DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Monday, June 29, 2009

Macam-Macam Kayu


Bermacam-macam Kayu Pakcik Ado......

Rotan Songsang Rupa Naga



Pertama kali saya memerhati saya sangkakan ianya anak naga yang sudah dikeringkan, namun sangkaan saya meleset sama sekali, rupa-rupanya ia adalah sebatang rotan songsang.

Raja Kayu Semulajadi



Raja kayu ini membentuk seperti seekor Burung dari jenis Burung Raja Udang secara semulajadi.
Jika di perhatikan akan bentuk kayu ini, berbagai-bagai rupa akan dapat di lihat.

Keris Kayu Pagar (Kemuning Batu)




Keris ini adalah hasil kerjatangan yang pertama Sahabat saya dengan menggunakan kayu jenis (tak tahu apa jenisnya), tetapi mengikut kata sahabat saya, dia mengambil kayu pagar di rumahnya yang berusia lebih dari 40 tahun dimana kayu tersebut masih dalam keadaan yang masih elok serta tidak reput walaupun bahagian yang tertanam di dalam tanah. Beliau mengabdikan kayu tersebut dalam bentuk keris dan sebilah pedang yang masih dalam proses pembuatan.(nanti saya post kan dalam blog yang akan datang tungguuuuuuuu.......) Baru Tahu Kayu ni dari jenis Kayu Kemuning Batu

Keris Kayu Kemuning Hitam




Keris ini dihasilkan dari kayu jenis Kemuning Hitam. Bayangkan lah keris ini di bentuk hanya dengan menggunakan sebilah pisau.

Keris Raja Kayu



















Keris ini adalah hasil kerjatangan seorang sahabat saya yang berniaga di daerah Nilai 3, Beliau yang juga salah seorang pencinta kayu-kayu yang berkhasiat hasil dari Alam semulajadi. Beliau mendapatkan kayu-kayu tersebut dengan berurusan secara terus dengan orang-orang asli di sekitar Negeri Pahang, Perak dan Kelantan.
Beliau juga memiliki pelbagai jenis kayu yang diantaranya tidak dimiliki oleh pengumpul kayu atau penjual kayu.

Sunday, June 28, 2009

Akar Teras Delima


Akar Kayu Teras Delima lebih dikenali para pengamal perubatan tradisional untuk menyejukkan badan panas. Kiranya teras delima direndam dalam air panas ianya akan mengeluarkan enzim berwarna merah serta rasanya macam air sirap tanpa gula.

Sedap rasanya sebab saya dah mencuba..cuba try tengok....

Buluh Bunting

Buluh Bunting lebih dikenali untuk pelaris perniagaan, Ibu duit, Buat memancing dan bermacam lagi kalau nak disuarakan secara lengkap.Khasiatnya lebih kepada tujuan yang seiring dengan sifat buluh tersebut yang sentiasa bunting tapi tak beranak-ranak.(maksudnya sentiasa berisi tak luak-luak)

Tongkat Kayu Penunduk Merah





Kayu Penunduk Merah atau lebih dikenali dengan nama penunduk Gajah atau tas merah, Kayu jenis ni paling saya minat kerana keunikkan warna kayu tersebut. Payah nak dapat, sehingga dinobatkan dalam golongan (Very Rare Item) bagi sesetengah pengumpul atau penjual kayu-kayu.
(Saya ni tergolong dalam kedua-duanya)
Alhamdulillah shukur saya pada Allah kerana saya dapat memiliki kayu jenis ini. Khasiat jenis kayu pun telah saya alami dengan sendirinya.
Jika binatang terkena dengan kayu ni ianya akan mengelupur (tak tau la pasal apa) kalau buat pelaris kene campur dengan bahan kayu yang lain. Kalau buat penunduk paling berkesan Yang pastinya, ada sahabat meminta sepotong kayu jenis ni dan saya bagi la sebab dia ada tujuan untuk kebaikkan demi kerana Allah, Alhamdulillah keberkatan Allah dengan izinnya ianya berkesan, Itu pun kerana ianya yakin dengan Allah.(Tujuan dia saya tak ambil tau la. itu antara dia ngan Allah la)
Kesemua kayu penunduk Merah ni didatangkan dalam bentuk Tongkat semula jadi. Tongkat ini juga boleh dipasak dengan kayu-kayu yang selainnya.




