DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Sunday, August 30, 2009

Batu Petir Asli (Renungan)

Setelah Menguji Ketulenan Batu Petir ini, Pengasas mendapati bahawa ianya Bertindak balas dengan Besi Magnet, Batu Petir ini adalah milik Seorang sahabat yang sememangnya adalah salah seorang pengumpul barangan yang mempunyai Khasiat Serta Mistik, Ironinya, Beliau selalu mendapat Barangan Mistik yang selalunya tidak terdapat pada orang lain....mungkin Rezeki Allah buat dia...Walau bagaimana pun, beliau selalu berkongsi apa yang beliau miliki bersama-sama dengan saya..Syukur Alhamdulillah.....Batu Petir yang kebiasaanya tidak bertindak balas dengan besi Magnet, tetapi jika batu petir tersebut bertindak balas, maka Batu Petir Tersebut Memiliki Gred Terbaik dalam Kawanan BATU PETIR.......

TEMPURUNG BUTA....Tarak Mata Punya woo.......

Tempurung Buta ini adalah Milik Seorang Sahabat yang ingin Memaharkannya Melalui Blog Rahsia Alam
Tempurung ni bila di Goncang...kuk...kuk..kuk..gedek..gedak ..geduk..bunyinya kat dalam....Ado Apo ko bondo ontah laaa kek dalam nyo....Sapo nak Boli..Den nak MaharkanNyo........

MELELEH BESI MELELEH (Untuk Dimaharkan)

Permata Besi Meleleh Yang Asli Tidak Akan Bertindak Balas Dengan Magnet........ Jika Besi Leleh yang melekat dan Bertindak Balas Dengan Magnet...Jeng..Jeng..Jeng...Ianya adalah Besi Leleh dari Gred Yang Terbaik.....Wallahu....
Permata Meleleh bersama Ibu Besi Meleleh yang asal.....(Terhad 2 Bentuk Sahaja)

Saturday, August 29, 2009

RAHSIA ALAM ALLAH (Tatapan dan Renungan)

Pusaran Keindahan ALAM ALLAH
Bayangan Apakah Yang dapat Dilihat Didalam Geliga Ini....MasyaAllah....RamaiNya.....
Sinar Pancaran Cahaya Yang tak Terkata......


Lihatlah Betapa IndahNya Ciptaan Allah....

RenungkanLah wahai Hamba-Hamba Allah Yang Beriman..........

IBU Batu Petir (Rare---Batu Petir Yang Bertindak Balas Dengan Besi Magnet)

Batu Petir ASLI ini Bertindak Balas Dengan Besi Magnet kerana Kandungan Besi Dalam Batu Petir ini amat Tinggi...Amat Jarang menjumpai Batu Petir Yang Memiliki Besi didalam Kandungan B atunya..Rata-Rata batu Petir hanyalah dari Sisa Tinggalan Batu sahaja dimana kandungan Besi didalamnya Terhakis akibat Lontaran dan dan Pancaran Kilat yang terhasil dari besi Kandungan Batu tersebut. Kandungan Besi Terhakis apabila ianya sampai kepada sasaran lontaran..
Ibu Batu Petir Asli ini Bertindak Balas dengan Magnet ketika diuji oleh pengasas Blog......

Batu Petir Asli ini adalah Koleksi Simpanan Pengasas Blog dimana Pengasas ingin Memaharkannya kepada yang Benar-Benar Berminat maupun buat para pengumpul barangan mistik...Ibu Batu Petir ini Dimaharkan dalam Bentuk asal yang belum dicanai...Emailkan kepada Beliau tentang Maharnya.. InsyaAllah...Boleh Bawak Berunding tentang Maharnya.....(Tinggal Sebiji je lagi...Siapa Cepat Dia Dapat)

Permata Badar Besi Mengandungi Besi Kursani Emas Semulajadi

Permata Badar Besi Asli Ini Mengandungi Besi Kursani Emas secara Semula Jadi, Permata ini juga bertindak balas dengan Besi Magnet.... Permata ini Mengandungi Khasiat Semulajadi dimana selalu diperkatakan memiliki Kebal Luaran Kebal Kulit...Wallahu...(PERMATA INI TERHAD KEPADA 4 BUTIR SAHAJA..2 Kecil...2 Besar (Sila Email Kepada waliqudus@yahoo.com jika ingin memilikinya)

Batu Besi Wali

Ini adalah Permata Batu Besi Tok Wali, Batu ini yang juga memiliki kandungan Besi dalam Batu yang membuat Batu tersebut Bertindak Balas Dengan Besi Magnet. Permata Ini untuk Dimaharkan...(Batu Besi ini Hanya Tinggal 2 Butir Sahaja) Sila Email Kepada Pengasas Untuk Kepastian.....InsyaAllah...


