DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, July 18, 2009

Kayu Ular Cintamani Laut

Ini adalah Kayu Ular Cintamani Laut, kayu ini juga seiring dengan akar bahar yang dikatakan memiliki aura pengasihan serta pengubatan.

Pernahkah anda mendengar Ular cintamani, Orang tua-tua pernah bercerita kepada saya akan perihal ular cintamani dimana Ular cintamani akan diberi makan oleh burung-burung liar. Ular ini tidak perlu berburu untuk makan, hanya membuka mulutnya sahaja maka burung-burung akan datang dan memberi makan kepada ular tersebut. Saiz ularnya tidak lah sebesar ular biasa, saiznya....alahai kecil cenoet je macam saiz rotan lidi. Akan tetapi bisanya amat kuat seperti ular yang biasa. Ramai orang-orang yang berpengetahuan tentang Ular cintamani dan mencari sarang ular tersebut untuk dibuat pelaris perniagaan..kata orang yang memiliki ular dan sarangnya akan beroleh Khasiat yang sama seperti Ular tersebut yang diberi makan oleh burung-burung dengan tanpa pergi berburu.

Kan best jikalau saya ada Ular Cintamani yang hidup......wah senang banyak la.....hari-hari orang bagi makan free and goyang kaki....heheheheheh...Wallahualam.....Maha Kuasamu Tuhanku