulah Penebus Sedar akan Kekuasaan dan Kurniaan Allah pada Akar Larak Salah ini...(Pengasas hanya Bermohon Agar Allah Menunjukkan akan Khasiat yang telah diKurniakan pada satu-satu ciptaannya buat Hambanya yang mahu berfikir....

3). Kebal - Larak Salah ini juga, ada yang mengatakan bahawa ianya memiliki Khasiat Kebal akan tetapi Pengasas maupun Para penebus tidak pernah lagi Berhadapan dengan situasi tentang Khasiat yang diperkatakan. Pengasas juga ada membuat Pasakkan Kayu Larak ini dengan Besi Kursani/Besi Leleh dan Badar Besi untuk menambahkan Aura Khasiat yang diperkatakan..Wallahu...(Pengasas hanya Berusaha, Hanya Allah yang Berkuasa)

4).Pembalik Sihir dan Niat Serong Seseorang kepada Pemakai - Menerusi Pengalaman pengasas menerusi catatan lepas, perkara ini pernah terjadi kepada pengasas sendiri sewaktu pengasas membuat urusan perniagaan, ada orang yang dihadapi pengasas cuba membuat sihir pukau lalu sihir tersebut terkena kepada penghantarnya dan penghantar tersebut menjadi Lembut hati lalu mengiakan kembali apa yang pengasas katakan..(Sihirnya tak menjadi la tu..Subhanallah, Alhamdulillah..sesungguhnya Allah Lah menjadi Benteng Perlindungan bagi Hamba-Hambanya yang Berserah KepadaNya...Alhamdulillah..

5). Pelbagai Kegunaan dari segi Betul dan Salah - Larak Salah ni kebanyakkannya Pemakai menggunakannya untuk Berbuat sesuatu yang tak Elok, tetapi Saya sarankan kepada Penebus-Penus Kayu jenis ini agar Gunakan lah untuk jalan Kebaikkan kerana Feedbacknya adalah Baik Juga, Jika gunakan untuk Jalan yang tak Baik,...Sendiri mau jawab la...Pengasas tak mau tanggung Sekali...(Khasiat yang Selebihnya tentang kayu ini tertakluk kepada niat dan pembawaan si pemakai..APA-APA JUA PUN...NASIHAT SAYA BERBANYAKLAH BERSELAWAT DAN INGAT PADA ALLAH SENTIASA AGAR APA YANG KITA PAKAI..SENTIASA MENDAPAT KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA...INSYAALLAH..

Ini adalah contoh Akar Larak Salah yang Bersimpul dan Berpintal (Ini adalah Untuk Paparan Kesahihan Akar Larak Salah Sebenar dan Asli)-Atas Permintaan Para Pemburu dan Peminat Larak Salah


Ini adalah Contoh Potongan Akar yang menghadap Kelangit serta Melilit kearah Kiri...(JIKA PARA PEMINAT INGINKAN LARAK SALAH BERPASAK-SILA BUAT TEMPAHAN KERANA KAYU LARAK SALAH YANG ADA TELAH HABIS DITEBUS......)