Friday, August 28, 2009

MALIM KUNDANG (Bujang Kalak)

Inilah Yang Paling Rare......Pernahkah Tuan-Tuan melihat warna Kundang pada Teras-Teras Pembisa.......Ini adalah adik-beradik Bujang Kalak yang Bersisik Ular Atau Naga.......Diantara Pembisa dalam Koleksi BLOG RAHSIA ALAM..........nak buatnya sejam baru dapat sebiji.........

BERTAM BATU Tepi Laut(Sold)

Untuk Dimaharkan...Sila Email..waliqudus@yahoo.com

NANTIKAN DARI PEMBISA JENIS TERAS INI

TERAS IBOL/Ebol.......Sabarrrrrr........Tengah Proses Bro,......

Pembisa Jenis Apa Ni????

Ini adalah Jenis Pembisa Juga..heheheheh Rahsia Alam la Katakan.....Warna Putih la Pulok.......

Variasi Permata Jenis-Jenis Teras Pembisa

Deretan Permata Pembisa yang Berbagai Jenis, Perbezaan dapat dilihat melalui Rona Bintik-Bintik Bisa pada Permukaan Permata Teras kayu.
Runtunan Bisa Kayu Permata Teras dari Jenis Sulur Bertam, Nibung Tunggal, Ibor/Ibo/Ibong, Bujang Kalak dan Ibol.

Jenis Rona Teras Pembisa

Sulur Bertam ini amat Terkenal dengan Rona-rona Bintik bisa yang Seakan Tapak kaki Harimau. Tetapi Bahagian yang berupa Tapak kaki pak Belang ni hanya Terdapat pada Jenis Sulur Bertam Yang Besar sahaja..Payah nak Dapat. Dalam sebatang Sulur Bertam ni hanya terdapat 3-4 Biji je yang berupa Tapak Kaki si Belang Harimau Jika dibuat Permata..
Ibo/Ibong/Ibor (Terkenal di Kelantan Dengan Ibol Merah dan Ibol Kuning dan Sesetengah Orang mengatakan ianya adalah Sibujang Kalak Memang Benar....,(Orang Asli semuanya main balun je apa kalernya pun depa sebut Pokok Nibung jer) , Jika Berwarna Merah Kekuningan seakan berwarna Merah Kundang atau Purple ianya adalah Bujang Kalak yang Tersohor Gred "AAA". Sibujang Kalak Juga yang Paling Best Sekali jika Rona Bintiknya memiliki Bintik Halus Berwarna Putih, Ada juga Bujang Kalak dari Jenis Nibung Batu dimana Rona Bintik Bisanya Berwarna Coklat Muda. Teras Bujang Kalak berwarna Merah Kundang ini juga jika dilagakan bunyinya akan berdeting menunjukkan ianya amat Solid, Tetapi amat RARE untuk menjumpai Jenis Berwarna Merah Kundang. Warna Merah Kundang adalah warna Seakan warna pada Bunga Kantan....warna Purple la tuh.....Kalau jumpa warna tersebut...jangan Tunggu...apa lagi Sebat jer....InsyaAllah..ianya adalah Spesis Nibung yang paling Jarang Ditemui..(Pengasas pun ada Sebatang je).......Ada Blog yang Memaharkan Ibol Merah ini dan pada Pendapat Pengasas, Ibol Merah Tersebut adalah Spesis Yang terbaik, Orang Asli Pahang, Rompin yang membekalkan kayu -kayu Teras Kepada Blog Rahsia Alam mengatakan jika ia disimpan Didalam Rumah, Kilat tak menyambar Rumah tersebut....Bayangkan lah Jika tak disambar Kilat Petir..maknanya kalau pakai Permata Ibol Merah atau Sibujang Kalak ni..Setan pun tak berani rapat wehhh....Hanya Allah yang MAHA Mengetahui...Barang Ciptaannya...Maklumlah Pencipta Kita...Bisa Bujang Kalak ni..Masa Kena tak rasa apa-apa, Bila Time Nak tidur....Time Tu rasa la.....Pembisa jenis Ni juga Dikatakan Memiliki Aura Semangat bila Memakainya....

