DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Friday, July 31, 2009

Batu Didalam Batu


Rupa bentuknya unik sekali, sekilas pandang macam trofi zaman dahulu kala pun ada, bentuk bayi ditatang pun ada.... Ianya adalah ilham seni yang didorongi oleh minat yang mendalam terhadap barang mistik dan ajaib, tetapi masih bersifat semulajadi. Inilah kerja tangan sahabat saya dimana beliau memiliki sebiji batu yang didalamnya mempunyai anak batu atau ibu batu. Bahagian bulat diatas setongkol raja kayu yang terbentuk secara semulajadi adalah batu tersebut.
Jika diamati dengan penuh penghayatan..rupanya seakan Bayi yang sedang ditatang dimana batu tersebut menyerupai kepala bayi dan Raja Kayu menyerupai badan Bayi yang dibaluti dengan kain lampin....Allahu Akhbar.....Ilham Allah untuk manusia yang menghayatinya.....

Damar Kayu


Pada zaman dahulu, orang-orang asli masuk ke hutan untuk mencari damar kayu-kayu sebagai punca pendapatan mereka sehingga sekarang, Damar kayu mempunyai banyak khasiat dan kepelbagaian kegunaan..Damar dari Kayu Karas ataupun kayu gaharu adalah Damar yang paling berharga dan Damar kayu juga mempunyai gred tertentu. ada berbagai-bagai lagi jenis damar kayu yang mana sebahagian besar masyarakat moden kini tidak tahu akan Khasiatnya.

Teras Kayu Arang


Banyak yang terpedaya dengan Kayu jenis ini, jika hanya dengan melihat ada yang berpendapat ianya adalah teras kemuning hitam atau pun Penawar Hitam. Teras Kayu Arang jika dilarik pada kertas putih, ia akan bergaris hitam manakala Teras Kemuning Hitam jika dilarik pada kertas putih berwarna hitam kekuningan...Untuk mempastikan akan ketulenannya adalah dengan merendam teras kayu tersebut didalam Air...Anda pasti akan mengenalnya...

Akar Tongkat Ali Putih


Ini adalah Akar Tongkat Ali Putih, Rata-rata tongkat ali yang dikomersialkan adalah jenis akar pasak bumi...Akar Tongkat Ali ada dua jenis iaitu Jenis Akar Putih dan Akar Hitam, Jenis Akar Tongkat Ali Hitam adalah yang terbaik kerana masyarakat orang Asli mengunakannya untuk kegunaan sendiri...Bayangkanlah jika masyarakat asli sendiri mengunakan akar Tongkat Ali untuk pakai sendiri...pasti ianya adalah yang terbaik.
Bahagian Akar Tongkat Ali yang terbaik adalah yang tertanam didalam tanah....bukan yang dari permukaan tanah ke dahannya...wallahu....(Maklumat ini adalah dari kaum orang-orang Asli)

Thursday, July 30, 2009

Geliga Embun (Dalam Perhatian)





Ini adalah Geliga Embun asli yang lutsinar ketika didalam air. Tidak dapat saya uraikan akan Khasiatnya di mana kebanyakan maklumatnya telah diperkatakan melalui Blog-Blog yang sedia ada.

Lahar Gunung Berapi


Batu Lahar Gunung Berapi ini secara berdikit telah mula memasuki pasaran barangan mistik dan dikenali oleh kerana digunakan untuk perubatan tubuh badan. Ada maklumat mengenainya di Blog-Blog yang sedia ada. Saya mendapatkan beberapa ketul dari seorang sahabat untuk tatapan Koleksi Blog Rahsia Alam.

Badar Besi (Telah Ditebus En. Eidam)




Setahu saya Badar Besi yang asli, rupanya seperti ball bearing (Ada dalam simpanan Koleksi Rahsia Alam), akan tetapi badar besi ini dalam bentuk yang asli seperti batu besi yang lain tidak seperti batu besi badar yang saya miliki....wallahu... Badar Besi ini memiliki 3 dalam satu (Besi Kursani/Besi Meleleh /Badar Besi)

Kayu Jadi Batu atau Batu....





Mengikut pendapat pemiliknya mengatakan bahawa ini adalah spesis kayu yang menjadi batu disebabkan bentuknya yang memanjang seperti dahan kayu. Apabila saya mengamati akan urat Kayu batu ini, saya seolah-olah tidak percaya kerana urat kayunya sudah bertukar menjadi batu sebenar....Kayu batu ini sememangnya amat pelik....Allahu'Akbar

Akar Bahar Laut


Ini adalah Akar Bahar Laut. Uniknya akan Akar ini adalah pangkal akar ini menyerupai Kepala Ular.