Kayu Patagar Besi

Kayu jenis ini saya beli dari seorang penjual di tamu Limbang, beliau adalah penjual kayu-kayu mistik dan macam-macam jenis kayu dia jual termasuklah kayu Madang Sisik, Kayu Fatimah, Kayu Sakang Seribu(terdapat di Temburong, Brunei) dan kayu tas dari daerah pontianak.
Kalau diikutkan semua jenis kayu saya nak beli dari beliau akan tetapi pihak kastam Brunei akan menahan barang tersebut kalau nak bawak keluar dan masuk serta memerlukan surat dari jabatan perhutanan. Saya malas nak bersoal jawab, oleh itu saya hanya memendam rasa je la.
Kayu jenis ni memang saya tak biasa jumpa akan tetapi saya amat tertarik akan kayu tersebut sebab ianya seiras kayu tas. (saya ni peminat n pengumpul kayu tas)Mengikut kata pak cik yang jual kayu ni, Kayu ni kayu patagar Besi (Tongkat Nabi Ibrahim), asalnya Nabi Allah Ibrahim Menggunakannya untuk gembala kambing.Wallahu..Beliau amat arif tentang kayu-kayu yang beliau perdagangkan kepada saya malah beliau juga mengeluarkan koleksi umbi serta akar kayu yang memang kalau pengumpul kayu akan membodek beliau untuk mendapatkannya.
Kayu jenis ini juga adalah lebih mahal dari kayu-kayu yang beliau jual diantara kayu-kayu tas, kayu tolong-tolong, kayu setulang, kayu taik...ahhh pegi Limbang lah kalau nak tau lebih lanjut. Tetapi camner pun saya berjaya bawak balik ke Tanah Air kayu jenis ni..(Ni kayu koleksi peribadi)

Akar Kayu Penunduk





Bahagian Kayu-kayu yang paling berkhasiat adalah bahagian Akar umbinya. Baik kayu yang mana pun bahagian ini lah yang disimpan pakai oleh penjual mau pun pengumpul kayu-kayu teras umbi. Sedangkan pokok kayu tiada akar, tiadalah pokoknya. Bahagian Akar adalah terasnya, bahagian liku serta buntat kayu. Disini lah terletaknya kekuatan kayu-kayu teras.

Khasiat akar penunduk adalah untuk kepelbagaian dalam bidang perubatan maupun mistik. Saya sendiri pun buat permata cincin dan tasbih pada bahagian akar untuk kegunaan sendiri dan kepada para sahabat saya serta orang yang benar-benar memerlukannya. Khasiat yang selebihnya ...bertanyalah pada yang lebih arif..

Buluh Tumpat


Buluh Tumpat dikenali atas sebab sifat ketumpatannya dan berbeza diantara buluh perindu,buluh betong serta pokok buluh biasa. Buluh tumpat pun banyak jenis ada juga buluh tumpat bunting, buluh bertemu ruas akan tetapi buluh tumpat yang memiliki khasiat adalah buluh tumpat yang lurus, ianya tidak mengecil dan besar diantara ruas-ruas buluh tersebut. Rahsia Buluh tumpat juga banyak sekali hanya segelintir sahaja yang tahu akan kegunaannya. Saya juga menggunakannya untuk menarik bisa dalam badan serta luka-luka kecil..mujarab juga. Ada orang menggunakannya untuk penepis rintangan, penarik, pelaris, pemanis serta kebal.
Khasiat Buluh tumpat akan terserlah jika ada yang mampu membuat campuran kayu-kayu yang lain untuk pelaris perniagaan....Allah lebih mengetahui... jangan tersilap beli kerana rotan pun kekadang orang kata buluh tumpat. Beza rotan dan buluh, Buluh tumpat memiliki bintik-bintik hitam di bahagian yang tumpat.