Ini pula adalah Rona Bintik pada Spesis Nibung Tunggal yang sebenarnya yang dipanggil Nibung Asli. Warnanya adalah Coklat...Bisanya secara perlahan-lahan meresapi bahagian Dalaman tempat yang terkena Pukulan...So...Jangan Balun Orang Geng.....


Ini pula Spesis Ibol/Ebol atau Nibung Hitam. Di kategorikan Sebagai Pembisa No.1 dalam Kawanan Teras Nibung...akan Tetapi tidak Setanding Ibol Merah Kuning dan Si Mamat Bujang Kalak, Ini Kerana Bujang Kalak Memiliki Mistik. Teras Ibol Hitam ini juga amat Rare Dalam Banyak-banyak Blog tak ada pun yang dimaharkan...Pengasas Blog pun Baru dapat Setongkol dari Pembekal dan Masih dalam Proses membuat Permata....Tak leh tahan Beb..Kulit dan Habuk teras ni amat berbisa....dah la masa nak buat SiMamat Bujang Kalak pun masa Pegang nak Gosok asyik terlepas tangan je...Tapi apo nak buek yop.....Minat punya pasal la ni.......

Permata Teras Sulur Bertam


Oleh kerana dalam galeri koleksi Blog Rahsia Alam mempunyai Pelbagai Teras Kayu jenis Pembisa, adalah tidak sempurna jika teras Sulur Bertam ini tidak dipaparkan kepada peminat dari Teras kayu jenis Pembisa,oleh itu... Pengasas telah mendapatkan beberapa Batang Teras Sulur Bertam Batu untuk dibuat permata buat peminat Blog Rahsia Alam...InsyaAllah, pengasas cuba mendapatkan pelbagai lagi kayu dari jenis Pembisa yang memiliki Khasiat....

Permata Teras Nibung Asli


Dilihat dari rona bintik bisa pada teras nibung ini mengambarkan ianya telah berusia lebih dari 50-70 tahun,..sewaktu Pengasas mendapatkannya dari pembekal,..beliau berkata bahawa teras Nibung ini telah lama berada dalam simpanan sewaktu beliau masih kecil lagi.. yang tak bestnya hanya Tinggal sebatang sahaja. Jadilahhhhh..




Wednesday, August 26, 2009

Teras Gemunggal Atau Teras Kelor Untuk Dimaharkan



Teras Gemunggal Atau Teras Kelor untuk Dimaharkan. Email Kepada waliqudus@yahoo.com



Ujian Kepadatan Teras Kelor "A"


Inilah Permata Teras Gemunggal atau dikenali dengan nama Teras Kelor Gred Tahap 1 (Gred "A") yang Diuji sebelum ianya dimaharkan kepada Peminat Gemunggal atau Teras Kelor Asli.




Permata Teras Kelor "A"(Perhatian En. Muhamad & En. Wie)


Permata Teras Kelor Gred "A" buat perhatian Sahabat

TERAS PEMBISA RAHSIA ALAM (TERBARU)

Rona Bintik tompokkan berwarna Putih yang halus serta bintik hitam mengambarkan Permata ini Cukup Berbisa. Ini adalah Koleksi Teras Pembisa Blog Rahsia Alam yang terbaru...





TERAS PEMBISA TERBARU

Permata Pembisa ini untuk Dimaharkan..Sila Email waliqudus@yahoo.com


HANGAT DIPERKATAKAN (Teras Bujang Kalak)