Marjan (Red Coral Stone)





Ini adalah Batu jenis Marjan dimana ianya ada disebut didalam Al-Quran dalam Surah Ar-Rahman...MasyaAllah....(Batu ini adalah milik seorang sahabat)

Kayu Dalam Akar Kayu




Ini adalah Sejenis Kayu dimana dua jenis Kayu dari jenis spesis yang lain bersama-sama Hidup atau Akar bertemu Akar lalu membentuk satu pangkal teras Akar kayu...Kayu ni dari jenis apa...Wallahu....saya pun tak tahu, akan tetapi Khasiatnya...renungkan lah jika dua spesis hidup dalam satu rumpun....

Wednesday, July 29, 2009

Besi Kursani Emas atau Kursani Kuning










Ini adalah Besi Kursani jenis berwarna keemasan, banyak pendapat mengenainya di perkatakan. Saya mengunakan Besi Kursani ini untuk dipasak didalam permata Teras Kayu.




Contoh Teras Gemunggal Yang tenggelam dalam Air










Lihatlah akan perbezaannya, walaupun hanya serpihan kecil teras gemunggal yang mempunyai kepadatan tinggi dan berkualiti, ia akan tenggelam didalam Air.


Perbezaan Teras Gemunggal (Kelor)






Ini adalah perbezaan Teras Gemunggal atau Teras Kelor yang mengikut gred ketumpatan dan Kepadatan Tinggi dan Rendah. Dimana Teras gemunggal yang berwarna coklat kebiasaanya tidak cukup masak akan timbul didalam air, manakala Teras gemunggal yang berwarna hitam memiliki kepadatan yang tinggi serta tenggelam didalam air.

Bahagian Dalaman Buluh Bunting




Ini adalah rupa dalaman buluh bunting setelah dipotong. Ibu duit ataupun pelaris kebiasaannya dibuat dengan mengulungkan ibu duit dan diselitkan kedalam ruangan dalam Buluh Bunting Ini.

Permata Cintamani




Kebiasaan tukang canai membuat permata secara melintang memanjang dan Kayu ular cintamani jika dibuat secara melintang akan mudah pecah, Jika permata kayu ular cintamani di buat secara menegak, maka pusaran teras kayu cintamani akan terserlah akan keindahannya serta tidak mudah pecah.

Akar Sulur Bertam




Ini adalah potongan sebahagian Akar pokok Bertam yang berbisa.

Monday, July 27, 2009

Rotan Bercabang Dua dan Tiga

Sepandang kilas rotan ini seakan seperti tiada apa-apa Khasiatnya, akan tetapi yang peliknya, ia menjadi buruan orang kerana kepercayaan mistik yang mengatakan khasiatnya yang mampu mendamaikan rumah tangga bagi yang beristeri lebih dari satu..wallahu....dari sudut khasiat yang lain, para peniaga akan meletakkan rotan ini pada sudut penjuru tempat perniagaan atau didalam rumah untuk pelaris perniagaan.
Tidak seperti Rotan biasa, rotan bercabang tidak mudah untuk didapati apatah lagi yang bercabang 3 atau 4. Ada juga didapati Rotan bercabang bertemu Ruas. Tetapi yang dicari adalah Rotan bercabang yang tumbuh melintang, tidak menegak..Subhanallah..banyak lagi yang perlu kita singkapkan tentang RAHSIA ALAM......

Kemuning Hitam Asli



Inilah Kayu kemuning hitam yang didapati dalam bentuk asal. Dalam kedudukan ini, tingginya lebih kurang 3 kaki lebih. Kebanyakkan kayu Kemuning hitam yang di jumpai dimana hanya terasnya sahaja yang berwarna hitam, akan tetapi Kemuning Hitam ini, dari luar kayu hingga ke terasnya berwarna hitam padu serta padat.

Teras Kayu Menang atau Teras LAKA



Inilah rupa sebenar kayu teras laka atau kayu menang. Dalam post saya sebelum ini, saya pamerkan dengan nama Kayu menang yang sebenarnya lebih dikenali sebagai kayu Laka oleh segelintir orang serta masyarakat orang asli.
Bentuk rupa teras laka ini amat unik sekali ber bongol-bongol. Untuk mengenalinya, teras kayu ini berwarna seakan kemerahan sedikit pada terasnya.

Buluh Bunting Asli












Buluh Bunting sememangnya ada banyak jenis, ada yang bercabang, ada yang tumpat, ada juga yang di panggil buluh cina. tetapi buluh ini adalah dari jenis buluh bunting dari buluh yang biasa. dalam sebatang, ruas buntingnya hanya ada dua atau tiga ruas sahaja yang bunting.

Buluh Bunting ini didapati dari Hutan tebal.

Akar Kayu Sarsi



Asal mulanya apabila melihat kayu ini macam tiada apa-apa keistimewaannya. Rupa-rupanya apabila dikatakan kayu ini selalu digunakan untuk membuat minyak Urut putih..Inilah Akar jenis Kayu Sarsi, baunya memang wangi. Rasa nak makan je akar kayu ini bila terbau akan kewangiannya...Akar kayu ini panjangnya lebih kurang 2 kaki lebih.