Kayu Teras Kelor





Teras Kilo, Sekilo, Kelor atau teras kayu Remunggai(remunggal)..Daun serta buahnya sedap kalau dimasak kari..teringat waktu saya masih dizaman budak-budak dulu. Kayu jenis ni memang best dikalangan peminat kayu teras. Tetapi amat sukar diperolehi..bukan semua pokok kilo ada teras.(kalau tak percaya gi la tebang) Pokok kilo yang ada teras adalah pokok kilo yang hidup dalam keadaan yang terancam(lereng bukit,tempat pembakaran atau berair) ini kerana pokok tersebut memiliki sifat kekuatan dalaman pokok yang terbina dengan sendirinya atas Kekuasan Allah yang menjadikan. Khasiatnya seiring dengan kekuatan sifat pokok tersebut. Tentang khasiatnya yang lainnya...rujuk lah dengan yang pakar tentang pokok remunggal.

Kayu Cendana Kayu Gaharu

Dah Cendana Gaharu Pula, bak kata pepatah melayu dulu kala. Kayu cendana memiliki bau wangi dan berminyak. Jika dibakar kayu cendana ianya akan mengeluarkan bau. Ada kayu cendana putih dan kayu Cendana seakan warna coklat. Kayu cendana putih dalam simpanan saya mungkin minyaknya dah takde sebab tu putih la kot?. Beza antara kayu cendana dan kayu Gaharu adalah dari segi bau dan Kayu Gaharu lebih mahal dari kayu Cendana. Kayu cendana dan gaharu banyak dipakai guna oleh kaum cina buat colok.

Kayu Gaharu mempunyai berbagai gred, kalau kayu gaharu yang memiliki gred terbaik, harga pasaran boleh menjangkau lebih dari RM50,000.00 sekilogram. Tetapi jika berurusan dengan kayu Gaharu kena ada lesen la wehh...kalau tak...silap aribulan masuk lokap weh..


Kayu Tas Jantan Dan Tas Betina




Kayu Tas atau dikenali juga sebagai kayu penunduk, Hujan panas, Limpanas atau pun (God Mountain Stick) kebanyakkan kayu jenis ini orang hanya mengetahui banyak di Sarawak atau hutan Borneo. Tetapi kayu jenis ini juga ada di hutan semenanjung seperti di Perak, Kelantan dan hutan Pahang, akan tetapi susah mendapatkannya kerana spesis kayu ini dilindungi dan ianya amat kurang didapati di tanah semenanjung. Perbezaan kayu tas jenis Jantan dan betina adalah dari kulit warna kayunya. Warna hitam Tas Jantan, Warna Putih Tas Betina.
Kayu Tas juga memiliki Bau (Kalau takde bau kurang Khasiatnya). Beza bau kayu tas Sarawak dan kayu tas semenanjung amat jauh sekali. Cuma bau tas jantan lebih kurang sama di kedua tempat ini. akan tetapi bau kayu tas (Betina) Sarawak lebih wangi (Bau semacam rempah) sedangkan bau kayu tas betina dari semenanjung berbau hancing(amat busuk). Kayu tas semenanjung dari segi mistik adalah lebih berkhasiat kerana kebanyakkan orang menggunakannya untuk menundukkan manusia, jin serta makhluk halus. Tetapi asal je kayu jenis ni memang khasiatnya menundukkan serta menghalau. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan tradisional....(pendek kata kayu serba boleh jika tahu akan pengunaannya).

