DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Tuesday, September 29, 2009

Geliga Lipan (Buntat Lipan Telus Pandang)




Ini adalah Geliga Lipan yang memiliki Khasiat TELUS PANDANG milik Seorang Sahabat Pengasas Blog Rahsia Alam, Geliga ini diberi amanah kepada Pengasas Blog untuk dipasakkan atau ditanam kedalam Permata Kayu buatan tangan Serta Diikat pada Cincin Perak. Geliga jenis inilah yang Hebat serta hangat diperkatakan tentang keampuhan Tentang Khasiat yang Dianugerahkan oleh Allah kepada Makhluk ciptaanya..Nilai Mahar yang diperkatakan juga mencecah Jutaan Ringgit malah paling cekai pun RM100,000.00...Tetapi ini amanah yeop..InsyaAllah, dalam proses pembuatan nanti, pengasas akan memaparkan pembuatannya didalam Blog Post yang Akan datang...INSYAALLAH...(Happy Giler Pemiliknya)...Alhamdulillah...

Sepasang Induk Geliga Lipan

Ini adalah Induk Geliga Lipan yang mampu Beranak mengeluarkan Geliga. Asal batu Geliga ini Dijumpai oleh Seorang Pencari atau Pemburu Ular didalam Hutan, Tatkala ketika Memburu, Beliau sedang menguis-guis semak-semak Hutan bertujuan untuk mencari sarang ular..Ketika mencari, Beliau berasa amat pelik dimana ada banyak Lipan ditemui di tempat tersebut dan berjumpa dengan Geliga ini dijaga oleh Sepasang Lipan Induk (Dominan). Menurutnya, Ketika dijumpai keadaan Geliga ini betul-betul terletak secara berpasang ditengah-tengah lingkaran Bulat Lipan yang menjaganya, Pemburu Ular tersebut cuba menghalau lipan yang menjaganya dengan bertujuan mengambil batu geliga ini tanpa membunuh maupun mencederakan Si sang Lipan tersebut. Akan tetapi Sepasang Lipan yang menjaganya tidak mahu berganjak dari Batu Geliga yang dijaganya. Lalu Pemburu tersebut membaca beberapa surah berserta dipanjatkan Doa Kepada ALLAH,..Alhamdulillah baru lah Lipan tersebut berlalu dan inilah Geliga tersebut.


Ketika Geliga ini dalam Perjalanan menuju ke destinasi Tujuan, Pemiliklnya menaiki Bas dan apabila sampai ketempat yang dituju, lalu Beliau membuka tempat simpanan Geliga ini, dengan Terkejutnya,.... beliau berkata..aii tadi ada Sepasang sahaja...la ni dah ada Tiga biji..mana datangnya lagi sebiji ni yang kelihatan agak Cerah Lutsinar (Agak Muda) Huiyooo.... Geliga yang Ketiga, ..Beliau terdiam tergamam seketika..Pemilik menyedari bahawa Geliga Sepasang ini mampu mengeluarkan Batu Geliga Lipan yang lain. Maka inilah dia yang dikatakan INDUK BATU GELIGA LIPAN..(Barangan ini adalah buat tatapan Peminat Blog Rahsia Alam dan ianya Tidak Dimaharkan oleh Pemilik Asalnya)....Aku tumpang Seronok....heheheheheh..Sebab Aku Pun Ada cuma tak beranak jer..menopaus kot???..Alhamdulillah...Jadilah....janji ada....

Buntat Atau Geliga Siput (Berpasangan)

Ini adalah Geliga atau Buntat Siput Kiriman Seorang Sahabat buat Tatapan Para Peminat. Medium ini juga dikatakan Memiliki Aura Pengasihan Serta Kebal..Wallahu...
Buntat ini adalah Asli dan Bukan seperti yang di warwarkan oleh longgokan serta lambakkan Geliga jenis ini yang kebanyakkan dari Negara Seberang.

Lihatlah Keindahan PusaranNya..MasyaAllah....Cantik...Sepasang lak tu...


Monday, September 28, 2009

Pasakkan Key Chain dari Pelbagai Kayu Teras Pilihan

Persediaan pembuatan dari Bahan-Bahan Teras Kayu Pilihan (Pilihan Teras Kayu juga boleh Dibuat dari jenis kayu yang dipilih oleh Para Peminat yang ingin menebusnya..InsyaAllah..Tertakluk kepada Jenis Teras Kayu dalam Simpanan Pengasas Blog Rahsia Alam)
Ini adalah Potongan dari Teras Kayu Serian yang terpilih untuk dipasak dengan Kayu-Kayu Teras Pilihan...
Ini adalah Persediaan Pasakkan Teras Kayu Serian dengan Kayu TAS Semenanjung iaitu Tas Jantan dan Tas Betina. (Bukan Tas SARAWAK)

Teras Kayu Serian dan RAJA KAYU dari Jenis DAMAR MINYAK yang cukup tua...


Ini pula Pasakkan Teras Serian dengan Kayu Penunduk Putih Dan Penunduk Hitam (Penunduk Hitam dan Putih adalah RARE)...