Thursday, July 23, 2009

Koleksi Kayu SemulaJadi













ASSALAMUALAIKUM....KEPADA PENATAP BLOG RAHSIA ALAM

Ini adalah Sebahagian dari Koleksi saya dan Abang SHEE untuk (Blog RAHSIA ALAM) buat tatapan serta renungan tentang sekelumit nukilan akan isi Alam akan Rahsianya yang masih menjadi tanda tanya kerana Mistik dan Khasiat tentang Kayu-kayuan Hutan Kita. Hasilnya yang sekarang ini di terokai oleh orang-orang asing untuk tujuan perubatan, dimana mereka menyuap orang-orang asli kita untuk membongkahkan segala Akar kayu dan Damar yang berusia ratusan malah ribuan tahun untuk tujuan Perubatan dan selainnya, dimana hasilnya nanti, mereka akan menyatakan bahawa khasiat akar itu dan ini adalah dari tanah laman mereka, sedang ia adalah sebenarnya dari Khazanah hutan belantara kita yang makin hari semakin gondol. Hutan kita kini dicerobohi oleh orang asing secara tidak disedari oleh orang-orang kita atas nama tujuan perubatan sedang kita tidak mahu langsung mengambil tahu akan isi hutan belantara negara kita yang kita cintai.

Secara sedar ataupun tidak, generasi muda kini yang serba canggih dari segi sosial dan teknologi, mereka sudah tidak kenal akan Spesis akar kayu-kayuan malah ada juga bila dikata tentang Spesis Raja Kayu, hanya segelintir sahaja yang tahu malah kekadang kena tipu kerana hanya mendengar cerita sianu tentang Mistik dan Khasiatnya. Malah apabila dikatakan tentang Teras Gemunggal atau Sekilo, mereka hanya mendapat kulit terasnya sahaja, Bukan terasnya kekadang dapat kayu Plywood je Bukan Kayu sebenar.

Tujuan Blog ini dibina adalah untuk mengajak Penatap mengenal akan Spesis jenis kayu-kayu dan akar untuk Pengetahuan umum, Supaya nanti bila nak mendapatkannya kita tidak akan tertipu dengan hanya kata-kata orang yang menjualnya sedangkan yang menjualnya pun tidak tahu, Sudah la mahal, dapat kayu pula yang tak ori...nak buat apa?....

Kayu-kayuan dari Hutan Negara kita sememangnya mempunyai Khasiat dan Juga dari segi Mistik.. Tentang Harga atau Mahar..ada yang murah dan ada juga yang mahal...selalunya jika sesuatu barang itu amat payah dijumpai atau kayu yang memiliki Khasiat yang tinggi...memang la mahal, tetapi...BERBALOI jika membelinya...Contoh: Kayu Teras Bujang Kalak atau dipanggil oleh orang asli sebagai Nibung Batu, orang asli sendiri pun payah nak jumpa, ini termasuk la jenis kayu Larak Salah, Nibung Raja, Kemuning Emas, Teras Kelor atau Gemunggal, Kemuning Hitam, Kemuning Batu, Kayu Penunduk atau Kayu Tas Kuning (Penunduk dan Tas dari Tanah Semenanjung payah nak dapat) dan sebagainya yang panjang jika nak di tuliskan.

Saya dari Blog RAHSIA ALAM hanya berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan saya untuk mendapatkan serba sedikit Maklumat berserta kayu-kayuan dan akarnya buat tatapan Bloggers dan Penatap Setia Blog RAHSIA ALAM.

Terima Kasih Juga Kepada Peminat-peminat kayu yang meminta saya memaharkan sebahagian dari koleksi saya dimana jika ada lebih akan saya maharkan kepada peminat-peminat kayu. Jika tak ada, kene sabar la sedikit, ini kerana kadang-kadang bila berurusan dengan orang asli, belum sempat kita ambil, orang lain dah sapu dulu. Saya menghormati masyarakat orang-orang asli dimana mereka lebih bijak berurus niaga sekarang ini.Slogan mereka (Siapa cepat dia dapat atau pun siapa bagi harga tinggi dia dapat)..jangan terkejut jika pendapatan orang-orang asli kini mencecah puluhan ribu ringgit sebulan....(saya sendiri pun takde weh...hehehehh)


InsyaAllah...dimasa-masa akan datang jika ada kayu-kayuan atau maklumat tentang sesuatu perkara tentang Khasiat ataupun mistik, akan saya postkan didalam Blog ini......SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM BUAT TATAPAN SEMUA PEMBACA.......PENGETAHUAN ADALAH ASAS PENGUASAAN PEMIKIRAN TENTANG SESUATU KEJADIAN YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN HUKUM TUHAN....WASSALAMUALAIKUM.....

Akar Rotan Songsang Bertemu




Spesis Akar Rotan Songsang didalam tanah.