Kayu Kemuning Hitam Laut (Paya Bakau)




Kayu jenis ini amat jarang ditemui dan tidak mudah didapati sehingga ada yang sanggup membayar pada harga yang tinggi untuk dimiliki .
Kayu Teras Kemuning hitam paya bakau laut ni amat keras dan susah juga nak dibentuk Khasiat yang lainnya, hanya peminat kayu kemuning hitam akan tahu akan rahsianya.....Allahu


Kayu Kemuning Kuning



Warnanya yang kekuningan sama seperti Kayu Penunduk Kuning tetapi bezanya, Kayu Kemuning kuning ini adalah lebih ringan daripada Kayu Penunduk Kuning. Khasiatnya lebih kepada perubatan dan kebanyakkannya dibuat sarung atau Ulu senjata tradisional disebabkan sifatnya yang keras dan kuat.

Saturday, June 27, 2009

Kayu Teras Nibung Tunggal

Sejarah kayu ini ketika ditemui sahabat saya mendapati pokok-pokok sekelilingnya mati dan hanya pokok nibung ini sahaja yang tinggal. Pada mulanya beliau menggunakan kapak untuk memotong pokok tersebut tetapi kapak tersebut patah, lalu memotong menggunakan chain saw sehingga berasap (Mata chainsaw jadi tumpul), apabila tumbang pokok tersebut, terasnya tidak terpotong lalu melibas tegak seperti lembing ketika pokok rebah. asal panjang teras tersebut adalah 7 kaki, dipotong dua dan bahagian pangkal (di paparan) di beri kepada saya dan selebihnya diambil oleh bapa saudara beliau.
Khasiat tentang teras nibung ini banyak diolahkan dalam blog-blog yang sedia ada. Salah satu darinya, teras nibung ini dikatakan berbisa jika dipukul kearah manusia maupun binatang (jangan dipukul pada manusia secara sengaja atau main-main).. bisa kayu nibung tidaklah sebisa kayu Ibol tetapi lebih bisa dari kayu bertam.

Kayu Tas Kuning


Kayu tas Kuning atau kayu penunduk kuning (Tas Harimau mengikut kata orang asli), paling jarang kita dengar maupun dimiliki dalam simpanan. Ianya mempunyai bau yang amat tak menyenangkan (Patut la rimau pun lari). Kepercayaan mistiknya, ianya mampu menundukkan manusia yang garang macam sifat nama kayu tersebut.

Kayu Menang

Kayu ini dipercayai boleh membuatkan sipemakai berada dalam keadaan yang sentiasa menang. Kayu ini kebiasaannya bersifat parasit (memakan kayu-kayu lain) seiring dengan nama kayu tersebut. Yang pastinya kayu ini digunakan oleh orang yang tahu akan khasiatnya untuk tujuan tertentu.....

Kayu Larak Salah Merah Dan Putih













Larak salah adalah antara jenis kayu yang amat sukar ditemui atau dimiliki. Ianya dikatakan memiliki pelbagai khasiat samaada baik atau yang tidak baik dari segi mistik. Saya bersyukur kerana dapat memiliki kedua-dua jenis larak salah ini. Mengikut kepercayaan perubatan tradisional, penggunanya perlu memakai kayu ini tanpa dilihat oleh orang lain kerana ianya mampu mematahkan atau membalikkan ilmu atau niat yang tidak baik kepada si penghantar.
Dari pengalaman saya sendiri semasa berurusan dengan orang yang memiliki ilmu kebatinan, saya merasa bergetar didada serta merasa lemah badan akan tetapi niat yang tidak baik dari orang tersebut dapat dipatahkan dan dibalikan semula kepadanya dengan izin dari Allah.

Raja Kayu








Raju Kayu yang juga dikenali disesetengah tempat sebagai Damar Minyak atau Kayu tolong - tolong. Khasiatnya boleh menghilangkan lenguh dan sengal badan dengan cara mencampurkannya bersama minyak urut.
Ciri-ciri raja kayu ialah ianya mudah terbakar serta berbau wangi.
Dari segi misteri ianya akan membuat si pemakai merasa aura dalaman yang panas. (Tidak sesuai dipakai oleh orang yang panas baran) Dari segi perubatan tradisional ianya mampu mengurangkan serta meringankan sakit-sakit badan.

Tasbih Tas Kuning

Tasbih Tas Kuning atau dikenali juga sebagai kayu penunduk harimau