Pasakkan dengan Kayu LARAK SALAH JANTAN DAN BETINA. (Kayu Larak ini adalah Larak yang memiliki TABIE SALAH yang benar-benar ASLI)..ianya telah diuji, juga telah diakui oleh Penebus LARAK SALAH dari dalam Blog Rahsia Alam dan Alhamdulillah banyak pengalaman yang dilalui oleh para penebus yang telah menepati Ciri-Ciri yang diperkatakan oleh yang benar-benar Pakar dari para pengasas Blog-Blog yang tersedia ada... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu'Akhbar...

Kayu Teras Serian juga banyak dipergunakan untuk membuat Sarung dan Hulu Senjata Tradisional dan juga memiliki Khasiat Pemeliharaan dan juga Pendinding..Wallahu....

Sunday, September 27, 2009

Bujang Kalak UTK Perhatian (ONE)

Permata ini baru lepas di peroses untuk Tempahan Sahabat (ONE) 2 butir Permata Jenis Sisik Ular (Kundang) dan 1 Permata Jenis Sisik Besar (Kuning Merah)
3 permata ini dengan Mahar Istimewa...3 Butir dalam satu Mahar...Tawaran Hari Raya...(Masih Terbuka untuk Tempahan)

PERMATA BATU HIJAU HIDUP UNTUK DIMAHARKAN

PERMATA INI YANG TIDAK DIKETAHUI AKAN JENISNYA..NAK KATA ZAMRUD TAH LA...NAK KATA JADE PUN TAH LA..TETAPI YANG PASTI PERMATA INI MEMILIKI AURA SEJUK DAN MAMPU BERUBAH WARNA MENGIKUT KEADAAN PEMAKAINYA..INSYAALLAH....(PERMATA INI TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT)

Permata Hijau (TERHAD kepada 5 Butir Sahaja) (SOLD OUT)

TELAH DITEBUS PERMATA (D)..)
Permata ini Bukan Sembarangan, ia didapati dari Sepasang Induk Batu, Permata batu hijau ini adalah Permata yang Hidup dan Mampu berubah Warna Mengikut keadaan Pemakainya.
(TELAH DITEBUS PERMATA (E)..)
Permata ini terhad kepada 5 Butir sahaja. Permata sebegini Bukan didapati dari peniaga Tepi jalan atau peniaga Batu-Batu Permata...Allah lebih mengetahui dari mana datangnya Batu ini, kerana Pengasas sendiri pun tidak mampu memikirkannya...

TELAH DITEBUS PERMATA (A)..)
Batu ini telah ditebus dari Seorang Sahabat yang Memiliki INDUK batu yang Mengeluarkan Batu Permata...yang pasti batu ini tidak didapati dari Alam Nyata...Pengasas telah menunggu begitu lama untuk mendapatkan Batu ini...


(TELAH DITEBUS PERMATA (B)...)
Pilihlah wahai peminat batu MISTIK dan MEMILIKI Aura yang Hidup untuk Hiasan Jari...Jika Memegang Batu ini AURA Sejuk akan Mengalir terasa ditangan..InsyaAllah....


(TELAH DITEBUS PERMATA (C)
PILIHAN BATU ADALAH TERHAD....MAHARNYA ADALAH BERPATUTAN SUPAYA DAPAT DIMILIKI JIKA BERMINAT...SUBHANALLAH, BATU INI TIDAK DIDAPATI DARI ALAM NYATA...

BATU HIJAU (Zamrud ke...Jade Ke???)

Paparan ini adalah untuk Melihat Secara Dekat dimana Batu ini HIDUP dan mampu berubah Warna mengikut Keadaan pada si Pemakainya.....
Warna Hijaunya seakan Hijau Muda dan Batu Dalamannya Berkilat.













Key Chain Kayu Penunduk Merah Berpasak

Key Chain ini juga boleh dibuat sebagai Loket Rantai siap berpasak dengan kayu dan akar teras kayu berkhasiat....
Potongan ini bersama dengan Kulit asal siap berpasak...

Key Chain Teras Kayu

Ini adalah potongan Bulat bersama-sama dengan Kulit Asal dari jenis Kayu Penunduk Merah berpasak dengan Akar Rotan Songsang (Tempah terlebih dahulu)
Ini pula adalah Key Chain dari Teras Ibol dan Potongan Bulat dari Buluh Tumpat (Ada Satu Unit Sahaja..)

Friday, September 25, 2009

Geliga Lipan Untuk Dimaharkan (TAWARAN MAHAR OLEH PENEBUS)

Sepasang Geliga Lipan Ini Untuk Dimaharkan...Mahar adalah dari tawaran penebus, Pengasas akan pertimbangkan Mahar yang Ditawarkan oleh Penebus....(MAHAR YANG TIDAK LOGIK TIDAK AKAN DILAYAN)...

