DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Thursday, July 23, 2009

Kayu Kemuning Emas Asli (RARE ITEM)


Setelah bertahun mencari, baru kini dijumpai akan kayu jenis ini. (KAYU KEMUNING EMAS). Saya telah dihubungi oleh sahabat saya yang sememangnya jika beliau mendapat kayu-kayu yang terbaik, beliau akan segera menghubungi saya untuk memberitahu dan saya pula apa lagi...tak tidur malam la jawabnya jika kayu yang diberitahu adalah jenis kayu-kayu yang sukar didapati serta mempunyai value dari segi Perubatan dan Mistik.
Kayu Kemuning Emas ini ketika saya mengamatinya, kulit kayu kemuning ini lembut, manakala kayunya amat keras serta berwarna kuning keemasan. sejajarlah dengan nama kayu ini. Bahagian terasnya pula tidak seperti yang kedapatan pada kayu-kayu teras yang lain. Amat unik sekali..tak tau nak cerita macam mana....tunggulah jika kayu kemuning ini telah diabadikan dalam bentuk tongkat atau bongkah nanti akan saya postkan didalam Blog RAHSIA ALAM di masa yang akan datang..InsyaAllah.