Rata-Rata Pengemar Teras kayu kebelakangan ini asyik mencari Teras Kayu dari Jenis Pembisa, Pengasas pun dah naik pening mencari Teras Pembisa Yang benar-Benar memiliki Aura Khasiat Bisa yang sebenar-benarnya Asli buat pengemar Kayu Teras ini...Apa nak Buat (Ana Ibarat Lilin..Cayor Yop)...Rata-Rata Pengemar Blog Rahsia Alam dah macam Saudara dan sahabat kepada pengasas Blog Rahsia Alam. Sahabat-Sahabat benar-benar mempercayai akan kewibawaan Pengasas untuk mencari dan membuatkan Tempahan Permata dari 100% pembuatan Tangan...(Alhamdulillah Pengasas Mengucapkan Syukur ke Hadrat Illahi....Ya Allah Mudahan Engkau Kurniakan Khasiat Yang Mutlak keatas KurniaanMu..Kepada Hamba-HambaMu....InsyaAllah)

Oleh Itu.....JanganLah Gelak...JiKalau dah ada Si Bujang Kalak..Baru la Boleh Gelak..HAK..HAK..HAK....Haq Qul Yakin... YakinLah Pada ALLAH Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani..Maha KurniaMu Ke atas HambaNya...InsyaAllah... TERIMA KASIH DARI PENGASAS BUAT PEMINAT TERAS KAYU PEMBISA DAN TERAS KAYU-KAYU BERKHASIAT DARI BLOG RAHSIA ALAM.....

KerasNya Teras Versi Si Comel (EBOL)


Si Mamat ni pula adalah dari Jenis yang tidak Kurang pula bisanya jika nak dibandingkan dengan SI MAMAT BUJANG KALAK...Kene dengan PenanganNya ..Rasa macam dah Tak Boleh Nak Gelak dah...Inilah Pembisa Jenis EBOL...Bukan Ibol....Rona Bintik Bisanya seakan Bujang Kalak..Tapi BisoNyo yang AMAT.....
Ada juga Pendapat yang Mengatakan inilah jenis Bujang Kalak Yang Sebenar..Akan Tetapi Pengasas telah membawa beberapa Sample kepada Si RAJA KAYU (Tukang yang Benar-Benar Mahir tentang Kayu la..)...Beliau yang Juga adalah salah Seorang daripada Guru yang mengajar kepada Pengasas tentang perihal Teras Kayu dan Mengatakan ini adalah Jenis Teras EBOL Yang Paling Berbisa dalam Kawanan Spesis Nibung....Mak aiii, Kerasnya Teras..masa Pengasas nak potong Teras ni, Kulitnya saja dah boleh merasakan tusukkan Bisanya....Kecik-kecik Cili padi la katakan....

Versi Variasi SI MAMAT BUJANG KALAK

Jikalau IBOR MERAH Terkenal dengan Merahnya..MAMAT SI BUJANG NI amat terkenal dengan Warna Purplenya...Serbuk Habuknya yang begitu membisa mengcengkam jari-jemari si pemakai malah menyelinap sehingga ke Pangkal Lengan..






Pemakai Teras Jenis Bujang Kalak ni, mengikut pengalaman mereka yang memakainya dan berkata..MasyaAllah.....macam ada Aura Semangat wibawa dan berbagai lagi lah ...akan tetapi kalau pakai kene la bersentuh dengan Kulit agar Bisa Si MAMAT ni serasi dengan Badan Kita..(Rata-Rata peminat Bujang Kalak menempah Teras ni, Pengasas akan memberi beberapa potong Teras jenis Penawar dan bersama-sama Kayu teras yang lain..termasuk lah Si Larak Salah sebagai Hadiah Dari Blog Rahsia Alam..BukanNya apa Kut-Kut terjadi apa-apa hal nanti...Sendiri mau Ingat laaa....)

Sibujang Kalak (Part 2) Selepas Polish

Inilah keadaannya si mamat ni...Ada orang kata yang IBOR MERAH tu siBujang Kalak...Tapi???....ada warna merah ke???Warnanya seakan Pink nak ke warna Purple...Itulah Si BUJANG KALAK....Si Bujang ni ...InsyaAllah...Kalau genggam pun dah ada rasa menusuk...inikan pula bila disarungkan ke jari manis...InsyaAllah..Dengan Kuasa MutlakNya pada kejadian yang dijadikan OlehNya..Pemakai akan Berasa Auranya seperti yang HANGAT Diperkatakan.....(Hendaklah Menggenggamnya sambil Mengucap 2 Kalimah Syahadah serta Berselawat keatas Rasullullah)....Try Rasa Tengok.......HANYA ALLAH YANG BERKUASA....