Geliga Lipan

Ini adalah Geliga Lipan yang dalam Proses Penuaan...Pada asal Geliga ini didapati ia masih cerah dan lutsinar, Setelah dipindah milik, didalam Geliga ini terdapat Tompokkan Putih...
Setiap hari Geliga ini mengalami Perubahan...MasyaAllah...dengan KuasaNya...

Ada Sesiapa Berminat???......Nyatakan Mahar yang ingin Ditebus oleh Penebus...Pengasas akan Pertimbangkan...InsyaAllah


Thursday, September 24, 2009

Tempahan Bujang Kalak (Sold Out) Kena Tempah Dulu

Bujang Kalak Ini yang masih didalam Proses pembikinan..3 Butir Ini adalah Tempahan Sahabat yang menebusnya dengan Satu Mahar Istimewa...Buat Peminat Bujang Kalak, Jika Menempah Sekarang, Tuan akan Di Beri 3 Butir dalam Satu Mahar....InsyaAllah...
Lihatlah Sisik Penuhnya...(Terbuka Untuk Tempahan Baru) TEMPAHAN TERBARU ADALAH DARI BUJANG KALAK/NIBUNG TUNGGAL DAN SULUR BERTAM DALAM SATU MAHAR...

Permata Teras Kayu

Lihatlah Permata Kayu yang Unik ini, ada yang mengatakan ianya Kayu MERLIMAU BATU, tetapi melihat akan Urat Kayu Teras ini ianya seperti Urat-Urat Kayu Penunduk pun ada..Wallahu..Tetapi Sudah Pasti Teras Kayu ini Amat Cantik Bila Dibuat Permata samaada dalam Keadaan Menegak ataupun Melintang.
Adakah Teras Kayu ini Kayu Penunduk Jenis amat Jarang Ditemui?????(Teras Kayu ini juga terbuka untuk untuk tempahan)

Permata Teras Penunduk Merah

Bahagian tompokkan yang tengah adalah bahagian Teras Kayu Penunduk Merah...
Permata Penunduk Merah ini Juga Boleh Dipasak dengan : Penunduk Kuning/Penunduk Putih/Penunduk Hitam serta Raja Kayu Putih..(TERBUKA UNTUK TEMPAHAN UNTUK..PERMATA PENUNDUK BERPASAK)

Permata Raja Kayu Putih

Ini adalah Tempahan Permata Empat Segi...
Permata Raja Kayu Putih juga dibuat dalam Bentuk Bulat Membujur...

Kayu Penunduk Merah Berpasak Kayu Teras

Ini adalah Potongan Kayu Penunduk Merah yang diabadikan dalam bentuk Keychain dan juga boleh dibuat Buah Rantai ataupun Loket Rantai. (Kayu ini masih didalam Proses Pembuatan). Pasakkan adalah dari jenis-Jenis kayu yang memiliki Khasiat Penunduk/Pengasih/Pelaris/Pemanis dan juga Pelindung Diri (Jangan silap faham...Aku Berlindung dengan ALLAH daripada Syaitan yang Direjam)..Medium ini hanyalah Penghias Diri dan juga Sebahagian dari IKHTIAR.....InsyaAllah..
Lubang-lubang yang dibuat adalah untuk dipasak dengan kayu-kayu teras yang berkhasiat...(InsyaAllah akan dipostkan bila dah siap nanti)..Medium ini adalah untuk Dimaharkan dan Jika Peminat menebus Barangan yang lain..ia juga akan dihadiahkan kepada Penebus barangan dari Blog ini..(Tertakluk pada Stok..)

Salah Satu Geliga Atau Buntat Embun ini Untuk Dimaharkan

Salah satu dari Buntat Embun asli ini adalah untuk dimaharkan..Buntat atau Geliga ini adalah Asli...
Geliga yang sederhana Besar ini adalah untuk dimaharkan..Sila Emailkan MAHAR yang ingin ditebus kepada Pengasas, Jika Mahar yang ditawarkan oleh penebus berpatutan kepada pengasas maka, Geliga ini akan menjadi Milik Penebus Tersebut.(MAHAR ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENEBUS YANG INGINKAN GELIGA INI). Jangan lah email kepada pengasas Mahar Yang tidak Logik...

Wednesday, September 23, 2009

Cincin Perak Permata Badar Besi bercampur Kursani Emas Asli (Tempahan Sahabat Siap)

Sebentuk yang besar dan kecil Permata Badar Besi ini bercampur dengan Besi Kursani Emas. Permata Badar Besi ini bertindak Balas dengan Magnet serta bila diarahkan pada kompas, ia akan bertindak balas.....
Cincin Perak Bersaiz Kecil...tapi powerfulllllll...........


Bahagian bawah permata yang bersentuh dengan kulit agar khasiat daripada badar besi ini dapat serasi dengan pemakainya...InsyaAllah...

Cincin bersaiz besar...menyerlah.....

Cincin Perak Permata Badar Besi bercampur Kursani Emas Asli (Tempahan Sahabat Siap)

Sebentuk yang besar dan kecil Permata Badar Besi ini bercampur dengan